Pages

Sabtu, 6 Disember 2025

Menginap Dua Malam di Hotel Elopura Sandakan

Bismillahirrahmanirrahim.
Malam ini merupakan mlam kedua kami menginap di Hotel Elopura Sandakan. Kelmarin, dari ladang terus gerak ke Sandakan. Perjalanan dari LD ke Sandakan memang cukup mencabar kerana jalannya seperti permukaan bulan. Ditambah dengan hujan lebat tak henti dari pagi, dan kesesakan jalan ketika sudah menghampiri bandar Sandakan. Biasanya perjalanan memakan masa selama dua jam setengah tetapi kami berada di jalan raya lebih dari itu. Dari LD pukul 1:30 petang  dan sampai ke Hotel Elopura ketika azan maghrib berkumandang. Ini bermakna kami menghabiskan masa selama empat setengah jam di jalan raya!

Guru pengiring yang mengurus lawatan Firdaus dan kawan-kawannya ke Sandakan sentiasa menghantar berita dan gambar dalam WhatsAap Group. Mereka berhenti di Bukit Garam untuk menunaikan solat Jumaat dan makan tengah hari. Ketika kami masih bergelumang di permukaan bulan, mereka sudah selesai mengadakan lawatan di UMS (Universiti Malaysia Sabah).

Firdaus dan kawan-kawannya bermalam di Kompleks Sukan Sandakan. Firdaus sudah berpesan supaya kami tidak meminta dia pulang ke LD naik kereta bersama kami pada hari Ahad nanti .... ahaks!  Kelakar pula budak ini. Kami sengaja datang ke Sandakan sebab hendak shopping, bukannya mengekor dia. 

Oh, ya! Tentang Hotel Elopura ini kami pernah bermalam di sini pada 2022 di sini: Semalam di Hotel Elopura Sandakan.


Untuk penginapan selama dua malam ini kami memilih jenis bilik Standard King City View dengan kadar bayaran sebanyak RM357.48 sen termasuk sarapan. Tempahan dibuat melalui Agoda.

Gambar Firdaus di hadapan Hotel Elopura pada 2022.


Pagi tadi selepas sarapan, sempat ambil gambar perkataan Sandakan dan kemudian kami shopping di Harbour Mall yang terletak di hdapan Hotel Elopura.
Ketika kami berada di Harbour Mall, guru pengiring berkongsi gambar para peserta lawatan. Rupanya mereka jejak kaki ke sini juga! Kiranya kami berselisih waktulah ketika itu.

Gambar Firdaus bersama para peserta lawatan ke Sandakan.

Selesa sungguh bermalam di sini. Biliknya kemas dan bersih.


Oleh kerana masing-masing keletihan dalam perjalanan, jadinya selepas mencari makan malam di Harbour Mall, kami terus tidur. Keesokan paginya kami santai-santai sahaja bersarapan kerana tidak ada rancangan untuk pergi lebih jauh selain hanya membeli-belah di Harbour Mall.

Ruangan kegemaran Encik Suami.

Seperti biasa, hotel bintang tiga turut menyediakan sterika dan juga pengering rambut.


Tandasnya tidaklah luas tetapi tetap selesa. Kemas dan bersih.



Oleh kerana sudah ada entri tentang Hotel Elopura sebelum ini, jadi setakat ini sahajalah perkongsiannya. Cuma hendak ulang cerita : Elopura adalah nama pertama bagi Sandakan ketika ditemui oleh William B Pryer pada tahun 1879 dari Syarikat Borneo Utara British. Elopura bermaksud BANDAR INDAH.

11 ulasan:

  1. Nampaknya Firdaus lagi seronok naik bas rombongan dari naik kereta ye.

    BalasPadam
  2. Besarnya saiz king, katilnya. Tergelak pula saya baca, jalan sudah serupa permukaan bulan. Bukan dekat sana saja, kak, dekat Manjung pun sama. Lepas dinaiki air dan surut, banyak jalanraya rosak. Pening pula kepala bila suami saya bawa kereta, kerja asyik nak elak lubang saja.

    BalasPadam
  3. Ingatkan gi Sandakan nak p intai anak bujang kecik tu😁
    Mestilah Daus nak balik naik bas dengan kawan².

    BalasPadam
  4. Baru tahu erti Elopura..pernah juga ke Sandakan, masa tu sempat ke rumah adik di Sandakan.Cantik hotel tu..bersih dan nyaman

    BalasPadam
  5. Hotel Elopura bermaksud Hotel Bandar Indah, la kan. Kebetulan pulak ke Kak Amie ke Sandakan, bukan mengekor anak bongsu kesayangan ek? Hehe.

    BalasPadam
  6. Sikit je ahli rombongan sekolah Firdaus. Ke itu hanya sebahagiannya saja?

    Apalah yang hendak dibeli belahkan tu ye Kak Amie, sampai sanggup datang dari LD ke Elopura hehe

    BalasPadam
  7. wah amie pun ke sandakan cuak Daus sangka amie ngekor dia..wah indah nama asal sandakan

    BalasPadam
  8. Hahahahahah pahaaaam lah, kitapun pernah muda. 😄. Pasti lebih seronok join dengan teman2 di saat study tour begitu. Jadi sebisa mungkin sampai akhirpun bersama2 teman ya daus 😄👍.

    Baguuuus sangat hotelnya. Dari kamar terlihat nyaman, tp saya paling suka dengan warna cat dindingnya kak 😄.lembuuut dan terlihat sejuk

    BalasPadam
  9. Anak2 pun sama dulu, mesti nak naik bas dengan kawan2 kalau ada program. Walaupun kita boleh ambil ajak balik sama. Bilik hotelnya bersih kemas selesa.

    BalasPadam
  10. Punya la dia sangat menikmati lawatan tu takmo balik dengan kereta dengan mak abah nya. Boleh tahan lama atas jalan ye kak, dr 2 jam lebih jadi 4 jam

    BalasPadam
  11. Alahaiiii Daus mesti seronok berombongan dengan kawan sekolah sampaikan warning amie jangan jemput dia.

    BalasPadam