Pages

Sabtu, 11 Julai 2026

Hendak Makan Lamb Chop, Dihidangkan Chicken Chop Pula!

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita minggu lalu dengan kata lain kisah tujuh hari lepas bersamaan pada hari Sabtu sewaktu jalan-jalan ke Tawau. Kami makan malam di Seiyo Grill. Seperti biasa kalau ada Firdaus, dialah tukang tulis pesanan makanan.

Kita hendak makan Lamb Chop. Apabila hidangan sampai ke meja, seakan-akan chicken chop pula. Encik Suami kata mintalah tukar. Mungkin tersilap hantar, kata Encik Suami lagi. Tiba-tiba Firdaus mencelah, katanya memang betullah Chicken Chop seperti yang dia tulis atas kertas pesanan. Aduhai anak! Apalah yang dia fikir sampai tersilap dengar. Kita kata Lamb Chop, di kepalanya mungkin membayangkan Chicken Chop.

Sudahlah. Makan sajalah. Lain kalilah kalau hendak makan Lamb Chop. Eh, bunyinya macam cerita emak si Melur Batu Belah batu Bertangkup pulak dah.... ahaks!

Amie - Chicken Chop Grill

Firdaus - Chicken Chop Crispy - Mozarella

Encik Suami - Spaghetti Carbonara - Prawn

Pizza Island Tuna

Seiyo Pudding Special

Amie - Mojito Honey Lime

Firdaus - Spanish Latte Cold

Encik Suami - Lemon Sui No Sugar


In syaa Allah jika berkesempatan jalan-jalan Tawau lagi mungkin akan datang ke sini untuk mercuba makanan yang lain. Layanan di sini mesra dan cepat. Tempatnya bersih dan selesa. Ada ryang makan di bahagian dalam dan luar.




15 ulasan:

  1. Adoiii Daus... mujur Batu Belah Batu Bertangkup jauh.... nak kena seberang Laut China Selatan🀭🀭

    BalasPadam
  2. Walaupun salah order tapi makanan tu semua nampak menarik dan menyelerakan..

    BalasPadam
  3. Alamak nasib selera tak terbantut hehe

    BalasPadam
  4. Aiiiih slah pesan daus yaa πŸ˜…. Tak apalah, belum rezeki mencoba lamb chop nya. Chicken chop itu pun nampak sedap juga kak 😍😍

    BalasPadam
  5. Segarnya nampak mojito honey lime tu..

    BalasPadam
  6. Hehe salah order pun semua nampak sedap!

    BalasPadam
  7. Itu maksudnya kena datang lagi pekena lamb chop. Alaaaaa daus

    BalasPadam
  8. Mesti Firdaus asyik fikirkan menu piiihannya; chicken chop sampaikan menu utk mommy pun dipilihnya chicken chop. Memang kena ulang ni Kak Amie, semua nampak menyelerakan

    BalasPadam
  9. Alahaii..silap pulak Firdaus dengar ye. Itulah tu, macam cerita telur tembakul pulak. comel je bekas sos blackpepper tu.
    Mojito honey lime pasti menyegarkan tekak.
    Wahh Firdau pun dah pakai kopi² ye.
    Next time kena datang lagi kak Amie. Pesan lamb chop pulak.

    BalasPadam
  10. Alahai si anak silap faham rupanya. Agaknya otak proses chop je jadi la chicken chop. Nampak menyelerakan semua menu tu.

    BalasPadam
  11. Makanan semua nampak sedapppp. Boleh try singgah nanti. Btw, jemput follow blog saya https://www.spacemaya.com/

    BalasPadam
  12. Lin kalau salah order, tapi menu yang sampai sedap okayy.. kalau tak sedap, memang Lin order semula hahaha.. pizza tu nampak sedap yaa Amie

    BalasPadam
  13. sabar jelah...pernah juga la terjadi macam tu.. fikir lain, tulis lain...

    BalasPadam
  14. Apasal semua nampak sedap.... heheheh dah dia teringin makan ciken cop kot kak itu yg tak dengar lamb chop tu hehehe

    BalasPadam
  15. aduhai Firdaus! Tersengih baca part dia tersilap tulis pesanan tu Kak Amie. Otak nak makan chicken chop, sekali pesanan mommy pun 'ter'chicken chop sekali! πŸ˜‚ Terhibur babak selingan macam cerita Batu Belah Batu Bertangkup tu... tapi nasib baik rezeki Chicken Chop pun nampak menyelerakan!

    BalasPadam