Pages

Khamis, 9 Julai 2026

Jalan-Jalan Cari Makan di One Maez Dim Sum

Bismillahirrahmanirrahim.
Ini cerita minggu lalu, minggu yang lalu dan yang lalu lagi... ahaks! Kami berdua bersama Encik Suami singgah cari makan di  One Maez Dim Sum Seri Perdana. Makan tengah hari dengan dim sum yang kecil comel bukannya mengenyangkan pun. Jadi kenalah pesan lebih. Betul tak?

Minta bantuan ChatGPT untuk susun makanan di One Maez Dim Sum. Adalah yang salah silap, tiga biji jadi dua biji, tapi malas hendak edit. Lima ketul jadi empat ketul!


Kami memilih untuk duduk makan di luar. Bukan tak suka duduk di dalam dengan suhu sejuk, tapi tak selesa dengan sinaran lampunya yang warna kekuningan! Nak ambil gambar pun, silau sana sini. 

Minuman panas - campuran buah markisa, lemon dan mangga.

Salted Egg Shrimp Ball

Kecil jew Salted Egg Shrimp Ball, jauh di sudut piring!

Encik Suami tak mahu makan, jadi kita habiskan semua.


Encik Suami - Chicken Century Egg Porridge

Gyoza Prawn

Har Gao

Tak ingat apa namanya.... tauhu kosong goreng.

Bean Curd Roll

Ada lagi satu kami makan, Wu Kok Fried Yam tapi entah hilang ke mana gambarnya.... ahaks!

16 ulasan:

  1. Air panas markisa campur lemon Dan Mangga tu nampak sedap

    BalasPadam
  2. Century egg tu sekali je saya makan... rasa kat hotel di Kuching. Mula² tu ngeri juga nengok.

    BalasPadam
  3. Sedapnya dimsum. Air tu kalau sejuk lagi sedap tu.

    BalasPadam
  4. X yah edit kak...cantik dah ChatGPT bagi gambar tu...kalo kita nk susun lagi la jenuh...

    BalasPadam
  5. Chatgpt tu kadang membantu, kadang tidak. Sedap-sedap menu yang dipesan. Makan itu sikit makan ini sikit, kenyang jadinya. Stress juga kalau lighting tak membantu. Gambar pun jadi tak kurang memuaskan.

    BalasPadam
  6. Saya tertarik tengok teko tu lawa sangat..

    BalasPadam
  7. Sedap sedap belaka....suka sangat teko teh cina yang comel dan jernih tu

    BalasPadam
  8. Selalu tergoda dgn makanannya, kali ni air pula mencuri tumpuan.

    BalasPadam
  9. dah agak dah tgk gmbr bubur tu mesti suami kak amie punya pilihan...

    BalasPadam
  10. Saya kalau dah makan dimsum susah lah utk berhenti 😄😄. Tp lebih suka dimsum yg kukus drpd yg goreng. Yg goreng buat cepat kenyang 😄

    BalasPadam
  11. Semua nampak sedap kak oi... dah 3 ketul je kongsi dua orang pun kita nak la meriah sikit kan heheheh

    BalasPadam
  12. Bean Curd Roll ni menambat mata, tak pernah makan rasanya.

    BalasPadam
  13. Betul sangat Kak Amie, kalau lighting kuning & silau nak ambil gambar pun rasa kurang selesa. Bagus pilih duduk kat luar. Terliur pulak tengok teko lutsinar dengan air campuran markisa, lemon & mangga tu... nampak sangat segar!

    BalasPadam