Pages

Jumaat, 26 Jun 2026

Salad Salmon

Bismillahirrahmanirrahim.
Semoga di pagi Jumaat ini berdatanganlah rahmat dan rezeki dari pelbagai penjuru bumi Allah. Mudah-mudahan semuanya sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Amie kongikan menu Salad Salmon yang tersimpan beberapa minggu dalam folder. Kalau tak silap Amie sediakan Salad Salmon untuk sarapan pagi dan sudah tentulah di hari minggu yang lepas-lepas.

Amie panggang ikan salmon dan kemudian carik-carik dan susun dalam pinggan bersama salad lettuce, lonak merah, bluberi, nanas, tomato, mangga dan timun. Amie tidak tambahkan dressing sebaliknya hanya renjiskan minyak zaitun, taburkan garam bukit dan lada hitam serta bijan hitam.

Salad Salmon

Salad Salmon - ChatGPT

Minta bantuan ChatGPT untuk infografik Salad Salmon. Terima kasih kawan!

Salad Salmon



8 ulasan:

  1. Kak Amie jgn terkejut kalau menu ni muncul di meja makan Sy. Memang menggoda sungguh ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan PH. Saya pun nak rasa kejutannya hihihi.

      Padam
  2. Kalerful cantik... sedap ni sbb ada salmon

    BalasPadam
  3. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
    Cantik sedap sihat sangat menu Kak Amie ni. Thanks for sharing Kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Apabila ada yang jaga diet pemakanan, kenalah usag
      Ha nak tarik selera di pinggan makan🤭🤭

      Padam
  4. Menarik sungguh menu2 Kak Amie sediakan...

    BalasPadam
  5. Itu lah yang terbaik. Guna extra virgin olive oil. Dalam salad dressing yang pasaraya jual tu, ada gula, walaupun rasanya sedap. Selera makan salad warna-warni macam kak Amie buat ni.

    BalasPadam