Selamat tengahari semua. Khas untuk yang tidak berhasrat untuk menikmati hidangan nasi sebagai menu tengahari ini, Amie's Little Kitchen sajikan Apple, Pineapple & Papaya Smoothies.
Resepi : Apple. Pineapple & Papaya Soothies
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 biji epal besar jenis Fuji - potong kecil-kecil
1/2 biji nenas anggaran 400 gram - potong kecil-kecil
1/2 biji betik anggaran 400 gram - potong kecil-kecil
300ml susu segar
250ml yogurt perisa oren
2 sudu madu
Cara:
1. Sejukbekukan hirisan epal, nenas dan betik selama 2 jam.
2. Masukkan bahan sejukbeku di atas ke dalam mesin kisar. Tambahkan susu segar, yogurt perisa oren dan madu.
3. Kisar hingga halus.
4. Tuang ke dalam delas.
5. Sedia untuk dinikmati.
Mari kita berkenalan dengan Epal Fuji yang dikatakan berasal dari epal yang diklon oleh seorang petani di Tohoku Research Station di Fujikasi, Aomori, Jepun pada akhir tahun 1930-an, dan mula dipasarkan sekitar tahun 1962. Epal Fuji ini merupakan hasil dari benih yang dicantumkan antara dua kelainan epal Amerika, Delicious Merah dan tua Virginia Ralls Genet ( kadang-kadang disebut sebagai 'keldai betina' Rawls) epal. Sila rujuk DI SINI untuk keterangan lanjut. Epal Fuji biasanya besar atau sangat besar dan bulat,setiap sebiji mengandungi antara 9-11% gula,selain mengandungi serat, mineral karoten dan vitamin C Serat yang tinggi di dalam epal boleh membantu menghindari beberapa jenis penyakit seperti kegemukan, barah usus dan penyakit jantung. Penyakit-penyalit tersebut boleh dihindari kerana kandungan serat seperti pektin dan serat-serat yang lain boleh larut dan dihancurkan oleh bakteria di dalam usus. Sebahagian asid organik dibebaskan dalam proses tersebut. Salah satu daripada asid organik itu ialah asid butirik yang menyediakan sumber makanan semulajadi kepada sel usus yang sihat. Asid butirik juga didapati boleh melemahkan enzim yang diperlukan oleh sel barah usus untuk merebak.
Semua orang tahu banyak khasiat yang terkandung dalam sebiji nenas. Jom klik DI SINI untuk mengenali buah nenas denga lebih lanjut. Buah Nenas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.
Jadi, sambil kita menikmati smoothie, sambil-sambillah menambah info tentang khasiat dalam pemakanan.
1. http://mikohiro.blogspot.com/2010/05/fuji-apple.html
2. http://www.mpib.gov.my/web/guest/khasiat_nanas