Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi tidak lepas HP dari tangan, ikuti perkembangan Encik Suami di HUKM. Hati rasa gembira melihat Abang Farid dan Aseeyah, Fuad dan Fairuz di samping Encik Suami. Anak buah yang kebetulan datang dari Penang serta keluarga anak buah di Shah Alam turut berziarah. Begitu juga Adik Chah walaupun sibuk berkursus sebulan di Cameron Highlands, sempat juga datang. Encik Suami gagahkan diri turun ke bawah untuk bertemu dengan cucunda kesayangannya, Hamzah.
Selepas ini harapnya tidaklah banyak termenung. Sekarang Firdaus sedang mengikuti kelas tuisyen. Sementara menunggu kepulangannya, Amie cuba siapkan entri yang sentiasa tertunggak dan tertangguh... tertunda!
01 September 2026, hari ketiga Amie berada di kampung. Abang Farid datang ziarah Bonda buat kali ke dua selepas 30 Ogos 2026. 01 September 2026 Selangor diumumkan sebagai cuti peristiwa sempena juara SUKMA 2026.
Memandangkan Amie hanya masak untuk Bonda dan Wak Niah sahaja, jadi Amie ajak Abang Farid makan di luar.
Tempat makan kami di Puncak Alam. Sewaktu meninggalkan kampung dan memasuki 'pintu' Puncak Alam, teringatkan kisah zaman dahulu kala sewaktu berkebun dengan arwah ayahanda, dan adik-beradik yang lain serta bonda. Di kaki bukit - dulu dipanggil Bukit Kelawar, itulah tempat kami bercucuk tanam. Bukit Kelawar seperti sudah tidak wujud lagi. Seingat Amie dahulu bukit ini merupakan kuari, tempat pekerja pecah batu. Selain mendengar bunyi letupan batu di Bukit Kelawar, terdengarlah suara lotong dan siamang berkelahi di pinggir hutan. Nanti akan datang segerombolan babi hutan dengan anak-anaknya berlari arah ke bukit. Nun di hujung paya, bersama-sama anak-anak kampung bersebelahan pondok di kebun kami, beramai-ramailah kami menangguk anak ikan dan udang di bawah sinar terik matahari.
Manisnya kenangan itu!
Tak sangka, hutan tempat beruk dan monyet, serta ayam hutan berkokok dan ibu babi hutan menyondol bersama-sama anaknya kini sudah menjadi bandar besar : Puncak Alam. Dan tidak pernah terbayang akan ada sebuah tempat makan dari timur tengah, akan berdiri di sini : Dama Rose - Syrian Kitchen yang Amie kunjungi bersama Fuad beberapa hari sebelumnya : Dama Rose : Syrian Kitchen dengan Sentuhan Levantine.
Kami memesan:
Honey Lemon Tea - Pot
Shawarma - Arabian Chicken
Mix Appertizers
Dama Rose Claypot - Seafood
 |
| Mix Appetizers |
 |
| Seteko Honey Lemon Tea |
 |
| Hot Honey Lemon Tea |
Suasana di Restoran Dama Rose sangat selesa dengan ruang makan yang luas sesuai untuk makan bersama keluarga atau meraikan sambutan hari-hari istimewa.
 |
| Mix Appertizers hidangan dari dapur Syrian ini menggamit kenangan sewaktu makan di Palestin dan Jordan. |
 |
| Dama Rose Claypot ini ada tiga pilihan : chicken, lamd & mix seafood. Kami memilih mix seafood. |
Makan tengah hari di Dama Rose Puncak Alam
 |
| Sedikit-sedikit tetapi banyak rasa. |
Mix Appetizers merupakan satu pilihan yang menggabungkan beberapa jenis mezze dalam satu dulang, sesuai untuk dikongsi bersama roti pita Arab. Melihat hidangan begini terus membayangkan betapa seronoknya kalau ada Firdaus bersama. Bujang bongsu kami itu sudah pandai makan hidangan timur tengah terutama roti pita Arab bersama mezze yang pelbagai.
Kami memulakan hidangan dengan mix appertizers yang dihidangkan bersama roti pita Arab. Di atas dulang tersusun pelbagai hidangan kecil seperti hummus yang lembut dan berkrim, salad yang segar, mohamara yang kaya rasa, pistachio hummus yang cantik kehijauan, terung panggang dan yalanji yang dibalut daun anggur.
Amie suka konsep begini. Tidak ada satu hidangan yang menjadi milik seorang. Semuanya diletakkan di tengah meja untuk dicuba, dicuit, dicolek dengan roti pita dan dikongsi bersama. Mungkin inilah keistimewaan mezze. Sedikit-sedikit tetapi banyak rasa. Dan yang paling penting, banyak tangan mencapai hidangan yang sama sambil banyak cerita dikongsi di sekeliling meja.
 |
| Roti Pita Arab |
 |
| Shawarma - Arab8ic Chicken |
Kami memesan satu lagi hidangan Dama Rose Claypot. Ada tiga jenis pilihan iaitu ayam, kambing dan mix seafood. Kami memilih mix seafood.
Menariknya, Dama Rose Claypot ini didatangkan ke meja dengan iringan muzik Syria dan diletakkan di atas troli. Gambar-gambar di bawah ini sempat diambil ketika proses menghidang. Untuk lebih jelas, boleh tonton video di atas.
Inilah isi Dama Rose Claypot - Mix Seafood.
Dama Rose Claypot Mix Seafood datang bersama sepinggan nasi. Sedap sungguh nasinya. Makan begitu sahaja pun boleh sebab sudah ada rasa.
 |
| Dama Rose Claypot Mix Seafood |
 |
| Makan dengan udang saja pun sudah cukup enak! |
 |
| Total : RM155.40 sen. |
In syaa Allah pada masa akan datang memang berhasrat untuk bawa Encik Suami dan Firdaus makan di sini untuk menikmati Mix Appetizers. Tentu kedua-duanya terkenang hidangan timur tengah sewaktu kembara ke Palestin dan Jordan.
Dama Rose Claypot - Mix Seafood tu nampak sedapnya. Hummus dan baba ghanoush tu sedap makan dengan roti Arab. Take care ya Kak Amie. Moga dipermudahkan semua urusan keluarga Kak Amie. Moga cepat sembuh buat suami Kak Amie
BalasPadamMenarik baca kenangan kak Amie di Bukit Kelawar tu.
BalasPadamRasa macam murah pulak ya harga gitu dengan makanan dan cara hidangannya. Siap iringan muzik 😀
Oo.. ada nama tempat Bukit Kelawar situ dulu. Sekarang yang ada Bukit Botak.. tak sure ada lagi ke tidak sebab situ dulu tempat hiking.
BalasPadamNak try juga lah Dama Rose... kalau ke area situ automatik kami ke Hock Kee Kopitiam.
Bila menoleh ke belakang, tak sangka zaman akan berubah sebegini wajahnya kan. Dulu hutan rimba, skrg hutan batu.
BalasPadamSuka masuk restoran Arab, vibe nya lebih tenang dan selesa. Betul kata Kak Amie, nasinya makan begitu sahaja pun sedap. Ada rezeki nak juga singgah sini.
Waaa bestnyaaa suasananyaaa... kita suka laaa.. nampak humus dia tu nampak sedap! Cuma kalau nak gi makan gini, kita kena bawa kawan, sebab Suami dan anak-anak tak suka makanan Arab sangat...
BalasPadam