Pages

Ahad, 8 Mac 2026

Iftar 18 Ramadan 1447H - Sup Gear Box

Bismillahirrahmanirrahim.
Tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Tiba-tiba hari ini sudah masuk hari ke-18 kita berpuasa. Bermakna tinggal seminggu lebih sahaja lagi kita akan menyambut Aidil Fitri, in syaa Allah.

Fairuz hendak makan Sup Gear Box. Katanya hendak sedut sumsum lembu yang lembut dan berlemak dalam tulang sendiri kaki lembu. Amie renih seketul tulang gear box dalam slow cooker. Seperti biasa, selepas tekan butang slow Amie masuk bilik dan tidur. Biasanya tidur tidak lena apabila terbau aroma sup yang menerjah dari dapur sehingga masuk di celah pintu bilik!


Encik Suami tidak menjamah Sup Gear Box sebab sedang dalam proses diet makan. Itu sebabnya Amie selalu sediakan salad campur untuknya. Biasanya Encik Suami hanya makan nasi dengan sayur rebus, ayam atau ikan kukus sahaja.

Selain Sup Gear Box idaman Fairuz, Amie masak nasi dengan lauk:
Hidangan Berbuka Puasa


Sup Gear Box


Nasi Putih

Sayur Lemak Pucuk Paku & Taugeh

Ikan Tilapia Goreng & Telur Masin

Sambal Siram Minyak Panas

Dumpling Kimchi

Jus Tembikai

Salad Campur

Sewaktu hari pertama mendapat rawatan di hospital, berat Encik Suami 79 kg. Sekarang berat Encik Suami 59 kg setelah Amie jaga diet pemakanannya lebih kurang dua bulan. Petang tadi Encik Suami beli baju raya. Dari saiz XL pada tahun lepas, bertukar kepada saiz M!

Dengan penurunan berat badan, diet yang seimbang dan senaman yang konsisten diharapkan agar kesihatan Encik Suami bertambah baik.

38 ulasan:

  1. Aemuanya hebat..gril meletup ni Ami'e

    BalasPadam
  2. Wow tahniah banyak turun berat. Sedapnya menu semua. Selamat berpuasa!

    BalasPadam
  3. sedapnya sup gearbox biasa menu ni time aidiladha

    BalasPadam
  4. Menarik menu-menu kak amie.. Paling menggoda ikan goreng tu..

    BalasPadam
  5. Besar gabak betul sup gearbox tu kak, seronok la Fairuz menyedut sumsumnya tu ya. Geram tengok akak sentiasa ada dumpling akak buat sendiri ke? Salad tu pun sentiasa menggoda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dumpling readymade tu Dana.
      Kena hidang salad lawa sikit supaya semua suka makan...hiks!

      Padam
  6. Semuga enche Majid cepat sihat. Banyak juga penurunan dalam 2 bulan. Tapi tu lah nampak amie sediakan salad je setiap hari. Kalau saya lah emm memang tak tahan le kalau makan salad hari2 sebab tu memang susah nak turun berat badan. Ahaksss. Nak kena ada rotan kut. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Syukur tambah sihat. Memang kena pelbagaikan salad supaya tak jemu. Anak-anak pun suka makan salad.

      Padam
  7. Tengok sup gearbox tu fuhhhh....salad tu pun nampak menarik sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kerja orang malas ni hihihiii...renih gear box dalam slow cooker lepas tu tinggalkan tidur.

      Padam
  8. wahhh sup gear box! tiap kali tengok salad sis amie mmg meleleh air liur ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salad tu khas untyk diet Encik Suami, tapi semua ikut makan sekali.... ahaks!

      Padam
  9. Semuanya sedap!
    Alhamdulillah semoga suami Kak Amie sihat selalu

    BalasPadam
  10. menu buka menyelerakan gearbox mengancam

    BalasPadam
  11. Sup fav sayaaaaa. Apalagi kalau bisa hirup sumsum nyaaa 😍😍😍.

    Alhamdulillah, diet suami lancar ya kak. Syukurlah bisa turun banyak beratnya yaa. Tinggal dipertahankan saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sumsumnya itu sudah ditempah awal-awal oleh Fairuz hihihii.
      Ya, untuk kekal maintain itu yang mungkin susah sedikit kan Fanny. Apa pun sekurang-kurang sudah turun ke berat yang ideal.

      Padam
  12. Uncle tertanya2 siapalah yang mula2 letak nama 'gear box' tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti peminat part kereta ni yang bagi nama gear box.

      Padam
  13. Syukur, bertambah sihat. Kuat disiplin Encik Suami analkan diet pemakavan sihat.

    BalasPadam
  14. Suka tengok food presentation kak amie ni. Boleh jadi sayang nak makan nampak macam hiasan je.

    BalasPadam
  15. Wahhhh banyaknya penurunan berat suami kak amie.

    Bila makanan2 itu dihasilkan olej org yg tepat, yg simple pun jadi luar biasa. Nasi yg biasa2 pun jadi lawa sbb ada sehelai daun hiasan kat atas tu. Bilalah ammi ni nak ada kerajinan mcm kak amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelakarlah Ammi...hihihii biasa-biasa saja gambarnya.

      Padam
  16. lama saya tak makan sup gearbox ni. tapi tak reti sangat sedut tulang sumsum tu. last2 ambil daging dan kuahnya je.

    wahh banyaknya turun berat tu! berbaloi makan sihat dalam masa 2 bulan, 20kg turun :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jew sedut guna straw besar, atau koreh dengan batang sudu nak bagi keluar sumsumnya.
      Ya, Encik Suami sangat menjaga disiplin makan. Alhamdulillah, mudah-mudahan terus sihat.

      Padam
  17. Terus turun 2 saiz baju..
    memang berbaloi-baloi diet En Majid. Dalam masa yang sama semua orang pun kena diet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok menunya yang rebus-rebus, kurang rasa memang kita pun terikut diet sebab hilang sedikit selera makan hihihi.

      Padam
  18. Wow kagumnya SA ...20kg hilang...kena tiru ni...SA nak kurangkan 13kg ni....lepas raya ni kena start makan salad balik ni....semalamPZ nak beli gear box lembu...nak buat sup..SA x bagi sebab nanti nak raya buat lagi kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh SA turunkan lagi berat badan.
      Kak Amie pun sudah berjaya turunkan 20 kg tapi memakan masa lama, sejak PKP.

      Padam
  19. Wah banyak turun beratnya Alhamdulillah moga terus sihat. Sup gearbox memang sedap kan makan dengan nasi atau cicah roti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Mudah-mudahan sihat walafiat.
      Banyak peminat sup gear box, boleh cecah roti.

      Padam
  20. sedapnyaaaa tilapia goreng...

    wahhh byk jg tu turun berat...

    BalasPadam