Bismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi di bulan mulia, 16 Ramadan 1447H. Semoga setiap hari yang dilalui dipenuhi dengan keberkatan dan sentiasa dipermudahkan urusan.
Apa agaknya juadah berbuka puasa rakan-rakan hari ini?
Amie teringin makan nasi berlauk. Kononnya hendak goreng ikan kerisi garing-garing. Sayangnya tidak jumpa pula ikan idaman selera ini di pasar. Encik Suami beli petola, jadi terus terbayang Petola Masak Lemak, bubuh isi ikan kembung tumbuk dan tambahkan lada hitam! Aduhai... kita terus berusaha melengkapkan hidangan dengan sambal belacan cili padi kampung yang kecil-kecil itu!
| Hidangan Berbuka Puasa |
| Ikan Bawal Emas Goreng & Telur Masin |
Tidak ada ikan kerisi, kita gantikan dengan ikan bawal emas. Ada baki telur masin pemberian kakak ipar tempoh hari. Kita rebus untuk tambah lauk. Tak sangka pula ikan bawal emas goreng habis licin. Sebelum ini kalau ada ikan goreng memang hanya dipandang dengan sebelah mata saja! Mungkin tiada pilihan lauk lain seperti ayam... ahaks!
| Petola Masak Lemak |
Namanya saja Petola Masak Lemak tetapi isinya macam-macam pula. Ada kentang, suhun, fucuk dan lobak merah. Masakan ini memang laris manis dijamah ketika berbuka. Mungkin rasa lemak santan bertambah sedap apabila ditambah dengan isi ikan kembung tumbuk.
| Sambal belacan Cili Padi Kampung |
Firdaus kata Sambal Belacan Cili Padi kampung ini pedas tapi dia menambah-nambah pula! Begitu juga Fairuz, tak cukup sepinggan nasi malah pergi mengaut nasi tambah dalam rice cooker!
Eh, semuanya nampak berselera berbuka puasa dengan nasi putih!
Amie goreng mi kuning, tapi kurang mendapat perhatian Fairuz dan Firdaus. Nampaknya selera hari ini berpindah ke nasi sahaja!
| Mi Goreng |
| Air rebusan longan & lohan guo. |
Ada dua jenis air disediakan, jus tembikai dan air rebusan longan dan lo han guo serta white fungus, barli dan kurma merah. Fairuz dan Firdaus pula yang habiskan satu jug minuman buang panas ini.
Jus tembikai tidak diusik!
Mungkin sebab setiap hari ada jus tembikai.
| Tidak ketinggalan, salad campur untuk Encik Suami. |
Jumpa lagi 17 Ramadan 1447H esok - In syaa Allah.
Selamat berbuka puasa.
BalasPadamNasi putih daripada beras mahal ni.
Jemput Wak.
PadamMemang ngam lah masak lemak, sambal belacan & ikan goreng. Lain kali nak masuk isi ikan lah dalam masak lemak.
BalasPadamMemang sedap berlemaktambah ikan kembung tumbuk dalam sayur lemak.
Padamwaahh kalu ana air tembikai pilihan utama! ehehehe
BalasPadamTak puas minum segelas dua jus tembikai.... ahaks1
Padambuka puasa makan nasi kejap perut pulih tenaga
BalasPadamAlhamdulillah, nasi pembekal tenaga.
PadamSangat special sajian berbuka atau iftar ramadan..alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah. Jemput ye.
PadamMenarik juga petola masak lemak letak isi ikan tu.
BalasPadamYe, sedap tu.
PadamIkan tu direbus dulu ye Kak? Petola ada ni, rasa nak buat jugak menu macam Akk ni :)
BalasPadamYe PH. Rebus dan kemudian tumbuk halus.
PadamMenu ringkas tapi mengenyangkan
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamKalau saya, memang tuju air tembikailah.. bulan puasa ini rumah Sha sentiasa ada tembikai.. Berbuka dan sahur memang mengadap tembikai je..
BalasPadamAdakalanya cuaca panas terik, memang cari jus buah.
PadamKalau cuaca sejuk, minum air panas.
Krn saya jarang beli semangka, jadi lihat jus tembikai memanglah lebih tertarik itu 😄😄. Aiiih baca tulisan kakak di jam2 mendekati magrib, memanglah menggoda iman 🤣🤣.
BalasPadamJus tembikai ini salah satu tarikannya sudah tentu warnanya yang merah menggoda kan Fanny.
Padamtaktaula kenapa, kalau ada sayur lemak je sesuai makan dgn ikan. pastu bubuh sambal sikit. mcm comfort food pulak
BalasPadamItulah, memang bijak betul orang dulu-dulu gandingkan lauk-pauk dalam satu hidangan kan Mazni.
PadamHari ni ada mee goreng kat untuk berbuka kata Dania...mee goreng daging rasanya...
BalasPadamSedap tu mi goreng daging SA.
Padam