Bismillahirrahmanirrahim.
Sebenarnya agak lama juga mengambil masa untuk menulis entri bertajuk Stor Yang Lapang, Hati Yang Sayu. Mudah-mudahan luahan rasa di hari Jumaat ini dapat meredakan perasaan yang masih belum dapat menerima sepenuhnya hal yang telah berlaku.
Aduhai! Setiap helaian dari kulit ke kulit bukan sekadar kertas. Ia pernah menjadi teman waktu sunyi. Pernah menjadi rujukan ketika mula belajar menghias rumah pertama. Pernah menjadi panduan ketika Amie mahu mencuba resipi baharu untuk keluarga. Antara majalah dekorasi dan majalah resipi, ada halaman yang bertanda. Ada resipi yang pernah ulang baca berkali-kali. Ada gambar ruang tamu yang pernah Amie jadikan impian.
Namun bagi Encik Suami, itu semua hanyalah timbunan lama yang memakan ruang. Katanya, stor sudah terlalu semak. Dunia sekarang di hujung jari. Segalanya boleh dicari dalam telefon. Ada benarnya kata-kata itu. Rumah memang terasa lebih lapang selepas majalah-majalah itu pergi. Tetapi entah mengapa, hati terasa sedikit kosong.
Apabila Encik Suami mengambil keputusan menjual majalah-majalah lama itu kerana stor rumah sudah penuh dan katanya lagi majalah itu sudah lama dan tidak lagi digunakan. Amie cuba memahami alasannya, tetapi jauh di sudut hati tetap terasa sedih. Bagi Amie, majalah itu bukan sekadar kertas lama. Ia adalah bukti usaha, minat memasak dan kenangan perjalanan kecil Amie dalam dunia resipi.
Akhirnya Amie akur, buanglah atau juallah majalah-majalah lama itu tetapi pastikan asingkan majalah yang terkandung resipi Amie's Little Kitchen di dalamnya. Resipi yang pernah diterbitkan tetap menjadi sebahagian daripada cerita hidup Amie. Ia mengingatkan bahawa suatu ketika dahulu, hasil masakan dari dapur kecil Amie pernah mendapat tempat di halaman majalah terkenal di tanah air.
Oh, sudah tentulah perasaan sedih itu wajar, berhari-hari juga masih rasa terkilan. Sebelum lori datang mengambil kotak-kotak berisi majalah, Encik Suami berjaya mengasingkan 16 buah majalah masakan yang menyiarkan resipi Amie. Hal ini kerana ada kenangan peribadi di situ, setiap terbitan mengingatkan detik ketika menyiapkan resipi, mengedit gambar, menulis resipi, menghantar hasil untuk diterbitkan dan keterujaan seperti terbang ke bintang apabila resipi terbit dalam majalah!
Bagi Amie 16 kali tersiar bukan perkara kecil, tapi itu tanda pengiktirafan bakat memasak kita dihargai. Ia juga sebagai bukti perjalanan hidup bahawa majalah itu seperti arkib perjalanan diri ini sebagai penulis resipi. Setiap kali 10 resipi disiarkan dalam majalah, Amie akan terima bayaran sebanyak RM400.00. Seronoknya waktu itu bukan semata-mata dapat bayaran, tapi disebabkan resipi yang tersiar!
Barangkali Encik Suami melihatnya dari sudut yang berbeza seperti merasakan stor semakin sempit dan majalah lama nampak menimbun, menganggap majalah lama tidak lagi digunakan dan tidak menyedari nilai sentimental yang besar kepada Amie. Ya, Encik Suami melihatnya sebagai barang, tetapi Amie melihatnya sebagai kenangan hidup.
| Gambar Firdaus dalam majalah sewaktu kecil. |
Majalah SAJI & RASA dulu pun Cie selalu beli. Dah selamat terjual juga ke kedai recycle. Kalau ada kenangan resipi kita dalam tu memang kena simpan sebagai kenangan kita.
BalasPadamYe, betul tu.
PadamKenangan yang tidak akan berulang kembali sebab sekarang semua diambil alih ICT.
Dah lama tak beli majalah. Dulu rajin juga seperti Jelita Wanita. Rasa dan Impiana pun ada juga. Amie lagi lah ada resepi yang disiarkan yang menjadi kenangan. Kita ni orang perempuan suka mengenang masa lalu tapi orang lelaki kadang macam takde perasaan je kan. Saya pun kadang barang yang di sayang bila kena buang huhu. Tapi akhirnya kena redho lah juga bila anai-anai mula menjahanamkan.
BalasPadamTak ada dah majalah begitu sekarang ini kan Notie. Dulu, siap pinjam-meminjam lagi dari kawan-kawan, ulang baca dari kulit ke kulit.
PadamSama le dulu suka baca Enid Byton. Lepas tu macam berangan kalau dapat pi obersea bestnya. Sebab tu bila ada rezeki pi UK Ya Allah macam Allah makbulkan doa saya walaupun tak dapat panjat pokok epal tapi memetik buah dia pun jadi kenangan. Pokok epal tu besor tinggi.
BalasPadamRasa macam masuk dalam cerita karangan Enid Blyron... best kan,
PadamKoleksi novel tu pun banyak juga. Macam nak kena sisih dan sedekah kat orang je. emm tapi mana yang suka kadang sayang je padahal nak baca sekarang godaan HP tak boleh tahan.
BalasPadamYa, sekarang orang lebih tumpu pada maklumat digital saja.
PadamDana pun dulu rajin beli majalah rasa tau amie... mesti ada juga hasil resepi amie dalam tu kan. Sedih lak baca, yang ada gambar n cerita pasal masakan amie sorok la janganla buang... atau keluarkan helaian tu pastu jadikan buku lain. Sayang tu.
BalasPadamYa, Encik Suami sisihkan majalah yang ada resipi.
PadamSedih juga rasanya tapi bila sudah terlalu banyak terpaksalah dilepaskan.
BalasPadamBetul. Lama-lama rasanya dapatlah dilepaskan dengan rela.
Padamhebat tul kak Amie kerana pernah menyumbangkan resepi ke majalah. kalau kak amie bukak channel youtube spt Che Nom pasti akan dpt sambutan hangat tu...
BalasPadamAda juga buka u tube tapi tak berapa rajin pula nak update.
PadamSemoga kesedihan Kak Amie terubat bersama masa. Sy pernah melaluinya, terpaksa buang semua majalah, dahlah bukan murah kita membeli. Macam Kak Amie ni, lagilah nostalgia. Mujurlah suami Kak Amie berkrompomi nak simpan majalah yang ada tulisan Kak Amie.
BalasPadamIn syaa Allah SK.
PadamNak buat macamana, zaman dah berubah.
tahniah amie banyak resipi tersiar dalam pelbagai majalah...banyak sekali buku n majalah koleksi amie..boleh bina pustaka buku kecil
BalasPadamTerima kasih Kak PI.
PadamAda mini library, tapi banyak ruang diperlukan.
Meremang bulu roma bila membaca bait-bait perenggan pertama hingga ke-3...
BalasPadamMengapa ianya sebutir-,sebutir sangat mirip dengan kisah dan cerita serta perasaan saya...Hanya sahaja saya tak pernah masuk majalah sehebat Cikgu Amie..
Ada air mata yang tympah..tapi saya pun tidak tahu mengapa saya harus menangis
Faham perasaan Mama Cella.
PadamSaya pun rasa sayu.....
Patutnya buat satu galeri khas untuk simpan majalah2 tu.
BalasPadamMungkin akan jadi barangan anti dan bernilai suatu masa nanti.
Betul Wak.
PadamSekarang nak cari majalah pun tak jumpa.. kebanyakannya majalah antarabangsa. Saya perasan selepas covid tak keluar majalah.. yang ada online je. Teingin juga baring² selak Mingguan Wanita tapi takde dah.
BalasPadamSantai jew kan kalau baring-baring sambil baca majalah.
PadamMemang rasa sedih bila ada karya kita dalam majalah, family Etuza juga selalu membeli majalah ni dahulu, sekarang semua dihujung jari kan..
BalasPadamYa, sekarang semua di hujung jari. Yang dulu kini tinggal kenangan.
PadamTeringat saya artikal Etuza pernah masuk dalam majalah wanita..
BalasPadamTahniah!
PadamSekarang saya paham kenapa hasil masakan kak Amie, baguuuuuus, sangat menyelerakan dan plating nya pro. Ternyata memang basically kak Amie dah terjun dalam dunia masak profesional sejak lama yaaaa, sampai sering dimuat dalam majalah 👏👏👏👏.
BalasPadamMemang majalah2 fisik skr ini banyak makan tempat, buat habuk. Tp saya mengerti ada nilai kenangan yg tak bisa tergantikan. Yg paham hal begini hanya Orang2 yg memang suka menulis dan membaca. Tp untung nya resep2 yg ada tulisan kakak, tetap dipertahankan yaaa
Memang suka memasak, mencuba pelbagai resipi dan kongsi. Itulah salah satu hobi untuk melupakan stress kerja buat seketika.... ahaks!
Padamlama betul tu kumpul majalah sejak 1994! semuanya kenangan kan.. nasib baik 16 buku yg ada resipi cikgu amie tu tak dibuang sekali. menangis tak berlagu!
BalasPadammak saya pun rajin beli majalah2 saji, deco rumah ni dulu
Dulu-dulu susah nak dapat majalah ini di LD sebab terhad. Harganya pun boleh tahan. Lagi pun banyak gunanya untuk rujukan. Itu yang nostalgia mencuit hati.
PadamSA dulu pun engumpul setia majalah...semua jenis majalah termasuk majalah hiburan...kalau di kira- kira harga rasanya cecah 10k duit beli majalah..habis dijual sebab dah terlampau banyak..yang tinggal sekarang hanya novel2 je..dah beli rak untuk novel tapi belum dipasang lagi...
BalasPadamBetul SK. Memang banyak kita labur duit. Tiap kali gaji mesti ada peruntukan beli majalah. Itu yang rasa sayang sangat.
PadamMemang suka beli majalah deco dan resepi dulu2. Bila pindah randah, terpaksa let go juga. Sekarang baru perasan Kak Amie dulu banyak dalam majalah.
BalasPadam