Pages

Ahad, 29 Mac 2026

Semalam di LA Hotel

Bismillahirrahmanirrahim.
Abang Farid tempah dua bilik di LA Hotel melalui Agoda. Hanya Premier Deluxe Twin Room sahaja yang ada. Hotel tiga bintang ini menawarkan harga RM550.08 sen untuk dua bilik. Suka sangatlah Encik Suami dapat bermalam di sini sebab banyak tempat letak kereta disedikan.

Petang kelmarin, selesai makan di Secret Recipe, kami terus daftar masuk ke LA Hotel. Kali ini entah kali ke berapa kami menginap di sini. 

Sarapan di LA Hotel.


Inilah Premier Deluxe Twin Room.


Seperti biasa, Firdaus yang merasmikan katil hotel.


Pemandangan dari tingkap bilik.






Firdaus masak air di dalam cerek elektrik. Amie bancuh minuman panas, Instant Crysanthemum. Sedap betul tegui minuman panas sambil menikmat lamb pie yang dibeli di Secret Recipe.

Bismillah.



Antara kemudahan yang disediakan di dalam bilik ini termasuklah sebiji bantal tambahan dan juga sterika.




Bilik airnya bersih.



Sarapan di dewan makan.


Ketika ini kurang selera untuk makan, tapi melihat ada bubur nasi kita ambil semangkuk kecil.


Rasa rugi pula melihat banyak makanan tapi tak mahu makan. Ambillah juga sedikit untuk rasa-rasa.


Kami duduk di tepi dewan. Walaupun masih awal pagi tetapi bahang panas matahari sudah terasa. Mengenangkan Encik Suami agak lesu sebab semalam muntah-muntah, jadi selepas sarapan kami masuk semula ke bilik untuk berehat.

Tidak lama kemudian Hamzah datang ke bilik kami. 
Hai cucunda, sayang Tok Baba dan Tok Mi!
Rasa sekejap sangat datang ke LD.
Tak puas rasanya mendengar celotehnya dengan bahasa pelatnya!

Encik Suami suruh Hamzah pilih sendiri mainan, dan dipilihnya orang utan!

Sepatutnya Abang Farid terbang pukul 7 petang tapi penerbangan lewat pula. Pukul 9 tadi barulah dapat masuk pesawat. Semoga perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dipermudahkan.







11 ulasan:

  1. Alhamdulillah rezeki luangkan masa ngan anak2 dan cucu ye kak...

    BalasPadam
  2. Katil Daus dah rasmi... Kafe dia dah rasmi?

    BalasPadam
  3. hamzah minat orang hutan ye. seronok la dapat mainan baru.

    BalasPadam
  4. Nampak firdaus dah makin tinggi. Part nak berpisah dengan cucu lah yang sedihkan. Semuga Allah rezekikan jumpa hamzah selalu tahun ini. Sedih je enche majid nak berpisah dengan cucunya.

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya Kak Amie! Kita baru nak bw hari ni 🤭

    Dah lama tak bw, nampak Firdaus dah makin dewasa sekarang.

    BalasPadam
  6. Alolo manja Hamzah dgn atoknya...

    BalasPadam
  7. Sukalah Hamzah dapat mainan.. tu nanti digotong sana sini.

    BalasPadam
  8. Macam dah besar panjang betul ni, Firdaus, boleh muat satu katil terus. Pandai Hamzah pilih maskot negeri Sabah ya. Cantiklah header blog Kak Amie ni. Tempah atau buat sendiri, Kak Amie?

    BalasPadam
  9. Kesian suami akak nampak muka lesu sebab tak sihat tu kan... nanti raya haji ke jumpa Hamzah lagi tu kak?

    BalasPadam
  10. Bersih dan kemas hotel ni..terbaik..

    BalasPadam
  11. Rindu Tawau...
    Nampak Tok Baba bahagia bila cucunda ada disamping.Nampak susut benar En Majid...

    BalasPadam