Pages

Isnin, 4 Mei 2026

Tauhu Sumbat Yang Tak Tersumbat!

Bismillahirrahmanirrahim.
Dua tiga hari kebelakangan ini tekak rasa teringin hendak makan tauhu sumbat. Terbau-bau aroma segar apabila sos lada bercampur dengan hirisan timun di dalam tauhu. Maka petang tadi, masuklah ke dapur siapkan bahan untuk buat tauhu sumbat. Sambil menggoreng tauhu, sambil menyagat timun dan lobak merah. Sepatutnya tambahkan taugeh, tapi tak ada stok taugeh pula. Dan siaplah juga sos lada untuk tauhu sumbat.

Setelah angkat tauhu dari gorengan di kuali, berubah fikiran pula. Malas hendak belah dan sumbat bahan sagat dalam tauhu. Dalam hati berbisik, sama saja rasa tauhu sumbat dengan tauhu tak bersumbat! Akhirnya kita pun potonglah tauhu yang digoreng tadi dan bubuh dalam piring. Kita taburkan bahan sagat dan tuangkan sos lada di atasnya. Apabila kita hendak makan, terbaulah aroma tauhu sumbat zaman dulu yang menggamit nostalgia.

Tauhu Sumbat Yang Tak Tersumbat

Encik Suami ambil dua potong sahaja, sedangkan Amie makan dengan penuh perasaan! Tak sedar, hanya tinggal sepotong di dalam piring. Firdaus bukannya pandai makan pun.... ahaks! Firdaus belum lagi pulang dari sekolah.

Tengah hari tadi, sewaktu balik dari ladang, kami singgah di Chinese Muslim Food beli Roti Inti Ayam dan Roti Inti Kambing. Memang tak sabar hendak makan sebab masih panas!


Makan Roti Inti Kambing dalam perjalanan pulang ke rumah.

Roti Inti Ayam untuk Firdaus.

Semalam Encik Suami rebus jagung. Sedaplah pula jagung rebus, sudahlah saiz besar, manis dan lembut pula isinya. Petang tadi Encik Suami rebus lagi. Kali ini rebus dengan kulitnya sekali.

Jagung Rebus

Terasa kenyanglah pula setelah makan Tauhu Sumbat Yang Tak Tersumbat dengan jagung rebus. Kata sepakat dicapai, tak perlulah masak nasi. Cukuplah makan apa yang ada. Firdaus pun tidak cerewet. Dapat dua keping Roti Inti Ayam pun sudah cukup mengenyangkan. Kalau masih lapar, bolehlah goreng nasi baki semalam.

Lemon teh panas.


Alhamdulillah. Tertunailah hasrat di hati hendak makan tauhu sumbat walaupun tak tersumbat!

38 ulasan:

  1. Tajuk post yang ni cute je. Hehe. Saya suka la roti cina tu. Makan panas-panas memang sedap sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, saya suka inti ayam. Padat isinya.

      Padam
  2. Balasan
    1. Iya Wak. Tak sempat nak sumbat, makan sajalah hihihi.

      Padam
  3. Tauhu sumbat pekena sambal kacang pun sedap, mables!

    BalasPadam
  4. Waa sedapnya nampak roti daging tu ya 🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti daging memang sedap makan waktu panas.

      Padam
  5. rumah kami pun tak makan tauhu. cie tengok jenis masakan baru makan. sedapnya tengok roti inti ayam daging tu. takde kat sini. nanti boleh la search resipi boleh buat sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap dan mengenyangkan roti inti Chinese food ni. Saya suka inti ayam. Penuh padat isinya.

      Padam
  6. Sumbat ke tak sumbat still sama rasanya 😁
    Cuma yang ni cam tak kena makan pakai tangan, kena guna sudu garfu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa memang pakai sudu garfu. Tapi puaslah makannya.

      Padam
  7. Bulan puasa hari berangan nk buat jga lastt tak jadi he hew
    Sy sukaa tauhu apapun masakk memang layan

    BalasPadam
  8. tauhu sumbat kuah kacang kegemaran saya...

    BalasPadam
  9. jadilah tauhu sumbat ala salad..
    macam teringat2 pula sambal lada tauhu sumbat arwah mama.. letak cili besar, cuka, gula sikit kan kak? ammi ni tau makan je...tak pernahlah nak tengok macam mana mama buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, simple jew bahan sosnya, tapi bila dan jumpa tauhu dengan timun, memang naiklah aromanya.

      Padam
  10. Hihi dah jadi macam rojak tapi versi sos.. Tapi takpe, asalkan sedap dan perut pun kenyang kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... bolehlah buat selalu kalau jenis simple begini.

      Padam
  11. tauhu xtersumbat pun lengkap dgn sayur n sos sedap juga xyah penat2 nk sumbat

    BalasPadam
  12. Sekali sekala buat tauhu sumbat sedap juga kan... Lama dah tak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, nak beli tak ada orang jyal di LD. Buat sendirilah jawabnya.

      Padam
  13. Sy dah menyumbat tauhu baru² ni, kalau tidak mahu juga join Kak Amie hikhik

    BalasPadam
  14. Cuya tak suka tauhu sumbat taktahu nape tak sedap bagi Cuya. Hahaha
    Tapi ibu kata bagus tauhu ni
    Lagi2 ada taugeh, lagi tak suka 🤣

    BalasPadam
  15. Hahahaha, bagus juga cara begini kak . Tapi memang rasanya pun sama saja kan. Hanya beda penyajian . Dan lebih simple. Tak payah disumbat2 😅😄.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak terfikir nak buat begini dari dulu. Sekarang kalau teringin, bila-bila masa boleh buat.

      Padam
  16. Subahanallah..nampak nikmatNya tak terkata kesyukuran..makanan tak pernah habis diberiNya.

    BalasPadam
  17. Tauhu mcm ni pun sedap kak amie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang sedap. Macam pernah nampak entri SA pasal tauhu sumbat.

      Padam
  18. Memang suka tahu sumbat tapi tak suka buat. Tahu sekarang tebal tak macam dulu2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah hasil kejadian tauhu sumbat ikut cita rasa sendiri hihihi.

      Padam
  19. saya boleh je makan tauhu sumbat ni, tapi bukanlah favourite. suka lagi tauhu goreng kosong :p

    BalasPadam
  20. x pe kak janji masuk ke dalam mulut kite bkn mulut org lain. kalau tak nanti nmpk cam pelik je hehehe

    BalasPadam