Pages

Khamis, 18 Disember 2025

Sepetang di Las Rozas Village

Bismillahirrahmanirrahim.
Las Rozas Village adalah sebuah pusat membeli‑belah jenis luxury outlet yang terkenal di wilayah Madrid, Sepanyol. Terletak di Calle Juan Ramón Jiménez, Las Rozas de Madrid, Spain. 



Las Rozas Village adalah sebuah destinasi membeli‑belah bertema kampung (shopping village) yang direka secara terbuka (outdoor) dengan jalan‑jalan pejalan kaki yang dipenuhi lebih 100 butik jenama fesyen dan gaya hidup antarabangsa serta Sepanyol. Ia merupakan sebahagian daripada The Bicester Collection (kumpulan outlet fesyen mewah Eropah). 

Outlet fesyen mewah ini terbuka untuk semua kerana:
  • Potongan harga sepanjang tahun di lebih 100 butik.
  • Mudah didatangi dari Madrid.
  • Perkhidmatan dan kemudahan lengkap untuk pengalaman beli‑belah yang seronok. 
 
Apa yang ditawarkan di sini? Terdapat jenama terkenal dari pelbagai kategori termasuk pakaian, kasut, aksesori, dan produk gaya hidup dan biasanya ada potongan harga sehingga 60% atau lebih daripada harga runcit biasa. Hurrmmmm..... walaupun potongan melebihi 60% namun masih tetap tidak mesra poket kami.... ahaks!

Antara butik jenama antarabangsa dan tempatan di sini seperti Hugo Boss, Burberry, Calvin Klein, Versace, Montblanc, Armani dan banyak lagi. Banyak pilihan restoran dan kafe untuk berehat dan makan semasa sesi membeli‑belah.






Las Rozas Village bukan sahaja terkenal dalam kalangan penduduk tempatan, tetapi juga menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke Madrid, terutama mereka yang ingin membeli barang jenama mewah dengan harga lebih rendah. 

Oleh kerana banyak masa kami berada di sini, jadi kami hanya jalan-jalan dan melihat-lihat sahaja suasana sekitar. Penat berjalan, kami duduk. Kemudian sambung berjalan semula. Kiranya seperti briskwalk jugalah di petang hari.



Sempat juga masuk ke bilik air di kampung mewah ini.


Tak ada benda yang hendak dibeli, ambil sahajalah gambar walaupun dalam bilik air.... ahaks! Kami saja yang tidak membeli. Ada jew rakan-rakan lain yang berminat dengan jenama mewah beli barangan seperti beg dan jam tangan. Ada juga yang singgah di kafe untuk mengopi.

Bilik air.






Terjumpa rumah kaca di tengah jalan. Di dalamnya ada pakaian.



Terjumpa sesuatu yang menarik hati, rakam sajalah buat kenangan.


Jalan dan jalan dan jalan, tiba-tiba terpandang perkataan Jimmy Choo. Siapa Jimmy Choo?


Jimmy Choo  ialah seorang pereka kasut kelahiran Malaysia berpusat di London, England. Jimmy Choo terkenal kerana kasut serta beg tangan buatan tangan yang mahal. Antara pelanggan-pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes, serta Puteri Diana dari Wales. Tamara Mellon menjadi rakan kongsi dengan Jimmy Choo untuk memulakan sebuah syarikat pengeluaran kasut yang berpusat di Itali untuk mengeluarkan kasut dalam kuantiti yang besar.

Nama sebenar Jimmy Choo adalah sebenarnya Jimmy Chow. Pendaftar telah tersilap mengeja namanya pada sijil kelahiran Jimmy Choo sehinggakan nama Jimmy Choo itu dikenali ramai. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia, dan belajar di Kolej Teknikal Cordwainer (sekarang Kolej Fesyen London). Beliau mula membuat kasut ketika umurnya sebelas tahun.





Beberapa orang rakan kami singgah mengopi di sini.



Terpandang pula Le Creuset. Kita minat jenama ini tapi tak mampu hendak jadikannya sebagai koleksi. Pandang sahajalah dari jauh. Cukuplah ada koleksi Tupperware sahaja...hiks!






Singgah di sini untuk beli minuman.


Jus oren tak sampai 500 ml ini berharga 5 EURO tetapi puas hati sebab memang original. Tiada campuran gula atau air atau ais. Harapnya esok paginya sebaik bangun tidur bersihlah perut dicuci olehnya.

9 ulasan:

  1. Wow... premium sgt ni.. kak amie shopping apa kat sini? spill the tea kak.. hehehe

    BalasPadam
  2. Estetik betul rupa bentuk sekitar bandarnya tu kak. Pastu jenama mewah tu walaupun ada potongan harga banyak tetap jugak la mahal kan.

    BalasPadam
  3. Macam jalan² dekat premium outlet la kot kalau di sini. Cuma dekat sana lagi mewah dan meriah nampaknya tu

    BalasPadam
  4. Jalan-jalan luaskan pandangan, tak membeli pun ok je.

    BalasPadam
  5. jalan2 Spain nampak mewah sempurna di sana

    BalasPadam
  6. Kami pun ke sana dulu2 cuci mata, window shopping. Tempat luas cantik kan, lepak pun best.

    BalasPadam
  7. wow semua barang2 branded. mampu tengok jelah hihi

    BalasPadam
  8. kihkih.. kampung mahal.
    Nak nampak lagi mahal kena pergi Bicester Village kat UK sanun lah ya 😁
    Kak.. kalau beli Le Creuset kena tambah KG hehe

    BalasPadam