Pages

Rabu, 15 Julai 2026

Singgah di Jalan Kelapa - Brunch di Restoran Nasi Lemak Guru Besar

Bismillahirrahmanairrahim. 
Setiap kali melalui Jalan Kelapa di Tawau dan terpandang Warung Nasi Lemak Guru Besar, Encik Suami selalu usik : Tak mahu singgah makan? Kadang-kadang kami singgah, kadang-kadang pandang-pandang saja. 

Minggu lepas sewaktu jalan-jalan ke Tawau, kami singgah di sini. Melihat ruang makan yang luas, rasa selesa pula duduk-duduk minum sambil ambil angin pagi. Oleh kerana kami singgah waktu  antara breakfast dan lunch (brunch) kami pun memesan makanan yang agak ringan sahaja.

Karipap Inti Kentang

Encik Suami - Honey Lemon Panas


Firdaus - Tak ingat air apa.

Amie - Ais Lemon Teh


Selain karipap, kami memesan Set Kacang Pool


Sedap pula tengok roti panggang hasil tangan orang... ahaks!

Nasi Lemak Sambal Kerang

Teringin pula hendak makan Nasi Lemak Sambal Kerang. Menarik pulalah melihat ada keropok bawang yang kecil comel. Kalau tak silap namanya Keropok Pak Raden. Lama tak makan keropok ini. Kalau jumpa di kedai, hendak belilah juga sebungkus.

Banyak sambal kerangnya.


Rasanya tak sekufulah makan nasi lemak tanpa kopi hitam! Maka, kita pun memesan secawan kopi 0. Barulah ngam! Barulah ada rasa tradisional, nasi lemak dengan kopi 0!

Kopi 0.

Firdaus ketika ini umur 5 tahun. Daatang makan di sini pada 2018.



Firdaus umur 12 tahun - 2025.

8 ulasan:

  1. Kecur liur tengok Nasi Lemak Sambal Kerang tu Kak Amie! Meriah sungguh sambal kerangnya. Menarik betul ada gandingan keropok bawang comel tu sekali.Setuju sangat Kak Amie, memang tak sekufulah makan nasi lemak kalau tak ada secawan Kopi O panas sebelah!

    BalasPadam
  2. Sambal kerang dia banyak nampak sedap. Cam muskil plak ada tragedi ke bila makan kat tempat Nasi Lemak Cikgu besor tu

    BalasPadam
  3. sedap pulak memalam tengok nasi lemak kerang hihii..besar dah Firdaus

    BalasPadam
  4. Kalau lupa bayar guru besar rotan!

    Hai daus!

    BalasPadam
  5. Oo ingat lagi tempat ni. Rasa macam baru je kak Amie cerita. Sekarang Firdaus pun dah besar.
    Makanan tak pernah mengecewakan. Memang ngam tu kak Amie pesan nasi lemak dan kopi hitam. Happy tummy.

    BalasPadam
  6. Alaaah saya lupa nama kerupuk itu. Banyaaak sangat di sumatera trutama Medan yg jual. Dari singkong kalau tak salah.

    Ada jual kacang pool juga yaa. 😍 Akhirnya saya merasakan kacang pool saat di Johor

    BalasPadam
  7. Seronok makan d restoran , dapat makanan lazat pasti happy tu..

    BalasPadam
  8. Nasi lemak kerang memang menambat mata ni Kak Amie

    BalasPadam