Pages

Rabu, 15 Julai 2026

Makan Tengah Hari di Tuk Tuk Tomyam Tawau

Bismillahirrahmanirrahim.
Pernah beberapa kali makan di Tuk Tuk Tomyam Kota Kinabalu, tapi bari pertama kali makan di Tawau. Sebelum balik ke LD, kami isi perut terlebih dahulu di Tuk Tuk Tomyam Tawau. Sudah tentulah banyak menu masakan ala Thai di sini. Melihat nama restoran ini sahaja sudah dapat bayangkan tomyam yang lazat. Namun begitu, kami tidak memesan tomyam. Bukan apa. Perjalanan jauh dari Tawau ke LD diharap lancar tanpa mengurus perut yang mungkin membuat karenah di tengah jalan.... ahaks! Faham-faham sahajalah, kita suka hirup kuah tomyam hingga ke titisan akhir. Jadi, lain kalilah kalau hendak makan tomyam.

Somtam Udang



Mencari udang yang mungkin tersembunyi di bawah salad papaya.

Jumpalah seekor!


Kita memesan udang segar - hendak tulis nama menunya pun sudah tak ingat. Tak simpan resit! Kiranya kalau di Sabah macam hinava gitu. Biasanya hinava diperbuat daripada isi ikan mentah atau udang dan kemudian ditambah jus limau nipis atau limau kasturi untuk 'memasak' haiwan tersebut.



Oleh sebab kuah Somtam Udang sedap secukup rasa, jadi Amie masukkan separuh somtam ke dalam mangkuk berisi udang. 

Encik Suami - Nasi Kerabu


Kita pun teringin juga makan nasi kerabu. Nantilah lain kali datang ke sini lagi.


Gambar di atas, menu pesanan Firdaus. Kita pun tak ingat apa namanya tapi sudah tentunya ayam.

Pulut Mangga

Pulut Mangga ini kita punya. Banyak mangganya! Puas makan. Oh ya, lupa pula minuman pilihan kami. Masing-masing dengan pilihan ikut selera seperti di bawah ini:

Firdaus - Jus Tembikai

Amie - Jus Nanas

Encik Suami - Honey Lemon Panas

9 ulasan:

  1. Uishhh kecur tengok menu pesanan kak Amie. Somtam, nasi kerabu dan pulut mangga makanan fav tu. oo baru tahu ada hinava udang juga. Pernah tahu hinava ikan je, penyanyi stacy pernah share.

    BalasPadam
  2. Kalau makanan Thai, saya tak mungkin menolak 🤤🤤. Rata2 saya sukaaaa sangat. Apalagi Tomyam, pulut mangga, kerabu mangga , issh langsung lapar kak 🤣🤣. Nak ke resto Thai langganan di sinilah

    BalasPadam
  3. Wow! pulut mangga tu..hebatnya..

    BalasPadam
  4. Semua sedap!
    Alik² nasi kerabu pun ada ye, wpun kedai tomyam. Bagus juga, pelbagai pilihan

    BalasPadam
  5. First time nampak salad papaya, sedap kah? Papaya masak @ separuh masak tu?

    BalasPadam
  6. Sedapnya somtam, teringat jiran bagi. Dia pakai mangga muda, tapi tak ada betik. Jadi jugalah kan hehe

    BalasPadam
  7. somtam udang, tapi udang nya sekor.. aisehhh...

    BalasPadam
  8. Salad papaya sedapnya kan Kak Amie. Pulut mangga sedap nya

    BalasPadam
  9. nampak sedap nasi kerabu di Tawau sama macam di Pantai Timur

    BalasPadam