Pages

Sabtu, 14 Februari 2026

Panorama Senja dari Jendela Bas - Sharjah ke Dubai

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum ini tidak pernah terfikir untuk jejak kaki ke Dubai selain transit di lapangan terbang sahaja. Alhamdulillah, dalam perjalanan menuju ke Jordan, kami bermalam di Sharjah dan berkesempatan pula untuk jalan-jalan seketika di Dubai.

Dari jendela bas, ambil kesempatan merakam beberapa keping gambar untuk kenangan. Sebelum sampai ke Dubai, kita tatap dahulu suasana di Sharjah di kala senja hampir menjelma. Walaupun di kiri kanan jalan hanya bangunan kaku yang kami tinggalkan satu demi satu, namun suasananya kelihatan tenang. Cahaya matahari yang semakin redup memantul lembut pada permukaan lagun dan tasik buatan di sekitar bandar. Suasana indah ini Amie tidak sempat rakam kerana pergerakan bas yang sangat cepat dan kalau dapat tangkap sekeping dua pun semuanya kabur!





Banyak masjid kelihatan tersergam indah di sepanjang perjalanan, samada di kiri atau kanan jalan.




Suasana tenang apabila melintasi masjid ketika langit bertukar warna dari biru cerah kepada jingga keemasan.




Dari Sharjah ke Dubai.

Sekarang bas sudah menghampiri Dubai. Menurut tour guide kami yang bernama Ahmad, penduduk UAE berjumlah 11.5 juta orang. 2.5 juta merupakan warga India dan 1.5 juta pula warga Pakistan. Selain itu penduduk UAE juga datang dari negara Bangladesh, Filipina, negara Arab dan juga Eropah.

Dengan kata lain 85-90% penduduknya merupakan warga asing dan warga UAE hanya sekitar 10-15% sahaja. Ahmad bukan warga tempatan. Ahmad warga Pakistan!




Langit Dubai dengan warna jingga keemasan menyelubungi bangunan-bangunan di kiri-kanan jalan.





Ruler of Dubai - Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum,




Banyak gambar Amie rakam, tetapi kebanyakannya kabur dan tidak cantik. Pantulan cahaya menyebabkan ada elemen lain dalam gambar yang diambil.

Suasana klasik Dubai - Dhow Cruise sedang melintasi kawasan  bersejarah dengan latar belakang menara dan bangunan tradisional.

Suasana malam di Dubai memang meriah dengan pemandangan kapal-kapal bercahaya terang yang dipanggil Dhow Cruise. Dhow Cruise diubahsuai daripada dhow tradisional kayu menjadi restoran terapung. Kapal jenis ini sangat terkenal terutamanya di kawasan Dubai Creek atau Dubai Marina


Di atas Dhow Cruise, para pelancong dapat menikmati makan malam sambil bersiar-siar me,lihat pemandangan bandar pada waktu malam. Sambil menikmati hidangan malam, mereka akan menyaksikan persembahan kebudayaan seperti tarian Tanoura di atas dek.

Eh, terlajak pula. Hendak cerita Panorama Senja dari Jendela Bas - Sharjah ke Dubai, tercerita pula sampai ke malam!







8 ulasan:

  1. Subahanallah cantiknya langit jingga di Dubai...ok aje ni kak gambar semua..janji dapat tengok area dubai kak..

    BalasPadam
  2. Banyak bangunan tinggi-tinggi sepanjang perjalanan akak. Kawasan sana, banyak kereta sport dan mewah kan, sebab orang kaya-kaya. Hehe..

    BalasPadam
  3. UAE dan bangunan2 tinggi memang tak dapat dipisahkan... ada singgah masjid sheikh zayed tu kak?

    BalasPadam
  4. Suasana malam pun cantik dengan sinaran lampu.

    BalasPadam
  5. Ramai rupanya warga asing yg migrate ke dubai. Tpi kos sara hidup di sama tinggi juga kam

    BalasPadam
  6. Saya sekali ke Dubai. Waktu itupun guide nya cerita kalau di Dubai kebanyakan foreigners. Sementara warlock (warga lokal Dubai) jumlahnya tak banyak. Dan biasanya mereka yg punya kedudukan tinggi lah. Tak ada yg pekerja kasar. Jadi teringat Maldives, yg mana sebagian besar juga foreigners yg kerja di sana

    BalasPadam
  7. Bangunan kat sana pelbagai warna ye kak...

    BalasPadam
  8. Hutan batu Dubai ni. Biasa kalau tengok citer omputeh... orang² Dubai ni MAHAKAYA.

    BalasPadam