Pages

Jumaat, 5 Disember 2025

Makan Tengah Hari dengan Roti Kelapa Pandan Saja?

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini, pukul 10:00 pagi nanti Firdaus bersama rombongan murid seramai 28 orang terpilih untuk mengikuti Program Extrinsic & Intrinsic Motivation 1.0 di Sandakan selama tiga hari dua malam.Teruja sungguhlah Firdaus membuat persiapan sejak hari Isnin lepas. Kelmarin, balik dari sekolahnya kami terus bawa Firdaus mencari barang yang belum ada seperti selipar, beg sandang dan makanan ringan. 

Sempat juga Amie baca tentatif  program yang dikongsikan oleh pihak sekolah. Selain aktiviti dalam kumpulan, mereka juga akan dibawa ke tempat lawatan seperti ke UMS (Universiti Malaysia Sabah - Cawangan), TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), RDC (Rainforest Discovery Centre), BSBCC ( Borneo Sun Bear Conservation Centre) dan PPOUS (Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok).

Selesai membeli barang keperluannya, sudah tentulah hendak isi perut. Dari pasar raya kami meredah hujan yang turun dengan lebatnya menuju ke kereta. Kalau sudah sejuk dek hujan, makanan apa yang sedap untuk dinikmati? Jomlah ke Perdana Square cari makanan panas berkuah!

Encik Suami memesan Bihun Sup Seafood. Firdaus memang hanya ingin menikmati Nasi Ayam Geprek. Amie pula hendak makan Roti Kelapa Pandan yang harum wangi itu! Tapi mana kenyang makan Roti Kelapa Pandan nan sekeping itu?


Roti Kelapa Pandan

Di tengah suasana renyai-renyai hujan, terhidu aroma gabungan bau daun pandan dan kelapa yang membawa suasana dapur tradisional. Tekstur rotinya sangat lembut dan sedikit kenyal, tidak kering dan terasa ringan apabila digigit.

Setakat makan sekeping Roti Pandan Kelapa yang sedap itu memang tak aci sebab melihat dua beranak di depan mata asyik menikmati hidangan masing-masing. Maka kita pun meminta tambahan menu Bihun Sup Kahanga (isi siput kahanga)  dan Wantan Goreng Inti Udang.

Firdaus dengan Nasi Ayam Geprek kegemarannya.


Tak rugi Firdaus memilih Nasi Ayam Geprek. Ayam digoreng setelah pesanan dibuat. Jadi, datanglah dalam keadaan panas dan garing di luar, lembut di dalam. Saiznya pula memang besar.

Saiz Ayam Geprek yang besar.

Bihun Sup Seafood dan Bihun Sup Kahanga

Encik Suami - Bihun Sup Seafood

Amie - Bihun Sup Kahanga

Minuman Hot Chinese Tea dan Ais Teh Tarik.

Wantan Goreng Inti Udang

Sebentar lagi Firdaus akan bergerak meninggalkan Lahad Datu menuju ke Sandakan. Semoga bergembira bersama kawan-kawan, selamat dalam perjalanan pergi dan selamat kembali. Bismillahi tawakkkaltu 'ala Allah, la haula wa laa quwwata illaa billahi.

12 ulasan:

  1. happynya Firdaus nak pergi lawatan ye..teringat zaman saya dulu pun kalau dapat join lawatan sekolah malam tu tak lena nak tidur
    Kahanga tu sejenis seafood juga ye kak ami?pertama kali baca perkataan kahanga

    BalasPadam
  2. bestnya dapat melawat banyak tempat di sandakan. Boleh tengok beruang matahari pulak tu. Semoga Firdaus dapat kenangan best masa lawatan dengan rakan2 sekolah nanti.

    BalasPadam
  3. Memang seronoklah Firdaus terpilih dan dapat join rombongan tu. Lama juga 3 hari 2 malam. Hujan-hujan ni memang syoklah makan makanan berkuah. Dapat memanaskan badan. Roti saja memang tak cukup tapi aroma tu cukup buatkan kita rasa tak sabar nak makan kan.
    Besar betul porsi ayam geprek tu. Habis ke Firdaus makan?
    Tak kedekut rendah biun sup seafood tu.
    Pertama kali dengar sup kahanga, terus google. saya jumpa sup siput Kahanga. Tapi rupa dia nampak macam sotong besar je.

    BalasPadam
  4. Memang besar betul ayam Daus tu kak... puas la makan kalau gitu. Menarik betul dengan menu akak tu. Terus dana google rupa siput tu teringat akak pernah kongsikan dulu2 siputnya.

    BalasPadam
  5. sedap nasi ayam geprek ya Daus selamat bersama guru2 n kawan2 melawat merata tempat

    BalasPadam
  6. Seronok la Firdaus dapat join program. Banyak juga tempat lawatannya tu nanti.

    BalasPadam
  7. Seronok sangat lah tu Daus dapat pergi school trip dengan kawan².

    BalasPadam
  8. Terbayang aroma kelapa dengan pandan 😍😍😍.

    Aiiiih firdaus senang sangaaaat pasti bisa study tour dengan teman2 ke Sandakan 👍👍.

    Melihat ayam goreng daus, langsung sukaaa saya kak. Sedap nih, dan memang size kliatan besar sangat 😍😍

    BalasPadam
  9. Bihun Sup Kahanga. Nampak sedap.

    BalasPadam
  10. Memang besar saiz ayam geprek. Puas hati makan. Semoga Firdaus seronok pergi lawatan sekolah, selamat pergi dan selamat balik.

    BalasPadam