Pages

Selasa, 5 Mei 2026

Asam Rebus Ikan Tenggiri

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin tak masak nasi, jadi hari ini kenalah masuk dapur cari beras. Cari jugalah bahan untuk lauknya. Amie masak Asam Rebus Ikan Tenggiri, goreng ayam dengan bawang putih dan tumis peria dengan udang bemban, bubuh biji sawi.

Asam Rebus Ikan Tenggiri

Hidangan Tengah Hari / Malam

Ayam Goreng Bawang Putih

Daging ayam ini Amie potong kecil. Cepat masak apabila digoreng. Wangi jew aromanya apabila digoreng bersama bawang putih sebelum diangkat dari kuali.

Peria Tumis dengan Udang Bemban

Peria ini Amie tumis bersama udang bemban. Perencah lain selain bawang putih, bawang merah dan cili merah, Amie bubuh biji sawi. Rasa peria tidak pahit kerana Amie gunakan peria warna putih.

Nasi Putih

Asam Rebus Ikan Tenggiri

Resipi Asam Rebus Ikan Tenggiri ini Amie masak ikut selera Encik Suami. Encik Suami tidak makan pedas, jadi Amie buang biji cili merah.

Bahan-bahan:

Bahan kisar:
  • 2 tangkai cili merah - buang biji
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 hiris halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Jerang air di dalam periuk.
  2. Tuangkan bahan kisar.
  3. Masukkan serai dan asam keping.
  4. Biarkan kuah mendidih.
  5. Kemudian masukkan ikan tenggiri, kacang bendi dan tomato kampung. 
  6. Biarkan masak di antara 3 hingga 5 minit.
  7. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  8. Setelah ikan tenggiri masak, padamkan api dapur.

21 ulasan:

  1. Sedap2 semuanya menu kak amie. Terliur tengok.

    BalasPadam
  2. Dibanding ikan, saya lebih suka menh pare tumis yg kakak buat 😍😍😍. Ikan suka, tp kalau dibuat berkuah, agak kurang sikit. Pare ini yg saya sukaaaaa sangat2. Apalagi dimakan mentah makan dengan belacan 😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pare memang bagus, cuma pahit sikit kan Fanny. Wah, saya belum pernah makan pare mentah dengan sambal belacan. Boleh cuba ni.

      Padam
  3. Hebatnya sajian..ikna di masak sempurna..Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan masak rebus saja. Memang menyihatkan.

      Padam
  4. Asam rebus lauk sihat tu kak..sedapnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SA. Itulah antara diet makan Encik Suami.

      Padam
  5. sy selalu nk masak tenggiri mcm ni tp anak² mtk tukar ke kari.. huhu.. ikut je la selera anak²

    BalasPadam
  6. Thanks for sharing versi Kak Amie, lauk ni memang favorite dan senang sebab tak perlu tumis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan mydah dan ringkas, sedap dan menyihatkan.

      Padam
  7. Suka betul tengok cara Kak Amie plating makanan sebab nampak menyelerakan 😃 Terima kasih berkongsi resipi, dah beberapa kali saya cuba resipi dari blog Kak Amie, memang sedap 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Carneyz.
      Terima kasih sudi cuba resipi kakak.

      Padam
  8. Maaf Kak Amie, tertekan hutang publish sblm habis tulis komen 🤦🏻 Kak Amie deleted ye komen sblm ni.

    Nak tulis, ayam goreng bawang putih tu nampak sedap. Bawang putih bantu keluarkan angin dlm badan kan.

    BalasPadam
  9. Bawang putih tu takut jadi rebutan je hehe

    BalasPadam
  10. saya google udang bemban tu apa.. rupanya udang besar macam harimau atau udang galah

    BalasPadam
  11. nanti nak try masukkan tomato laa sebelum ni mmg masukkan bendi je

    BalasPadam