Pages

Sabtu, 6 Disember 2025

Bermalam di Hotel Emas Tawau

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita minggu lepas 29-30 November 2025. 
Selesai Abang Farid membuang undi di SMK Terusan LD, kami segera bertolak ke Tawau. Di pertengahan jalan hujan turun dengan lebatnya sehingga tidak nampak jalan. Ketika itu kita rasa sangat mengantuk dan terus tertidur. Kita terjaga apabaila terdengar bunyi telefon Encik Suami. Anak buah Encik Suami telefon. Rupanya mereka juga dalam perjalanan dari LD ke Tawau. Pesannya, apabila sampai Tawau nanti terus ke tempat makan. Anak-anak buah Encik Suami hendak belanja makan. Alhamdulillah, rezeki Allah.

Kami sampai di hotel sekitar pukul 4:30 petang. Abang Farid sudah buat tempahan online melalui Agoda. Dua bilik ditempah. Junior Suite Queen untuk Abang Farid sekeluarga, dan Junior Suite Family Room untuk kami sekeluarga di Hotel Emas

Lama dulu, akhir abad ke 20 Amie pernah menginap beberapa malam di Hotel Emas ini. Ketika itu masih bujang. Amie ikut serta pertandingan drama peringkat negeri di bawah anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Sabah.

Jom kita hantar dahulu Abang Farid bersama Aseeyah dan Hamzah ke bilik Junior Suite Queen.

Junior Suite Queen


Nampak selesa sungguh bilik Abang Farid. Ada ruang rehat dan katil terletak di sebalik dinding. 


Jom intai katil di bahagian dalam.


Inilah katil queen yang Abang Farid pilih.




Harga satu malam menginap di sini pada hari tersebut ialah RM199.57 sen.

Kemudian kami ke bilik Junior Suite Family Room pula.





Inilah bilik kami bertiga, Amie bersama Encik Suami dan Firdaus. Harga untuk satu malam kami dapat RM213.26 sen.



Sedap betul dapat hirup minuman koko panas sebelum tidur malam itu. Memang lena sungguh sampai tak sempat mimpi!




Katil kami berada dalam bilik berpintu.


Satu katil queen dan satu katil single.


Ada tiga biji bantal tambahan disediakan.



Turut disediakan, sterika dan iron board serta kain pelikat dan sejadah.



Dari bilik boleh terus nampak ruang rehat.




Biasalah, kalau hotel gaya lama memang ruangannya lebih luas berbanding hotel gaya moden. Cuma, di sini tidak ada pula bathtub.


Kelengkapan mandian temasuk shower gel dan syampu merupakan produk dari koko. Sempat juga belek-belek produk koko yang diletakkan di ruang lobi hotel, tapi geleng kepala pula sebab harganya tak berapa mesra RM!

Pagi 30 November 2025 suasana agak kecoh sedikit. Hal ini disebabkan Abang Farid beritahu Hamzah asyik menangis kerana demam dan terpaksa dibawa ke klinik. Setelah Abang Farid google, ada sebuah klinik 23 jam berhampiran hotel.

Sebelum sarapan, Encik Suami ikut bersama Abang Farid membawa Hamzah ke klinik.

Ruang makan Hotel Emas - Cacao Palace.

Pukul 7:00 pagi kami bersarapan. Seperti biasa, Amie mencari bubur tapi di Hotel Emas tidak ada bubur. Jadi, makan sahajalah apa yang disediakan.

Hirisan buah tembikai dan betik.

Ambil serba sedikit - bihun goreng, ayam goreng bijan, telur dadar dan sayur campur terung dan kacang panjang.

Secawan kopi.

Di klinik.... alahai sayang Tok Baba demam ye!

Hamzah di Tawau Airport.

Alhamdulillah, walaupun di awal pagi agak kalut tetapi urusan penerbangan Tawau - Kuala Lumpur dipermudahkan. Selamat terbang Hamzah. Nanti cuti tak lama lagi, tunggu Tok Baba dan Tok Mi di KLIA1 ya sayang!

4 ulasan:

  1. Menarik juga shower gel dan syampu produk dari koko tu. Nampak la perabot2 lama juga tu tapi nampak kemas dan bersih je.

    BalasPadam
  2. Alolo.. demam ya Hamzah..
    Selesa bilik hotelnya tu, besar walau hotel lama.

    BalasPadam
  3. Hotelnya terlihat jelas aura klasik dan lama. Tp saya sukaaaa Krn semua nampak bersih dan terawat ❤️❤️. Apalagi ruangan luas juga. Memang sesuai utk keluarga ya kak

    Harap2 cucu kak Amie dah membaik sekarang yaa.

    Waah kak Amie nak cuti ke KL akhir tahun yaaa 😍👍

    BalasPadam
  4. Bilik hotelnya harga berpatutan sebab bersih kemas lengkap semua walaupun nampak agak lama. Betul bilik hotel lama memang lagi luas compare dengan hotel baru.

    BalasPadam