Pages

▼

Sabtu, 19 September 2026

Tulang Lembu Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh

Bismillahirrahmanirrahim.
Masak lauk apa untuk hidangan tengah hari ini? Amie belum masak lagi, tetapi Amie kongsikan dahulu menu minggu lepas iaitu Tulang Lembu Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh. Warna masakan lemak cili padi ini agak merah disebabkan penggunaan cili padi masak yang sudah merah, ditambah dengan warna kunyit hidup. Orang kata kalau hendak masak lemak cili padi, elok gunakan cili padi warna hijau supaya hasilnya cantik apabila bertemu dengan kunyit dan santan. Apa pun, tak ada cili padi hijau, cili padi merah pun boleh juga.

Selain tambahkan serai, tomato dan belimbing buluh, Amie masukkan daun kunyit. Ya ampun! Sudahlah cukup sempurna rasanya, bertambah pula aroma daun kunyit yang menyegarkan. Tak cukup dua tiga sudu kuah lemak curah atas nasi. Kita kasi banjir nasi dalam pinggan.... ahaks!

Ketika Amie olah Tulang Lembu Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh ini, Fairuz berada di Kota Kinabalu. Firdaus tanya Encik Suami : Bila Ilun (Fairuz) balik? Encik Suami kata, petang esok. Firdaus kata : Bolehlah Daus habiskan lauk ini.

Memang betul-betul Firdaus habiskan! Namanya pun tulang, bukan banyak dagingnya pun. Lagi pun sudah tentu Firdaus lapar sebab baru pulang dari sekolah.

Tulang Lembu Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh

Resipi Tulang Lembu Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh
Bahan-bahan:

800 gram tulang lembu yang sudah direbus - Amie renih hingga empuk dalam slow cooker
2 cawan santan
1 cawan air rebusan tulang
10 biji belimbing buluh - belah jangan sampai putus
7 biji tomato ceri
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - siat
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
20 biji cili padi 
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup

Cara memasak:
1. Masukkan santan dan air rebusan tulang ke dalam periuk bersama bahan tumbuk, serai dan tulang lembu.
2. Jerang atau didihkan di atas api sederhana.
3. Apabila kuah mula mendidih masukkan belimbing buluh, daun kunyit dan tomato,  dan kacau selalu sehingga belimbing buluh berubah warna.
4. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur.


Tulang Lembu Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh

Resipi Tulang Lembu Masak Lemak Cili Padi janaan CHATGPT.

8 ulasan:

  1. Harini masak ikan kembung goren berlado dan sayur tumis baby bayam. Masak simple² je.

    Sedapnya masak lemak kalau campur belimbing buluh dan daun kunyit. Berselera makan dibuatnya kan Kak Amie.

    Bagusnya Firdaus yang sorang ni. Sentiasa ingat orang, bertanya kalau tak ada orang nak makan baru dia akan makan. Lepas ni mesti akan request lagi lauk ni.

    Happy weekend Kak Amie.

    BalasPadam
  2. Jarang jumpa tulang masak lemak cili padi. Nampak sedapnyaaa!
    Berselera betul firdaus makan ye

    BalasPadam
  3. Nampak menyelerakan. Tak pernah buat masak lemak kecuali sup sahaja.

    BalasPadam
  4. uiiishhhh sedap sgt ni kakkkkkk
    kalau dpt cicah dgn roti canai mau berkeping keping sy mkn
    hehehhe

    BalasPadam
  5. Berkeriuk langsung perut saya membayangkan deskripsi kak Amie 😍😍😍😅. Langsung lapar. Memang paling sedaaap kalau kuahnya letak banjir atas nasi kak 😄👍👍. Terbayang rasa lemak, pedas dan gurih dari kuah

    BalasPadam
  6. Selalu tulang lembu masak sup ni Di buat masak lemak cili api dgn belimbing buluh menu baru bagi saya

    BalasPadam
  7. Aduhai Kak Amie, terliur betul tengok kuah masak lemak cili padi ni... dapat banjirkan atas nasi memang bertambah-tambah makan! Gabungan belimbing buluh, tomato ceri dengan daun kunyit tu tentu rasa pedas, masam dan beraroma wangi. Pakai cili padi merah pun nampak cantik sangat warna kuahnya.

    BalasPadam