Pages

▼

Jumaat, 7 Ogos 2026

Mencari Kudapan Petang di Secret Recipe

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas solat Jumaat, Encik Suami bawa jalan-jalan cari makan nasi kerabu di sebuah gerai berhadapan dengan Masjid Al-Raudhah. Kemudian kami singgah Secret Recipe cari kudap-kudapan. Bolehlah buat minum petang.



Teringin juga makan-makan di sini tapi pengalaman lalu banyak kali mengecewakan kerana banyak menu yang tidak ada. Jadi, kalau hendak makan kami lebih suka masuk ke SR Tawau.


Selain Hokkaido Baked Cheese Tart, Amie terpandang Lamb Pie dan Chicken Pie. Agak lama juga Amie ternanti-nanti hendak makan Lamb Pie SR. Kiranya rezekilah kali ini datang, ada pula Lamb Pie yang dicari-cari. Sayang sedikit, rasanya tidak seperti dahulu. Kurang berasa lada hitamnya, dan makin sedikit pula intinya terutama potongan lamb. Setelah sekian lama hingga memakan tahun mencari Lamb Pie di SR, rasanya cukuplah pencarian untuk kali ini. Dah tak rasa teruja hendak memburunya lagi.

Total : RM68.55 sen


Sebiji Hokkaido bakes Cheese Tart berharga RM7.70 sen. Beli lima dapat 1 percuma. Jadi semuanya 6 biji.

Carrot Slice

Tidak ketinggalan, beli kek kegemaran Amie iaitu kek lobak merah. Suka kacang-kacangnya.

Lemon Madu Pahit Manis

Sampai rumah, berehat dahulu. Selepas asar masuk dapur, minum petang bersama Encik Suami. Encik Suami makan Chicken Pie, Amie makan Carrot Slice dan minum Lemon Madu Pahit Manis.

Lamb Pie

Chicken Pie

Kudapan dari SR.


Amie gunakan Madu Pahit Manis Dr. Bazrul dan tambahkan lemon. Rasa lega kepala dan badan setiap kali hirup secawan Lemon Madu Pahit Manis ini. Madu Pahit Manis Dr. Bazrul ini Amie beli online dengan harga RM170.00 sebanyak 500ml. Encik Suami amalkan minum pagi dan malam. Amie sesekali sahaja apabila teringin.

11 ulasan:

  1. Suka cheese tart ni.. cream cheese cair creamy hehe

    BalasPadam
  2. Saya suka hokkaido kek ke hape nama nya tp nak makan tu mmg kena order awal sbb dia prepare agak lama haha

    BalasPadam
  3. Linda pun suka carrot cake SR ni.. memang favourite lah

    BalasPadam
  4. Kek carrot SR sedap! saya pun suka. Jenis-jenis pie tak pernah cuba lagi yang SR punya.
    Madu ni boleh tahan juga harganya. Tapi mana-mana madu asli memang mahal harganya kan.

    BalasPadam
  5. kek carrot tu antara fav sy
    dari dulu suka sgt dgn cream cheese dia tu
    ngammmm sgt sgn kek tu...

    BalasPadam
  6. Menu makanan sekarang semua dah nama omputih erk

    BalasPadam
  7. Saya tak pernah cuba pie Secret Recipe ni. Lain kali boleh cari.
    Hokkaido baked cheese tart memang sedap, pejam-pejam mata makan, nikmat. 😋

    BalasPadam
  8. Tak pernah lagi mencuba pie SR ni. Teringin juga nak try nanti.

    BalasPadam
  9. Belajar makan kek carrot dari SR, rasanya maintain.

    BalasPadam
  10. Itulah kak, terkadang ada tempat makan yg tidak konsisten rasanya kan. Ntah krn berganti chef, atau dengan alasan penghematan, sehingga beberapa bahan dikurangi.

    Sr salah satu restoran yg saya suka... Sayang semua cabangnya di JKT tutup. Nanti nak coba pie nya di SR KL lah

    BalasPadam
  11. Carrot cake Sr memang sedap apa lagi hokaido cheese tart. Feeling makan kat hokaido

    BalasPadam