Pages

Ahad, 9 Ogos 2026

Minum Lemon Madu Pahit Manis Dr. Bazrul

Bismillahirrahmanirrahim.
Biasanya sebelum keluar briskwalk, Encik Suami akan minum Lemon Madu Pahit Manis Dr. Bazrul.  Katanya, ringan dan segar rasa badan setelah keluar peluh. Kita sebenarnya cemburu dengan kesungguhan Encik Suami keluarkan peluh setiap hari sebab kita malas... ahaks! Tapi kita hendak juga amalkan gaya hidup sihat. 

Hari ini kita cadang hendak semak kertas peperiksaan. Ada empat kelas semuanya tapi baru tanda sedikit. Kononnya awal pagi hendak ke pasar tani tapi batalkan hasrat sebab malas hendak bersiap... ahaks! Macam-macamlah hendak dipakai dan terpaksa ambil masa seperti hendak pergi ke ladang pula.

Jadi kita masuk dapur dahulu, sediakan sarapan. Selepas itu bolehlah sambung menanda kertas. Apabila penat menanda, berhentilah sebentar. Boleh tulis entri atau blog walking

Lemon madu Pahit Manis Dr. Bazrul


Dulu kita letak dua hiris lemon dalam air panas, tapi sekarang lebih suka hiris nipis dan kecil-kecil. Kita hendak rasa masam dan pahit kulit lemon yang banyak khasiat itu. Apabila ditambah Madu Pahit Manis Dr. Bazrul, bertambahlah lazatnya minuman ini. Tapi menurut Dr. Bazrul jangan gunakan air panas sepenuhnya sebab nanti hilanglah khasiat madunya. Jadi, gunakanah air suam tapi lebihkan panas. Kira panas-panas manjalah gitu.

Untuk sarapan, Amie sediakan:
Menu Sarapan

Bihun Goreng Udang Kering

Rasa seperti lama sungguh tak goreng bihun. Pesan dengan Encik Suami, sebelum keluar briskwalk tolong rendamkan sebungkus bihun, udang dan ayam. Waktu Amie masuk dapur, bihun sudah kembang dan lembut. Teruslah carai perencah. Tumbuk bawang putih, bawang merah dengan udang kering. Sedap aroma perencah udang kering dalam kuali. Tambahkan sedikit lada putih tumbuk, tambah sedaplah rasa Bihun Goreng Udang Kering!

Cucur Jagung + Udang

Isi udang yang Encik Suami keluarkan dari freezer, Amie cincang dan tambahkan bawang besar, daun sup dan jagung. Bubuh sedikit tepung gandung dan sebiji telur. Tambahkan sedikit air agak-agak untuk lekatkan bahan. Cucur begini memang jadi rebutan anak-anak. Ketika kami sarapan, memang kena ingatkan Firdaus supaya tinggalkan untuk Fairuz. Fairuz pula masuk bilik air sewaktu semua menghadap sarapan!

Air Lada

Air Lada ini pula dimakan bersama bihun goreng. Kisarkan cili padi dengan bawang putih. Tambahkan banyak jus limau kasturi supaya kelihatan cair. Untuk rasa, letakkan garam / perasa pilihan. Boleh tambahkan gula juga ikut cita rasa.

Sup Ayam + Betik + Jagung + Daun Kemangi

Amie sengaja masak Sup Ayam + Betik + Jagung + Daun Kemangi. Nanti kalau tak sempat masak untuk makan tengah hari, bolehlah Encik Suami masak nasi dan makan dengan sup ini. Tapi, sewaktu sarapan semuanya meratah sup ayam ini termasuklah orang yang sedang menulis entri ini....hiks!

Oh ya! Encik Suami sarapan telur rebus, salad dan roti panggang dan semangkuk kecil sup ayam. Yang goreng-goreng dia tak sentuh.



14 ulasan:

  1. disiplin suami cikgu amie tu memang salute betul. kalau saya ni, sebulan buat mesti dah terkandas. banyak makanan yg menarik perhatian, tak lalu juga kalau hari2 makan benda2 rebus je huhu.

    air lemon madu dulu saya selalu amalkan sebab nak kulit cantik :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin Encik Suami sudah rasa sakit yang diranggung, itu sebab betul-betul nak jaga kesihatannya.

      Padam
  2. Macam² menu sarapan pagi.. ater sup tu dah dimakan waktu pagi, kena masak jugalah ya untuk lunch.

    BalasPadam
  3. Lupakan menanda kertas tu... Blogwalk je lagi bagus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, patutnya kerja ladang tu humban jew jan Uncle.

      Padam
  4. Waduh tabah Dan konsistent en majed tak makan benda bergoreng. Kalau saya lah emm semuanya ke laut dalam.

    BalasPadam
  5. cucur jagung dah udang tu menarik bg saya... peminat cucur

    BalasPadam
  6. JD rindu cucur udang 😍😍😍😍. Beli udang dulu, nanti nak masak cucur juga.

    Madu pahit manis ini biasanya di sini sebut madu hitam. Awal2 dulu, saya tak suka, karena pahitnya dominan. Tp lama2 lidah JD biasa. Dan bisa minum dengan biasa 🤭. Memang banyaaak manfaat nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr. Bazrul jual dua jenis madu, madu pahit manis dan madu hitam juga. Pernah bel8 madu hitam, tapi lebih suka pula madu pahit manis yang ini.

      Padam
  7. Gebunya mihun goreng Kak Amie. Oh, sy selalu bancuh madu dengan air panas. Lepas ni kena guna air suam² sikit la. Sayang pulak jika hilang khasiat madu kena air panas.

    BalasPadam
  8. Kuat betul suami Akk menahan nafsu makannya. Sy tengok gambar pun dah kecur, apatah lagi kalau di depan mata, berebut agaknya dgn Daus ahahaha 😆

    BalasPadam