Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita minggu lepas bersamaan pada hari Ahad 30 November. Selepas hantar Abang Farid sekeluarga di Lapangan Terbang Tawau, kami terus pulang dan singgah makan tengah hari di Senduk Jebat Corner, Kunak.
Kami makan nasi putih lauk:
| Ikan Jenahak Bakar Sambal Tempoyak |
Kami memilih meja di tepi pagar yang dililit dengan pokok peria.
Banyak buah peria bergayut di pagar.
Kalau datang lauk begini, ambil nasi sedikit sahaja sebab lebih sedap meratah udang goreng dan sotong bakar. Ikan Jenahak Bakar Sambal Tempoyak itu pula tersangatlah sedapnya sampai menjilat jari!
| Udang Goreng Salut Tepung |
Ada pun Udang Goreng Salut Tepung dan Sotong Bakar Sambal tidak dapat kami habiskan. Jadi, kami minta bungkus sahaja bakinya untuk dibawa pulang.
Tak lengkap makan nasi berlauk haiwan laut kalau tidak berulam. Kami ambil beberapa jenis ulaman dan kerabu mangga, sambal belacan dan budu.
| Sambal Belacan & Budu |
| Kerabu Mangga |
| Ulaman kacang botol +tomato + petai + kacang bendi + bawang putih jeruk. |
Harga makan tengah hari kami berjumlah RM117. 20 sen. Kalau Senduk Jebat Corner itu dekat dengan LD, memanag selalu hendak datang makan di sini. Jadi, kami hanya ambil kesempatan sekiranya ada urusan samada di Tawau atau Semporna, bolehlah snggah sini.
Belanja video makan tengah hari di Senduk Jebat Corner
Wow menyelerakan.. Lauk banyak sedap-sedap belaka, jadi ambil nasi sedikit dan ratah lauk sampai habis.. hurmmm terliur pula..
BalasPadamTak pernah pula jumpa menu ikan bakar sambal tempoyak. Biasanya, sambal biasa saja. Sedap, tengok. 😋
BalasPadamSambil makan tu boleh petik peria katak buat ulam. Fresh from pokok. Hihi
BalasPadamNampak portionnya pun banyak.
BalasPadamTeringin pula jenahak bakar sambal tempoyak.
Unik sekali sajian makanan ..unik tempat makan ada sayur peria ..
BalasPadamMakanan segar ada ulam..
BalasPadamSedap² lauk di Senduk Jebat Corner. Begitulah jika sudah ada banyak lauk, ada pulak yang tak habis dan perlu dibungkus bawa pulang.
BalasPadamMemang teringin lah bisa ke tempat ini ❤️❤️❤️. Ikan jenahak ini saya suka juga. Tp biasa makan yg di kari. Kalau pakai tempoyak blm coba. Yakin sedaap, Krn saya memang suka tempoyak.
BalasPadamBetuuul kak Amie, kalau makan seafood begini, saya ambil nasi sedikiiiit saja. Bahkan kadang tak nak. Seafoodnya saja dinikmati
Ikan Jenahak Bakar Sambal Tempoyak ni paling menambat mata dan selera.
BalasPadamaduhaiiii amie. Kalau macam ni punya menunya memang meratah ler gayanya. Kerabu mangga tu yang win sekali
BalasPadam