Pages

Khamis, 16 Julai 2026

Ormond Hotel Sandakan : Penginapan Yang Selesa

Bismillahirrahmanirrahim.
Sabtu 11 Julai2026 selepas menghadiri aktiviti di ladang, kami tiga beranak terus meluncur ke Sandakan. Disebabkan keletihan dari ladang, kita pun tertidur dengan lenanya! Apabila terjaga ketika hendak singgah makan di Sandakan, rasa bengkak-bengkak pula mata macam tak cukup tidur. Selepas minum petang, kami terus ke Ormond Hotel untuk daftar masuk.

Abang Farid tempahkan jenis bilik deluxe twin. Katanya Ormond Hotel taraf 4 bintang. Kita tengoklah nanti adakah bintangnya bersinar atau pudar dengan harga RM448.00 termasuk sarapan. Hotel ini terletak di Sandakan Habour Square di tengah-tengah bandar Sandakan. Kedudukannya berdekatan dengan  Sandakan Waterfront, Pasar Umum Sandakan, pusat beli-belah, restoran dan jeti. 

Sayangnya sebaik sampai di sini Encik Suami pula bersungut. Tidak lain dan tidak bukan sungutannya sudah tentu tentang tempat letak kereta! Untuk pertama kali sudah tentulah agar sukar, tapi mungkin untuk yang seterusnya lebih mudah sebab sudah terbiasa. Tiada tempat letak kereta seperti yang Encik Suami selalu harapkan kerana kereta perlu diletakkan di tempat parkir mall. Jadi berpusing-pusinglah Encik Suami memandu untuk sampai ke tingkat lima. Kemudian naik lift dari mall dan tukar pula ke lift hotel. Bilik kami pula letaknya di tingkat 20.

Katanya, kenapalah tak menginap saja di Hotel Elopura. Tempat letak kereta ada di depan hotel. Iyolaaa....iyolaaaa.... ahaks!


Pemandangan di tingkat paling bawah. Untuk daftar masuk perlu ke tingkat atas dengan menaiki eskalator. Kalau pertama kali datang ke sini memang akan tercari-cari kaunter untuk urusan daftar masuk. Mujurlah sentiasa ada petugas di tingkat bawah yang menjadi penunjuk jalan.


Bilik nombor 2019.

Oleh sebab hari sudah menjelang petang, jadi kami terus sahaja masuk ke bilik untuk berehat seketika. Dari tingkap bilik kami, boleh terus melihat kolam renang yang terletak di tingkat 13.


Biliknya agak luas. Dapatlah tunaikan solat dengan selesa tanpa menyelit di celah katil atau kerusi.









Oleh kerana tingkap bilik kami menghadap ke Teluk Sandakan, dapatlah kami melihat pemandangan laut di kala senja.



Bilik airnya pun bersih.






Mencari ke sana dan melihat ke sini belum terjumpa sudut minuman!


Jom kita lihat apa ada di dalam almari ini.


Ada mini peti sejuk. Tentu di sebelahnya ada tea & coffee stataion!


Kan betul!


Jom kita jalan-jalan ke tingkat 13 tempat kolam renang.


Firdaus tak berminat pula untuk mandi di sini.





Ini sahajalah gambar yang sempat Amie ambil. Petang itu rasa agak lemau pula.... ahaks! Kalau boleh hendak sambung tidur saja dalam bilik sampai ke pagi.


Sekian.
Sedikit perkongsian tentang Ormond Hotel Sandakan.
Kalau ada yang akan jejak kaki ke Sandakan atau nama lainnya Elopura, bolehlah menginap di sini. Tempatnya sangat strategik dan mudah untuk bergerak ke mana-mana. Sewaktu kami sarapan keesokan harinya, banyak betul orang putih yang menginap di sini.

7 ulasan:

  1. Kenapa Daus tak minat nak mandi situ pulak? Tak sukup cabaran ke?

    BalasPadam
  2. Dah boleh agak dah, mesti bersungut pasal parkir kereta. hihi...Kadang tak suka juga hotel yang leceh bab parkir.
    Cantiknya permandangan laut dari bilik. Boleh healing tepi tingkap je. Kolam tu tak menarik minat Firdaus pula ye. Selalu dia yang laju nak mandi kolam.

    BalasPadam
  3. Bilik ada view ni memang syok boleh jenguk2 ke luar.

    BalasPadam
  4. Cantik pemandangan Teluk Sandakan dari bilik Kak Amie tu. Dengan bilik cantik begini, kolam yang besar mmg ada bintanglah hotel ni :)
    Cuma Sy pun kurang suka kalau hotel bersambung dgn mall, selain isu parking nak angkut barang pun mencabar 😅

    BalasPadam
  5. Suka view bilik camtu.. pepagi bangun buka langsir syahdunyaaa..
    Beza dengan Suami Lin, suka hotel sekali Mall atau sebelah Mall.. uhh ke Mall aja dia nanti hahahaha

    BalasPadam
  6. Cantik view luar bilik. Betul tu kalau drive sendiri parking le yg penting kalau boleh depan pintu bilik senang nak angkut barang hehehe

    BalasPadam
  7. Daus takde geng mandilah tu...

    BalasPadam