Bismillahirrahmanirrahim.
Jom cerita tentang hasil karya Amie yang terkini. Tahun 2025, sebenarnya masih ada hasil tulisan Amie yang belum dijadikan entri. In syaa Allah, ada kesempatan Amie akan kongsikan juga.
Penggesek Biola Dari Pulau Yang Jauh merupakan hasil puisi Amie yang terakhir sebagai penutup tirai 2025. Terima kasih kepada Penggerak Puisi Etnik Sabah, di atas jemputan untuk menyumbangkan puisi, dan juga kepada Grup Antologi Puisi Etnik ASEAN serta penyelenggara Perkumpulan Rumah Seni Asnur yang telah merealisasikan penerbitan Antologi Puisi Etnik Nusantara.
Pelancaran Festival Puisi Etnik Nusantara 2025 telah dilangsungkan pada 20 Disember 2025 di Jambi. Bagaimanapun Amie tidak dapat turut serta memandangkan ketika itu merupakan minggu terakhir di ladang dan perlu menyiapkan banyak laporan akhir tahun. Selain itu, borang ke luar negara perlu di pohon dua bulan lebih awal dan banyak prosedur lain perlu dipatuhi. Akhirnya Amie akur, duduk diam-diam sahajalah di LD.
Teruja merenung bait puisi di atas lembaran bertajuk Penggesek Biola Dari Pulau Yang Jauh. Amie memilih tema sejarah untuk olahan karya. Walaupun hanya satu lembar, namun masih teringat betapa sukarnya untuk menyiapkan puisi ini bagi menyampaikan mesej yang hendak dikongsi. Puisi ini berkisar tentang sejarah penghijrahan masyarakat Melayu Cocos dari Pulau Cocos-Keeling ke Borneo sewaktu di bawah penjajahan British. Idea penulisan ini berdasarkan cerita-cerita yang disampaikan oleh arwah emak dan bapa mentua.
Video Puisi Etnik Nusantara
Antologi Puisi Entik Nusantara seberat tiga kilogram! Di dalamnya terkandung sebanyak 1417 karya daripada penulis ASEAN termasuk Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Brunei. Setiap seorang penulis menyumbangkan sebuah puisi dan diwajibkan menggunakan sejumlah kecil perkataan dari bahasa daerah.
 |
| Kulit hadapan Antologi Puisi Etnik Nusantara. |
 |
Kulit belakang Puisi Etnik Nusantara
|
 |
| Puisi : Penggesek Biola Dari Pulau Yang Jauh |
 |
| Antologi Puisi Etnik Nusantara di antara karya Amie yang lain. |
Sewaktu menerima kiriman Antologi Puisi Etnik Nusantara memang terkejut badak! Saiznya yang besar dan seberat tiga kilogram memang tidak pernah terlintas dalam fikiran akan menerima buku setebal dan seberat itu! Itulah gabungan hasil karya Puisi Nusantara daripada 1417 penulis ASEAN.
Kongsi kegembiraan bersama-sama rakan di ladang.
Beratnya juga tu 3kg. Jenuh nak pegang. Kalau nak baca tu kena letak atas meja.
BalasPadamBesar dan berat. Buat hiasan sajalah Cie hihihi.
Padam3kg jenuh tu kak nak menghabiskan baca... tahniah akak dapat menghasilkan puisi indah ini
BalasPadamTerima kasih Dana.
PadamTahniah amie. Sikit punya tebal sampai 3 kilo. Apa pun bangga dengan pencapaian amie sebagai penulis.
BalasPadamTerima kasih Notie.
PadamWow.. 3kg tu.. Memang betul-betul tebal.. Tahniah kak..
BalasPadamTerima kasih Sha.
PadamYa Allah sampai masuk rekor MURI ya kak 😍😍😍😍. Besar tuh, jika sampai 3 kg beratnya 😄😄
BalasPadamYa, masuk rekor MURI.
PadamMemang berat tapi seimbang sebab besar.
tebal betul bukunya. tahniah!
BalasPadamTahniah kak.
BalasPadamTerima kkasih Faizah.
PadamMak aiiii...berat tu 3kg..lenguh tangan kak
BalasPadamBesar dan berat SA hehee.
Padamtahniah kak! satu pencapaian yg membanggakan bila karya sendiri diterbitkan dlm antologi bsr mcm nini. menarik jg tema sejarah ttg masyarakat melayu cocos diketengahkan...
BalasPadam