Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berbuka puasa kepada rakan-rakan yang berpuasa sunat
Zulhijjah pada hari ini. Semoga dipermudahkan urusan bagi hamba-Nya yang mampu melaksanakan ibadat pada 10 hari pertama Zulhijjah.
Jom tengok apa menu Amie kongsikan pada hari ini. Mana tahu boleh dijadikan idea untuk hidangan keluarga atau menu berbuka puasa esok, lusa dan seterusnya.
Amie masak Sup Kambing. Sebenarnya sebelum hari raya puasa tempoh hari, macam-macamlah Amie beli untuk dimasak ketika semua anak menantu beraya bersama. Sayangnya, masa bersama tidaklah lama. jadi, adalah beberapa bahan masakan yang tak sempat diolah kerana waktu itu hampir setiap hari samada siang atau pun malam, ada sahaja jemputan rumah terbuka raya.
Antara bahan yang tak sempat dimasak termasuklah lamb sank yang kononnya Amie hendak jadikan nasi arab lamb shank. Memandangkan sudah hampir menjelang Hari Raya Korban, jadi Amie pun masak sahajalah lamb shank itu. Sekali lagi minta jasa baik slow cooker untuk merenih lamb shank perlahan-lahan sehingga masak sempurna.
Encik Suami pula, awal-awal lagi sudah keluarkan ikan dan sayur sawi! Biasanya kalau melihat Amie sibuk, Encik Suami akan masak sendiri lauk ikan dan sayur rebusnya.
 |
| Hidangan Tengah Hari / Malam / Berbuka |
 |
| Sup Kambing |
Fairuz suka sangat makan Sup Kambing. Setelah beberapa hari tidak makan di rumah, eloklah hirup Sup Kambing yang masih panas. Kebetulan pula petang tadi hujan, jadi bolehlah hangatkan badan dengan Sup Kambing. Kata Fairuz, Sup kambing tak sesuai dimakan dengan nasi. Jadi, Amie suruh makan dengan roti sajalah. Panggang roti dan celup dalam Sup Kambing!
Sup Kambing ini mungkin lebih kepada Lamb Stew kerana kuahnya agak pekat. Hal ini kerana kambing ini dimasak perlahan dalam slow cooker dicampur dengan bawang, kentang, lobak merah dan tomato.
Kambing yang dimasak dalam slow cooker masak sempurna, empuk!
Biasanya Amie suka makan sup ekor dengan roti, tapi kali ini kami makan Sup Kambing @ Lamb Stew dengan roti panggang.
 |
| Sup Kambing dengan Roti Panggang. |
Apabila suhu sejuk di petang hari, memang bergelas-gelaslah hirup Air Mata Kucing panas-panas. Air Mata Kucing ini Amie renih bersama barli, white fungus, longan kering, daun pandan, kurma merah dan lo han guo. Udara sejuk membawa aroma didihan Air Mata Kuning yang wangi sampai ke ruang atas.
Walaupun ada roti dan Sup Kambing di atas meja, namun selera Encik Suami tetap kekal kepada Sup Ikan. Oleh kerana perlu dikurangkan penggunaan perasa atau garam, jadi Amie akan pastikan ada sesuatu yang 'menyedapkan' setiap kali masak sup ikan atau ayam. Untuk tambahkan rasa semula jadi, Amie tidak tinggalkan hirisan halia muda (sebab Encik Suami suka kunyah halia, jadi Amie pilih halia muda), serai, daun kemangi dan daun pandan. Bahan-bahan tersebut boleh 'menambah' rasa enak dalam sup ringan. Amie sebut sup ringan sebab tiada penggunaan rempah selain bawang putih dan bawang merah. Syarat untuk menikmati keenakan rasa sup sebegini ialah dengan menyantap ketika masih panas.
Satu lagi, Amie juga pelbagaikan bahan sayuran yang sesuai untuk Encik Suami. Selain sawi, Amie tambahkan tomato, brokoli, lobak merah dan putik jagung. Seperti biasa, Amie akan rebus terlebih dahulu bahan perencah bersama tomato kampung. Amie gunakan tomato kampung sebab ada rasa masam manis yang tersendiri. Jadi, tidak perlulah masukkan asam jawa atau asam keping.
Saya LGS buat plan nak ke warung sup kambing langganan saya dj JKT 😄😄❤️. Lihat buatan Kak Amie, memanglah menggoda selera sangaaaat ini.
BalasPadamTp sup ikan pun nampak meriah 😍😍. Ikannya juga tipe yg tebal. Pasti sedap dimakan saat panas