Pages

Ahad, 24 Mei 2026

Sup Ikan Salmon dengan Sweet Pepper Sumbat

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat pengunjung setia Amie's Little Kichen. Apa aktiviti di hari minggu ini? Jangan lupa alas perut terlebih dahulu untuk mendapatkan tenaga agar segara urusan berjalan dengan lancar.

Pagi ini masuk ke dapur setelah empat hari tak berasap. Seperti biasa, masak rebus-rebus saja untuk Encik Suami. Amie buat Sweet Pepper Sumbat. Kemudian masak rebus bersama ikan salmon, putik jagung, brokoli, seafood mushroom dan tomato kampung. Nampaklah warna-warni sarapan kami pagi ini. 

Firdaus hanya meratah sweet pepper sumbat dengan ikan salmon sahaja. Amie dan Encik Suami makan dengan bihun. Jadilah Bihun Sup Ikan Salmon dengan Sweet Pepper Sumbat.

Sup Ikan Salmon dengan Sweet Pepper Sumbat.


Kalau kita sediakan sendiri cili sumbat, bolehlah sumbat seberapa banyak inti yang kita mahu! Ratahlah sepuas-puasnya.




Bihun Sup Ikan Salmon dengan Sweet Pepper Sumbat

Warna kuning oren kuah sup ini hasil daripada rebusan ikan salmon. Untuk rasa lebih lazat, tambahkan sambal cili padi dalam Bihun Sup Ikan Salmon dengan Sweet Pepper Sumbat.

Minta tolong ChatGPT buatkan gambat 3D.



Terima kasih ChatGPT.

4 ulasan:

  1. Berwarna warni begini memang menambat selera Kak Amie 😋

    BalasPadam
  2. macam comfort food pulak. sedapnya sup salmon!

    BalasPadam
  3. Persembahan yang hebat..sajian istemewa, blog masakan makanan yang serba unggul..tahniah

    BalasPadam