Bismillahirrahmanirrahim.
Lama rasanya tak makan di Restoran Pakistan. Dulu kalau balik dari ladang, selalu singgah makan roti paratha dan minum teh Pakistan. Kadang-kadang hendak ajak Encik Suami singgah makan roti paratha atau chapli kebab di situ, tapi mengenangkan Encik Suami tidak makan makanan bergoreng, kita pun simpan sajalah hasrat itu.
Beberapa kali Amie terpandang daging kisar segar di Ridhwan Trading. Kadang-kadang teringin hendak beli, tapi tidak jadi. Akhirnya kelmarin beli juga. Sekilogram berharga RM55.00. Amie beli 400 gram sahaja. Di kepala sudah terbayang chapli kebab daripada daging kisar segar hasil air tangan sendiri.
Selain makan chapli kebab di LD, Amie pernah makan di Puncak Alam. Teristimewa sekali berkesempatan makan di Pakistan! Jadinya, dapatlah membanding rasa chapli kebab di tempat yang berbeza pula. Semuanya sedap, dan memiliki rasa yang sama. Jadi, apa salahnya cuba masak di dapur sendiri.
Amie rujuk VTT Authentic Lahori untuk resipi chapli kebab ini. Cantik kejadian chapli kebab yang dihasilkan dalam VTT berbanding chapli kebab yang Amie hasilkan. Tak apalah. Try and error. Rasanya chapli kebab air tangan Amie agak tebal. Lain kali kena buat lebih nipis. Tentang rasa? Sudah tentulah sedap... sangat sedap! Rasa tak puas makan pula.
| Chapli Kebab |
| Hidangan chapli kebab digandingkan dengan roti paratha, chana masala dan kentang masala. |
| Chapli Kebab Homemade |
Beginilah lebih kurangnya Chapli Kebab dari Amie's Little Kitchen.
Keping demi keping masuk mulut sampai tak sedar empat keping sudah ditelan! Amie bungkus chapli kebab dalam roti paratha. Teringat kalau makan di Restoran Pakistan harga sekeping RM8.00. Apabila buat di dapur sendiri, berkeping-keping boleh masuk perut! Memang sangat berbaloi!
| Roti Paratha |
| Potato @ Kentang Masala |
| Chana Masala |
| Resipi Chapli Kebab |
Terima kasih ChatGPT, memudahkan kerja kongsi resipi.
Macam kecik je roti Paratha tu... mini?
BalasPadamSengaja nak padankan saiz dengan lauk pauk.
PadamLengkap hidangan Pakistan di dapur Kak Amie.
BalasPadamAlhamdulillah. Rasa nak buat lagi.
PadamSuka tengok gambar cikgu amie semua cantik. Makanan pun menyelerakan.
BalasPadamTerima kasih Cie.
Padamchana masala tu macam kacang kuda je. Wah amie nanti boleh lah bukak restoren pakistan. Dah boleh lawan orang pakistan punya chapli kebab
BalasPadamBetul. Kacang kuda tu.
PadamKena baiki bentuknya. Saya buat gemuk. Chapli kebab kedai lebih nipis.
Perghh kak... kalau gini la ghopenya konpom bkn sekeping je tau, mau berkeping² makan nya tu hahaha 🤩🤪🤪
BalasPadamItulah saya makan empat keping. Ada lebih. Simpan dalam peti sejuk. Edok pagi nak panadkan lagi.... tengok-tengok hilang dari peti sejuk, entah siapa habiskan hihihii.
PadamAlahai sedap ya amat ni 😋
BalasPadamPresentation pun mengalahkan restoran ni Kak Amie
Memang sedap PH. Nanti kalau jumpa daging kisar segar memang nak beli lagi.
PadamTerliur tgk...resepi dh ada...nk buat x tahu bila...
BalasPadamBoleh try buat. Pelan-pelan.
PadamThanks for sharing resepi Kak Amie sedapnya chapli kebab ni.
BalasPadamSama-sama Mulan.
PadamSungguh, memang sedap.
Nampak sedap semuanya kak oi.... terliur nengoknya nak buat tak rajin pulak hehehhe
BalasPadamKakak pun sama. Dah lama teringin nak buat sendiri. Akhirnya dapat juga.
Padam