Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika bas berhenti di O Beach Hotel & Resort, jam sudah menunjukkan pukul tiga petang waktu Jordan. Langit masih suram, dan awan sarat dengan mendung kelabu. Hujan gerimis masih turun rintik-rintik membasahi bumi.
O Beach Hotel & Resort terletak di Sweimeh, Jordan, di tepi Laut Mati (Dead Sea). Selepas makan kami dapat melihat pemandangan air yang biru kehijauan dan suasana gurun di sekeliling. Di seberang Laut Mati itulah terletaknya wilayah Palestin (Tebing Barat / West Bank) Ini bermakna Laut Mati terletak di antara Jordan (sebelah timur) dan West Bank / Palestin (sebelah barat)
Sebahagian kecil bahagian barat daya juga bersempadan dengan Israel. Jadi, jika berada di resort kawasan Sweimeh di Jordan dan memandang ke arah barat merentasi Laut Mati, memang itulah arah wilayah Palestin (Tebing Barat).
Allahu Akbar!
Sudah terasa hampir benar dengan Palestin. Daratannya dapat di lihat dari tempat kami makan tengah hari.
Masya Allah.
| Selamat Datang ke O Beach Hotel & Resort. |
Dari bas, kami berjalan menuruni kawasan berbukit untuk masuk ke pintu O Beach Hotel & Resort.
| Kawasan pantai Laut Mati. |
Memandangkan hari hujan, kami tidak dibenarkan untuk turun ke pantai Laut Mati. Kami akur demi keselamatan. Nampaknya hari ini tiada rezeki kami untuk ke tempat lawatan seperti ke Pokok Sahabat dan Istana Umayyah disebabkan banjir salji. Di sini pula tidak dapat turun ke pantai Laut Mati disebabkan hujan. Lihat sahajalah warna awan yang gelap mengandung hujan!
Tidak mengapa. Jangan kecewa.
Kita teruskan perjalanan menuju ke tempat makan.
Kita teruskan perjalanan menuju ke tempat makan.
Ada makanan apa yang disediakan untuk kami?
Kami dihidangkan dengan menu Timur Tengah termasuk nasi Arab, dan roti pita atau dipanggil khubz. Amie sudah kenal dengan khubz berbentuk bulat dan lembut. Ada poket di tengah-tengahnya apabila dibelah. Kemudian kita isi dengan inti yang disediakan. Kalau makan khubz dan nasi sudah tentulah cepat kenyang dan perut penuh. Jadi Amie ambil makanan lain.
| Tempat makan yang luas dan selesa sedang menunggu kedatangan kami untuk menikmati hidangan tengah hari yang agak terlewat. |
Jom kita berkenalan dengan menu yang tak biasa kita lihat dan makan. Rugi pula datang dari jauh tapi tidak ambil kisah makanan Timur Tengah. Sekurang-kurangnya dapatlah kita kenali budaya mereka melalui makanan yang dihidangkan.
| Macaroni bil Salsah wa Sosej |
Pasta (makaroni) dengan sosej dan jagung atau Macaroni bil Salsah wa Sosej. Pasta versi Arab ini disempurnakan dengan rasa sos tomato berempah. Jagung pula dijadikan aksesori tambahan untuk nampak lebih moden.
| Tabbouleh |
Tabbouleh merupakan salad tradisional dari rantau Levant (Jordan, Lubnan, Syria). Bahan utamanya terdiri daripada daun parsli yang banyak, bulgur halus, tomato cincang, jus lemon dan minyak zaitun serta dihias dengan biji delima.
| Baba Ghanoush |
Baba Ghanoush diperbuat daripada pes terung bakar yang dilecek bersama tahini (pes bijan), bawang putih serta lemon dan dihias dengan minyak zaitun & delima.
| Fattoush |
Melihat banyak hirisan lemon di tepi pinggan, memang itulah fattoush iaitu salad cincang halus dengan timun, tomato, kobis, daun salad dengan dressing sumac dan lemon. Fattoush biasanya dilengkapi dengan roti pita goreng rangup.
| Humus |
Amie sudah kenal rapat dengan hummus. Hummus diperbuat daripada Kacang kuda kisar, tahini, lemon dan minyak zaitun. Hampir setiap hotel samada di Jordan atau Palestin, mesti ada hummus.
| Arabic Mixed Salad |
Salata Arabiya atau Arabic Mixed Salad ini ada gaya Greek Salad sebab ada feta dan hirisan buah zaitun hitam. Selain itu Arabic Mixed Salad ini mengandungi tomato, timun dan cili benggala.
| Cili Hijau |
| Buah Zaitun |
| Buah Zaitun Hijau |
| Torshi @ Mekhalel |
Mangkuk di atas berisi jeruk atau acar sayuran Timur Tengah yang dikenali sebagai torshi @ mekhalel. Ada hirisan timun, lobak merah, lobak putih dan diawet dalam larutan cuka. Jeruk ini berfungsi untuk seimbangkan rasa makanan berat yang berminyak dan berdaging.
| Jeruk Lobak Putih |
| Jeruk Bunga Kobis |
| Antara pilihan manisan @ dessert. |
Restoran ini tidak menyediakan minuman untuk pelanggan. Kami bawa air mineral sendiri. Sekiranya mahu, kami boleh beli air mineral atau jus buah di sini. Amie beli segelas jus oren. Amie hulur USD20, dan dikembalikan JOD 11. Terima sahajalah matawang dinar sebab mereka tidak ada tukaran mata wang USD. Entah berapa nilainya, tak masuk dalam kalkulator otak sendiri untuk mengira. Pada masa ini nilai JOD 1 bersamaan RM6.60 sen.
Jordan, negara pertama yang pernah Amie kunjungi dengan nilai mata wang tertinggi. Amie sangka EURO itu sudah cukup tinggi, tetapi mata wang Jordan lagi lebih tinggi.
Kemudian barulah Amie ambil makanan berat seperti kentang panggang dan ayam panggang.
Selepas makan tengah hari kami duduk seketika di luar restoran, memandang ke arah wilayah West Bank di Palestin yang dipisahkan hanya oleh hamparan Dead Sea @ Laut Mati yang tenang. Bukit-bukit di seberang sana adalah kawasan tanah tinggi Tebing Barat.
Di situlah terletaknya bandar-bandar seperti Jericho, antara bandar tertua di dunia serta kawasan sekitar Laut Mati yang kaya sejarah para nabi. Dari sisi yang lain, kita dapat melihat negara ini sarat kisah tamadun dan ujian zaman.
Tak sabar rasanya menanti hari esok untuk jejak kaki ke bumi anbia', Palestin!
Anak dan bapa bergambar berdua berlatar belakang laut membiru dan suasana gurun di sekitarnya.
Gurun dan laut.
Langit semakin kelam, awan semakin kelabu dan air laut semakin membiru!
Sudah sampai masanya untuk kami tinggalkan tempat ini.
Sempat singgah ke bilik air. Cantik pintu, seperti susunan bilah-bilah buluh.
Perjalanan dari bas ke restoran agak jauh juga. Memang baguslah begini, selepas makan tidak terus duduk di dalam bas tetapi boleh melangkah jauh untuk bakar kalori. Bumbung tempat pejalan kaki pun diperbuat daripada daun palma (mungkin).
Ada tempat menjual cendera kenangan tapi tak singgah. Seram dengan nilai JOD!
turut kembara bersama amie ke timur tengah dgn perkoingsian pic menarik semuanya...salam Ramadan amie n famili
BalasPadamNampak sedap semuanya kak... pastu jenis salad2 tu nampak seger betul
BalasPadamtak sangka pula tukaran wang jordan lagi tinggi dri euro. nk kata jordan negara maju sangat, tak jugak..
BalasPadammenarik semua makanan tu. tapi saya biasa makan hummus je hehe
Laut mati itu yg kalau kita berenang tak bisa tenggelam Krn kadar garam yg tinggi sangat kan kak?
BalasPadamMelihat aneka makanan, betul2 teringin nak coba. Agak sedikit beda dengan makanan timur tengah yg biasa saya coba. Yg ini banyaak yg saya blm coba.
Tp selalu menarik utk bisa merasa makanan2 khas suatu negara.
Yg jeruk bunga kobis, itu rasa bit nya kuat tak? Atau hanya sekedar merah darah rendaman bit? Soalnya saya tak suka rasa buah bit.
Mata uang timur tengah nih, macam Jordan, Bahrain, Oman, tingginya memang nak menangis 🤣🤣🤣🤣. Jauh di atas euro.
Firdaus mkn x semua mknn timur tgh kak? macaroni tu buat terliur je, boleh jd menu berbuka lps ni kalau time masak menu western
BalasPadamOh nilai matawang Jordan tinggi ya. Menu makanan nya semua sedap Kak Amie. Cantiknya view Laut Mati.
BalasPadamDapat merasa menu tempatan di sana. Nampak sedap presentation tu.
BalasPadamBanyak makanan timur tengah yang saya tak pernah tengok. Terima kasih atas perkongsian Kak Amie. Saya cuma kenal hummus, sebab masa trip umrah, ada juga hummus semasa hotel di Madinah.
BalasPadamCantik pula jeruk kubis bunga kaler pink.
BalasPadamLaluan pejalan kaki beratapkan daun tu nampak cool je.