Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin tak masak nasi, jadi hari ini kenalah masuk dapur cari beras. Cari jugalah bahan untuk lauknya. Amie masak Asam Rebus Ikan Tenggiri, goreng ayam dengan bawang putih dan tumis peria dengan udang bemban, bubuh biji sawi.
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
| Ayam Goreng Bawang Putih |
Daging ayam ini Amie potong kecil. Cepat masak apabila digoreng. Wangi jew aromanya apabila digoreng bersama bawang putih sebelum diangkat dari kuali.
| Peria Tumis dengan Udang Bemban |
Peria ini Amie tumis bersama udang bemban. Perencah lain selain bawang putih, bawang merah dan cili merah, Amie bubuh biji sawi. Rasa peria tidak pahit kerana Amie gunakan peria warna putih.
| Nasi Putih |
| Asam Rebus Ikan Tenggiri |
Resipi Asam Rebus Ikan Tenggiri ini Amie masak ikut selera Encik Suami. Encik Suami tidak makan pedas, jadi Amie buang biji cili merah.
Bahan-bahan:
- 1 kepingan ikan tenggiri
- 7 batang kacang bendi - potong dua
- 7 biji tomato kampung
- 600 ml air
- 1 keping asam gelugur
- 1 batang serai - diketuk
- garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
- 2 tangkai cili merah - buang biji
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 hiris halia
- 2 cm kunyit hidup
- 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
- Jerang air di dalam periuk.
- Tuangkan bahan kisar.
- Masukkan serai dan asam keping.
- Biarkan kuah mendidih.
- Kemudian masukkan ikan tenggiri, kacang bendi dan tomato kampung.
- Biarkan masak di antara 3 hingga 5 minit.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
- Setelah ikan tenggiri masak, padamkan api dapur.
Sedap2 semuanya menu kak amie. Terliur tengok.
BalasPadamTerima kasih Cie. Jemput ye.
PadamDibanding ikan, saya lebih suka menh pare tumis yg kakak buat 😍😍😍. Ikan suka, tp kalau dibuat berkuah, agak kurang sikit. Pare ini yg saya sukaaaaa sangat2. Apalagi dimakan mentah makan dengan belacan 😍😍
BalasPadamPare memang bagus, cuma pahit sikit kan Fanny. Wah, saya belum pernah makan pare mentah dengan sambal belacan. Boleh cuba ni.
PadamHebatnya sajian..ikna di masak sempurna..Alhamdulillah.
BalasPadamIkan masak rebus saja. Memang menyihatkan.
PadamAsam rebus lauk sihat tu kak..sedapnya...
BalasPadamBetul SA. Itulah antara diet makan Encik Suami.
Padamsy selalu nk masak tenggiri mcm ni tp anak² mtk tukar ke kari.. huhu.. ikut je la selera anak²
BalasPadamMasak sikit saja untuk diri sendiri.
PadamThanks for sharing versi Kak Amie, lauk ni memang favorite dan senang sebab tak perlu tumis.
BalasPadamMasakan mydah dan ringkas, sedap dan menyihatkan.
PadamSuka betul tengok cara Kak Amie plating makanan sebab nampak menyelerakan 😃 Terima kasih berkongsi resipi, dah beberapa kali saya cuba resipi dari blog Kak Amie, memang sedap 👍🏻
BalasPadamTerima kasih Carneyz.
PadamTerima kasih sudi cuba resipi kakak.
Maaf Kak Amie, tertekan hutang publish sblm habis tulis komen 🤦🏻 Kak Amie deleted ye komen sblm ni.
BalasPadamNak tulis, ayam goreng bawang putih tu nampak sedap. Bawang putih bantu keluarkan angin dlm badan kan.
Ya, bagus ada bawang putihnya kan PH.
PadamSelamat menjamu selera
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamBawang putih tu takut jadi rebutan je hehe
BalasPadamsaya google udang bemban tu apa.. rupanya udang besar macam harimau atau udang galah
BalasPadamnanti nak try masukkan tomato laa sebelum ni mmg masukkan bendi je
BalasPadam