Pages

Ahad, 17 Mei 2026

Singgah Makan Tengah Hari di Lastoria Restaurant

Bismillahirrahmanirrahim.
Bas melucur laju di tengah-tengah hujan lebat meninggalkan Masjid Ibrahimi. Kami singgah makan tengah hari di Lastoria Restaurant. Sebaik kaki melangkah masuk dan menuju ke tingkat atas, serta merta berasa hilang sejuk disambut suasana hangat dengan warna hiasan dalaman dan juga suhu dari pemanas udara. 


Pemandangan luar restoran agak suram disebabkan hujan yang berterusan. Suasana di dalam restoran terasa hangat dan sangat selesa.




Lastoria Restaurant

Suasana Lastoria Restaurant yang penuh dengan kehangatan!


Masing-masing mencari tempat duduk yang selesa.




Kami duduk berempat. Encik suami, Amie, Firdaus dan tour leader kami, Prof. Dr, Azmil.

Pelayan restoran yang bersedia melayani pelanggan.

Firdaus bersedia untuk makan tengah hari. Di hadapannya terhidang mezze atau hidangan pembuka.

Mezze @ hidangan pembuka.

Roti Pita Rangup @ Roti Bakar Arab

Roti pita rangup atau roti bakar Arab ini dipotong panjang dan dibakar sehingga garing. Biasanya dimakan bersama pencicah (dip) seperti hummus, muhammara atau salad berkrim.

Roti Pita Rangup @ Roti Bakar Arab


Firdaus dengan sekeping Roti Bakar Arab yang berpoket.

Firdaus sudah pandai makan Roti Bakar Arab. Tidak sabar dia hendak masukkan inti ke roti di tangannya.

Sup Ringan Bijirin

Sup ringan bijirin ini berupa sup jernih  berisi barli dan lentil halus yang dihidang sebelum hidangan utama.

Salad Jagung Berkrim

Salad jagung berkrim ini diperbuat daripada jagung manis dicampur mayonis dan yogurt bersama lada benggala dan herba. Rasanya lemak, manis dan segar.

Coleslsow

Gambar yang kurang jelas ini ialah coleslaw, salad kubis dan lobak merah dengan sos mayonis. 

Dip hijau ala muhammara atau zaaluk.

Dip hijau ini merupakan campuran sayur bakar termasuk lada hijau dengan minyak zaitun dan rempah. Teksturnya agak kasar dan enak dimakan bersama roti.

Sos Tomato Pedas @ Salsa Arab


Yang warna merah itu ialah campuran tomato, bawang, cili dan herba zaitun. Selalu dimakan dengan roti pita sebagai pencicah.

Buah Zaitun

Nasi Putih & Ayam Stew Palestin

Setelah kami makan roti, barulah dihidangkan makanan utama iaitu nasi putih bersama ayam masak rempah ala Palestin dan rasanya lebih kepada masakan stew. Ada potongan kentang dan tomato.


Hidangan terakhir sebagai pencuci mulut ialah  Basbousa atau juga dikenali sebagai Namoura atau Harissa di beberapa negara Arab. Basbousa berupa  kek semolina yang manis, disiram air gula dan biasanya berwarna kuning keemasan. 

Alhamdulillah. Syukur atas rezeki Allah.

Sup Bijirin @ Lentil dan juga penutup hidangan berupa manisan Basbousa mampu mengembalikan kehangatan tubuh dan menambah tenaga di tengah-tengah kedinginan musim sejuk.


Sekarang kami dalam perjalanan pulang ke hotel.


Walaupun langit mendung dan awan kelabu, namun Amie ingin abadikan suasana ini sebagai kenang-kenangan.






Mungkin tiupan angin agak kuat menyebabkan daun pokok palma tidak dapat terus menegak.





Kini kami menghampiri hotel penginapan kami.
Sekian, perkongsian kali ini.

12 ulasan:

  1. cantiknya suasana bandar bila petang :D

    BalasPadam
  2. Wow! suasana indah ..lampu hebat menerangi makan malam..atau sing juga tetap ada lampu..

    BalasPadam
  3. Pengalaman yang sangat indah sekali saya dapat rasakan..

    BalasPadam
  4. Salam restoran pun terpaksa pakai baju tebal... mesti sejuk sangat tu....

    BalasPadam
  5. nampak cantik & luas suasana dalam restoran.

    BalasPadam
  6. Nampak tenang keadaan bandarnya.
    Buah zaiton jika dimakan begitu saja apa rasanya Kak Amie? Kelat atau manis ye? Sy terbayang kurma muda, kelat² manis

    BalasPadam
  7. Seronoknya dapat baca perkongsian Kak Amie kali ini..Masuk restoran terus hilang sejuk ya, nampak sangat selesa dengan pemanas udara. Hidangan pencicah (mezze) dengan roti bakar Arab poket tu nampak sangat menyelerakan, tambahan pula ada ayam stew Palestin dan nasi putih. Hidangan penutup Basbousa tu memang pelengkap terbaik untuk tambah tenaga dalam cuaca sejuk. Terima kasih berkongsi pengalaman indah ini! Firdaus nampak happy sangat tu...

    BalasPadam
  8. Sedapnya hidangan dengan beraneka menu di Lastoria Restaurant ni. Basbousa, roti, ayam, sup semua sedap.

    BalasPadam
  9. Restoran cantik, view pun cantik. Bestnya jalan2 🥰

    BalasPadam
  10. Cantiknya dalam restaurant tu kak, nampak kat luar putih tu mesti sejuk kan. Tapi awan petang kat gambar-gambar akhir tu cantik betul

    BalasPadam
  11. Sukaaaaa dengan layout ruangan restoran iniiii 😍😍😍. Klasik, tapi ada vibe nyaman juga. Dan makanan yg disajikan juga menarik kaak ❤️❤️.

    BalasPadam
  12. Salsa Arab tu mesti pedas² manja kan.

    BalasPadam