Pages

Khamis, 9 Julai 2026

Ikan Tilapia Goreng VS Ikan Kerisi Rebus

Bismillahirrahmanirrahim.
Balik dari ladang, kita minta tolong Encik Suami keluarkan apa-apa ikan untuk dimasak menjelang petang. Kita bersedia untuk menghadiri Google Meet dengan JPNS pada pukul dua petang. GM selesai pada pukul 4:15 petang.

Apabila masuk ke dapur sudah ada dua jenis ikan sedang menunggu untuk diolah. Ada empat ekor ikan kerisi yang sudah hilang kepalanya dan seekor ikan tilapia yang sudah dibersihkan Encik Suami. Ada hirisan putik jagung dan sayur sawi di dalam mangkuk. Memang kita faham sangatlah masakan wajib Encik Suami sudah tentu ikan rebus dengan sayur.

Jadi, petang tadi sempat olah dua jenis ikan ini. Ikan kerisi rebus dan ikan tilapia goreng. Tapi, sebenarnya kita pun pula terpengaruh dengan lauk rebus Encik Suami! Sewaktu masak ikan kerisi rebus, kita sengaja tambah bahan seperti lada putih supaya kuahnya lebih berasa dan daun kunyit untuk aroma yang lebih sedap!

Oleh kerana kita pun suka hirup kuah ikan rebus, jadi kita pun tambah beberapa tangkai cili padi. Walaupun Encik Suami tak makan pedas, nanti kita boleh picit cili padi sewaktu makan nasi.

Ikan Tilapia Goreng VS Ikan Kerisi Rebus

Ikan Tilapia Goreng

Ikan Tilapia ini Amie goreng garam kunyit saja tapi sedap betul rasanya. Luarnya garing, isinya lembut. Firdaus sudah tentulah suka kulitnya yang garing itu. Sebelum diangkat dari gorengan, Amie masukkan daun kari, daun kunyit, daun limau purut dan beberapa tangkai cili padi.

Cili padi & daun kunyit.

Sempat ke belakang rumah petik cili padi dan ambil beberapa helai daun kunyit. Jadinya sewaktu goreng ikan tilapia dan masak rebus ikan kerisi, Amie masukkanlah cili padi dan daun kunyit ini.

Ikan Kerisi Rebus


2 ulasan:

  1. Cili padi menjerit kesakitan sewaktu amie memicitnya bila nak makan nasi... Hahaha adegan terlampau

    BalasPadam
  2. Aduhhh... talapia goreng pulakkkkk.. dugaan betul huhu

    BalasPadam