Pages

Selasa, 10 Mac 2026

Iftar 20 Ramadan 1447H - Sup Ekor, Suo Cendawan & Roti Perancis

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, kita sudah memasuki hari ke-20 di bulan Ramadan. Semoga malam ke-21 dan malam seterusnya bakal menjadi malam-malam istimewa, in syaa Allah akan bertemu dengan malam anugerah terbesar daripada Allah SWT iaitu Malam Lailatul Qadar.

Hari ini Amie tidak masak nasi sebagai juadah berbuka puasa. Dua hari lepas Amie masak Sup Gear Box untuk Fairuz. Itu untuk Fairuz! Amie hanya jamah sedikit sahaja kuah supnya sebab waktu itu fokus makan nasi lauk ikan goreng dan Sambal Siram Minyak Panas.  Kali ini Amie ingin memenuhi selera hendak makan Roti Perancis celup Sup Ekor! Encik Suami pula lebih suka celup roti dengan Sup Cendawan

Hidangan Berbuka Puasa

Sup Ekor

Seperti biasa Amie masak Sup Ekor dalam slow cooker. Memang elok masak sempurna, lembut isinya. 

Suo Cendawan

Sup Cendawan permintaan Encik Suami ini Amie tambahkan cendawan shiitake segar yang dihiris nipis. Rasanya tak cukup makan sekeping roti sahaja.... ahaks!

Roti Perancis @ Baguatte @ French Loaf Bread

Roti Perancis ini Amie panggang dalam air fryer. Untuk Firdaus, Amie sapukan garlic butter. Firdaus tak cukup makan enam keping! Dia celup dengan Sup Cendawan dan kemudian makan lagi dengan Sup Ekor.

Pada masa yang sama, berkeping-keping Firdaus menyuap tempe goreng berempah kegemarannya! Amie goreng tempe dan tauhu berempah. Buat juga sambal kicap.

Tempe dan Tauhu Goreng Berempah dengan Sambal Kicap.

Salad Campur

Salad Campur untuk Encik Suami tidak dilupakan,

21 ulasan:

  1. Menggoda sungguh hasil masakan kak Amie, terutamanya sup cendawan tu 😋

    BalasPadam
  2. Aduhhh.. ada tempe goreng laaaa
    Sedap betullah sup-sup tu.
    Pada saya sup ekor tekturnya lebih lembut berbanding daging. Yummehhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Faizah, ekor lebih sedap siap lemaknya lagi hihihi.

      Padam
  3. Ah sudah, rasa nak makan roti cicah sup cendawan la pulak 😅

    BalasPadam
  4. sedapnya sup cendawan cicah roti! tempe tu pun kecur air liur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali berbuka puasa juadah begini memang sedap Mazni.

      Padam
  5. Sedapnya. Roti cicah sup atau roti diletak sapuan bawang putih, satu kelainan untuk buka puasa. 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap Nur. Taklah berat sangat masuk perut.

      Padam
  6. wah sedapnya sup cecah roti. Dapat daging yang lembut memang awww

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kepada slow cooker yang banyak kali berkhidmat di bulan puasa. Memang lembut daging ekor tu.

      Padam
  7. Hati terpaut pada sup ekor dan sup cendawan tu...sedapnyaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan sup ekor SA. Sup cendawan memang sedap celup roti.

      Padam
  8. aduh sedapnya mushoom soup & bread tu. memang ngam cicah.

    BalasPadam
  9. Tempe dan tahu goreng tu, nak try buat lah.

    BalasPadam
  10. tetiba rasa berbuka ptg ni nk mkn sup cendawan laaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun teringin nak makan lagi hihihi.

      Padam
  11. Teringin pulak masak sup ekor pastu sup cendawan tu pun sedapnya di gu kan dengan roti yang ranggup tu kak

    BalasPadam