Pages

Ahad, 14 Disember 2025

Hari Minggu Hari Mengemas Fasa I

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kami mengupah dua orang untuk membersihkan rumah termasuk mengemas pakaian dan dimasukkan ke dalam kotak. Tentang pakaian, walaupun setiap tahun 'keluarkan' dari almari tetapi tahun berikutnya bertambah-tambah pula jumlahnya. Hari ini fokus kerja-kerja mengemas pakaian milik Amie sahaja termasuk baju kurung, blouse dan tudung.

Hasilnya, dua kotak baju kurung, dua kotak tudung dan tiga kotak lagi berisi pelbagai blouse dan pakaian lain. Terpulanglah kepada tukang kemas, samada kotak-kotak berisi pakaian itu untuk dirinya atau untuk orang lain. Sewaktu melipat baju kurung, katanya selain untuk dirinya dia hendak hantar ke madrasah. Alhamdulillah.

Encik Suami pula ikut mengemas 'harta karun' dalam kotak di balkoni. Encik Suami minta pendapat Amie untuk sedekahkan sahaja beberapa keping karpet dan cadar. Amie kata, eloklah begitu sebab kalau disimpan pun tidak digunakan juga.

Kotak-kotak berisi pakaian.


Dengan aktiviti mengemas  pakaian dan membersihkan rumah diharapkan agar kediaman kami lebih selesa. Mudah-mudahan kalau balik dari ladang tidaklah kepala tambah serabut melihat rumah yang selalunya tonggang terbalik seperti kapal karam.... ahaks!

In syaa Allah, akan datang menyusul Hari Minggu Hari Mengemas Fasa II pula. Kali ini sasaran ke bilik anak-anak dan almari pakaian Encik Suami pula.

12 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. mesti rasa tenang sahaja bila dapat kurangkan barang.

    BalasPadam
  2. bab mengemas brg2 nk masuk dlm kotak..ada yg ok..ada yg tk ok..mmg penat tp tula kdg2 mcm tk abis ngemas kn

    BalasPadam
  3. Memang kena minimalis, baru lah takde brang banyak kot.. tapi, untuk pekerjaan kak Amie, memang susah..kikiki..teringat masa sek men dulu, cikgu geografi linda, dalam 2bulan, memang tak pernah nampak dia pakai baju yang sama

    BalasPadam
  4. Semoga dipermudahkan urusan 🤲🏻
    Sy tunggu anak² cuti sekolah & Abg habis SPM ni, nak buat operasi kemas mengemas juga.

    BalasPadam
  5. Banyak tu kak sampai kena upahkan orang. Lega dah ya lapang dan bersih rumah.
    Saya sejak awal tahun ni memang dah beberapa kali sisihkan baju-baju yang tak pakai. Masukkan dalam tong kitar semula. 2 minggu lepas sisihkan pula peralatan dan barang dapur. Semalam bersihkan bilik Wafi.
    Sekarang saya cuba minimalis je.. malas nak serabut-serabut.

    BalasPadam
  6. Bila dah kurang barang rasa lapang sikit, tapi itulah beberapa bulan nanti bertambah lagi baju-baju baru kak hehehhe

    BalasPadam
  7. banyak juga barang dikemas berkotakkotak letgo moga lebih lapang n lega

    BalasPadam
  8. Nak let go barang ni kena ada kekuatan diri juga.... kalau tak tak terbuang! Sayang!

    BalasPadam
  9. Cie baru ni berplastik hantar ke pusat pengumpulan baju terpakai. Kurang la sikit simpanan baju tak pakai dah tapi masih elok.

    BalasPadam
  10. SA pun ambil cuti baru ni untuk mengemas...nanti lepas Christmas pun ambil cuti cadangnya nak mengemas...nak mengemas stor PZ pun ye gak....

    BalasPadam
  11. Bab baju tu memanglah, dah berplastik2 keluar tetap penuh juga almari2.

    BalasPadam
  12. Tahniah kak, berjaya lepaskan banyak barang.

    BalasPadam