Pages

Isnin, 9 Mac 2026

Iftar 19 Ramadan 1447H - Cucur Udang Campur Jagung

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini balik lewat dari ladang sebab hadir mesyuarat. Dalam perjalanan pulang kita minta Encik Suami belikan kelapa muda. Cuaca panas akhir-akhir ini menyebabkan tekak menuntut minuman sejuk segar waktu berbuka. Melihat kita agak letih, Encik Suami kata tak perlulah masak banyak. Masak nasi saja dan panaskan baki lauk-pauk yang ada. 

Menunggu nasi tanak, kita pun buat adunan Cucur Udang Campur Jagung. Ada udang saiz kecil yang sudah dikupas dan disimpan dalam peti sejuk. Jadi, kita hanya hiriskan bawang Holland, tambahkan satu tin jagung, sebiji telur dan sedikit tepung sekadar nak bagi bahan-bahan melekat sahaja. Udang saiz kecil tadi dicampur dalam adunan. Masukkan sedikit garam dan perasa. Tak perlu tambah serbuk penaik. Sewaktu menggoreng, kita jemput adunan kecil-kecil masuk kuali.


Cucur Udang Campur Jagung

Seperti biasa, Cucur Udang Campur Jagung ini memang hayatnya tidak lama di atas pinggan! Melihat Fairuz dan Firdaus berlumba-lumba mengambil cucur, terkenang Abang Farid dan Fuad nun di sana. Kesemuanya peminat Cucur Udang Campur Jagung, gorengan sederhana dari tangan kita. 

Kita sudah pesan dengan Encik Suami, jangan lupa beli udang dan jagung. In syaa Allah, hari raya nanti bolehlah goreng Cucur udang Campur Jagung untuk sarapan atau minum petang. Rindu rasanya hendak melihat anak-anak berebut Cucur Udang Campur Jagung kegemaran mereka.



Ketika menjemput adunan, kita pastikan ada seekor udang di dalamnya. Biasanya kalau gunakan udang saiz besar, kita akan potong tiga hingga empat bahagian.

Untuk lauk nasi pula, selain panaskan baki rendang daging, Amie masak ikan salmon tambah capsicum merah dan kuning, cendawan shiitake dan kacang manis. Untuk menimbulkan rasa, Amie tuangkan sedikit sos tiram. Lauk yang ini Amie tidak ambil gambar pula! Sudah kedengaran azan baru terpandang lauk ini di tepi dapur.

Ada juga baki Sambal Siram Minyak Panas. Eh, sedap rasanya tau. Sebenarnya kelmarin Amie petik cili di belakang rumah. Melihat pelbagai warna dan segar pula, Amie pun tumbuk dengan sedikit belacan dan bawang merah. Kemudian Amie tambahkan kacang gajus dan perahkan jus limau kasturi, lalu sempurnakan rasa dengan garam, gula dan perasa. 

Amie panaskan sedikit minyak dan kemudian tuangkan di atas sambal. Macam seronok pula mendengar minyak berdesir atas sambal.

Cili padi pelbagai warna dipetik di belakang rumah.

Sambal Siram Minyak Panas

Air Kelapa Biji Selasih

Inilah hasil kejadian air kelapa yang Encik Suami beli. Amie ambil tiga gelas masukkan dalam mangkuk dan tambah isi kelapa. Kemudian Amie masukkan biji selasih yang sudah direndam dengan air panas. Huurrmmmm.... sewaktu mencari biji selasih, terambil pula balang biji sawi. Mujurlah perasan itu bukan biji selasih..... ahaks! Seperti biasa, sambil menyelam minum air. Sambil menikmati air kelapa muda yang segar, masukkan juga beberapa hiris lemon untuk menikmati aromanya.


Salad campur untuk Encik Suami - warna-warni taman dalam pinggan.

28 ulasan:

  1. Warna warni cili padinya..seronok tengok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, seronok petik di pokok sendiri. Cantik kan.

      Padam
  2. Tachut tenguk sambal tu
    Pasti pedas ya amat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berapa pedas Wak. Bukan cili padi kampung kok.

      Padam
  3. Tak suka sangat cucur yang letak serbuk penaik. Meriahnya menu berbuka. Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka gunakan telur sahaja untuk adunan cucur, lebih lembut dan sedap.

      Padam
  4. Rumah ammi pun laju je kalau buat cucur jgung ni especially si bongsu yg memang peminat jagung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan Ammi.
      Saya pun kadang-kadang dapat dua tiga ketul jew. Yang lain biarlah anak-anak berebut makan.

      Padam
  5. kalau terbubuh biji sawi tu dalam air, entah apalah rasanya nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaa... biji sawi tak kembang macam biji selasih.

      Padam
  6. Aaah segarnya melihat es kelapa selasih itu kak 🀩🀩🀩. Selama ramadhan ini saya memang LBH tergoda dengan minuman daripada makanan πŸ˜„.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biji selasih kasi sejuk badan kan Fanny.

      Padam
  7. Aduh, hampir² terbubuh biji sawi ye Kak Amie hihi ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kalau dah warna hampir sama, saiz pun hampir sama tapi jarang digunakan. Keliru jadinya.

      Padam
  8. Wah sedap tu kak, tambah udang lagi la mantap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul Dana.
      Memang salah satu kudapan kegemaran anak-anak.

      Padam
  9. cucur jagung amie mmg sedao tu jadi kesukaan anak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah salah satu antara yang anak-anak gemari.

      Padam
  10. Kena masuk jagung dalam tin eh kak baru sedap. Kalau guna jagung tongkol atau frozen tak sama ke kejadiannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah juga guna jagung tobgkol, tapi malas nak hiris. Jagung tin lebih manis.

      Padam
  11. X pernah buat lagi cucur udang campur jagung..boleh cuba nanti ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap ni SA walaupun bahannya simpel jew.

      Padam
  12. Sedapnya cucur! πŸ˜‹ Sambal tuang minyak panas tu mesti berasap masa makan. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berapa pedas Nur sambalnya tu sebab bukan guna cili padi kampung.

      Padam
  13. Cucur jagung sedapnya Kak Amie. Air tu pun rasa sejuk je di tekak.

    BalasPadam
  14. ni kalau buat berniaga RM10 pun org beli cucur ni kak ;-)

    BalasPadam