Pages

Sabtu, 20 Disember 2025

Merentas Benua Menuju Destinasi Impian

Bismillahirrahmanirrahim.
Rakan-rakan blogger yang disayangi:
Dengan ini Amie tutup buat sementara dapur maya ini. Kami akan memulakan percutian kecil mencari rehat di kampung laman bertemu Bonda, anak-anak dan cucu serta saudara mara. Bermakna ini merupakan entri terakhir pada tahun 2025 dan in syaa Allah kita akan bertemu semula pada tahun 2026.

Di kesempatan keemasan musim cuti kali ini, kami ingin melarikan diri sejenak ke destinasi impian hamba-Nya bagi mengisi jiwa yang sering alpa dan gundah gulana. Semoga sepanjang kami berkelana, kami dapat mengutip sebanyak-banyaknya ibrah dan pengajaran di bumi Allah. Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami.

Google - Air Arabia

Sebelum menutup bicara, Amie tinggalkan teka-teki untuk rakan-rakan pengunjung kesayangan yang selalu memeriahkan Amie's Little Kitchen:

  • Sebutkan nama negara yang akan kami kunjungi.
  • Boleh teka hingga lima buah negara.
  • Bayangan negara yang bakal dikunjungi : Terletak di Timur Tengah. 
Kami akan menaiki pesawat Air Arabia dari Kuala Lumpur ke Sharjah Airport dan bermalam di Dubai. Keesokannya barulah sambung penerbangan ke destinasi impian.

Selamat mencuba!

17 ulasan:

  1. Cg.Amie
    Ziarah ke Negara Dubai@Mekah@Madinah@Turki atau Mesir (jejak Rasul)😀

    BalasPadam
  2. Ziarah ke Mekah, Madinah, dan Turki. Semoga dipermudahkan perjalanan.

    BalasPadam
  3. Selamat bercuti cikgu Amie.

    Cuba teka:
    1. Emiriah Arab Bersatu
    2. Oman
    3. Qatar
    4. Arab Saudi
    5. Jordan

    BalasPadam
  4. wahh bestnya travel ke negara orang. Saya ni pasport aje belum ada... hahahaha

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat bermusafir Kak Amie. Rasanya termasuk Mekah dan Madinah ni. Andainya benar, doakan kami dapat ke sana juga.

    Sy teka Kak Amie akan ke;
    Saudi Arabia
    UAE
    Qatar
    Jordan
    Kuwait

    BalasPadam
  6. Selamat kembara, tarvel yang sangat indah..kurnia Allah beri kesempatan..Pasti antaranya ke Mekah dan Madinah.Semoga selamat dan kembali dengan selamatnya.Aamiin

    BalasPadam
  7. Selamat Bermusafir Kak Amie dan keluarga. Moga dipermudah kan semua urusan nya, sentiasa dalam lindungan Allah.

    Nak teka jugak. Moga ada yang betul 🥰🥰🥰

    Switzerland
    Austria
    Germany
    France
    Netherlands

    BalasPadam
  8. Selamat mengembara kak. Seronoknya!
    Saya doakan kembaranya lancar.

    BalasPadam
  9. wahh selamat menunaikan umrah buat cikgu amie sekeluarga. saya pun baru ni pergi umrah naik airarabia juga.

    semestinya pergi makkah dan madinah. negara tambahan lainnya adalah dubai

    BalasPadam
  10. selamat beribadah umrah ziarah Madinah, Jordan, Qatar, Kuwait, Amie selamat pergi n pulang.

    BalasPadam
  11. Semoga dipermudahkan semuanya kak... jaga diri dan selamat bercuti-cutian ya.

    BalasPadam
  12. Selamat bercuti kak.. semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik.
    ajomlah kita meneka-neka
    1. Arab Saudi
    2. UAE
    3. Mesir
    4. Oman
    5. Jordan

    BalasPadam
  13. Selamat mengembara, kak Amie. Nak join teka juga.
    1. Arab Saudi
    2. Mesir
    3. UAE
    4. Bahrain
    5. Qatar

    BalasPadam
  14. Wah....menjelajah dunia lagi yer Cikgu..
    Selamat mengembara....
    Saya cuba teka berdasarkan hib Sharjah Air Arabia 🤭

    1. Arab-Mekkah Madinah
    2. Morocco- casablanca,Marrakech,Fes
    3. Mesir
    4. Turkiye
    5. Georgia

    BalasPadam
  15. Selamat bercuti Kak Amie
    Saudi Arabia,
    Mesir,
    Kuwait,
    Turkiye
    Qatar

    BalasPadam