Pages

Ahad, 22 Februari 2026

Iftar 4 Ramadan 1447H - Bubur Berlauk

Bismillahirrahmanirrahim.
Nampaknya sejak hari pertama bulan puasa bermula, slow cooker digunakan setiap hari. Hari ini Amie masak bubur beras bario, untuk dijadikan bubur berlauk buat juadah berbuka puasa. Masak pukul satu tengah hari. Menjelang pukul lima petang, bubur sudah masak dengan cantiknya! Amie masukkan daun pandan, halia, tunggul pokok daun sup dan beberapa batang pangkal pokok bawang. Harum semerbak!


Bubur Berlauk

Video Juadah Iftar 4 ramadan 1447H


Setelah terhidang atas meja, banyaklah pula aksesori Bubur Berlauknya.

Bubur Beras Bario

Aksesori 1

Aksesori 2

Meriah betul aksesori Bubur Berlauk!

Telur Masin
 

Telur masin ini tidak berapa masin. Minggu lepas kakak ipar yang bagi. Mungkin dalam 10 biji. Itu yang datang idea hendak buat Bubur Berlauk sebab telur masin belum terusik.

Bawang Merah & Bawang Putih Goreng

Beberapa kali ke kedai dan pasar cari bawang goreng homemade tapi tak jumpa. Ada sedikit dalam balang (beli minggu lepas). Oleh kerana tidak ada bawang merah goreng, beli sajalah bawang putih goreng. Wangi!


Selalunya buat kicap lada tapi kali ini cincang bawang putih dan cili padi, bubuh cuka dan kicap saja.




Selain ayam carik, ikan bilis goreng ada tambahan serondeng daging dan kacang gajus.

Meriah kan? Tenggelam bubunya!


Dumpling Inti Udang

Goreng juga Dumpling Inti Udang. Kena berebut juga nak makannya sebab semua suka dan cepat betul licin pinggan!


Makan Dumpling Inti Udang cecah Sos Cili Thai.

Salad Campur

Tidak ketinggalan salad campur untuk Encik Suami, tapi semua ikut makan juga. Kali ini daun salad tambah dengan hirisan timun Jepun, limau bali dan anggur. Nak makan nanti bolehlah tuangkan Kewpie Sesame Dressing.



Selamat berpuasa!


13 ulasan:

  1. Geram tengok side dish bubur tu kak oi... pelbagai jenis. Pastu tergoda dengan dumpling tu dan salad menggoda sangat. Dana ahad baru ni dapat la buat bubur lambuk, Itu pun banyak bagi jiran sebab orang dalam rumah tak berapa gemar buka dengan bubur nasi.

    BalasPadam
  2. sedap tu bubur berlauk..ada dumpling juga...yummyyy

    BalasPadam
  3. Tengok gambar bubur tu pun sedap, apatah lagi rasanya. Food presentation as always, cantik!
    Dumpling udang tu confirmlah laku kerass

    BalasPadam
  4. Saya suka bubur ni....banyak juga pilihan lauknya.....

    BalasPadam
  5. Meriah bubur kak amie hehe.Selamat Berpuasa buat kak amie sekeluarga

    BalasPadam
  6. wah meriah menu iftar menyelerakan

    BalasPadam
  7. Cantiknya telur masin tu!
    Mengancam betul bubur berlauk & geng dia ni

    BalasPadam
  8. Macam kene osommm je nak letak condiment mana dulu. Meriah betul. Ammi ni membayangkan apa agaknya size peti ais kak amie, mcm poket doremon pulak mcm2 ada atas meja

    BalasPadam
  9. Sedapnya kak Amie 😍😍😍😍. Meriiaaaah isi lauk bubur nya yaaa. Terutama telur asinnya saya sukaaa. Teksturnya masir, basah di bagian kuning. Yg begitu yg saya suka 😍😍

    BalasPadam
  10. Meriah makanan happy berbuka..timbul selera

    BalasPadam
  11. so msk guna beras bario ni kena banyak air ke kak? ke, kurang air?

    BalasPadam
  12. betul-betul meriah aksesori bubur berlauk tu.

    BalasPadam