Pages

Jumaat, 19 Disember 2025

Bermalam di B&B Hotels Madrid

Bismillahirrahmanirrahim.
Tempat penginapan kami  terletak di Calle de Lola Flores 2, dalam daerah San Blas-Canillejas di Madrid, Sepanyol berhampiran Lapangan Terbang Adolfo Suárez Madrid–Barajas. Kalau sudah disebut lapangan terbang bermakna sudah hampir waktunya untuk terbang pulang ke sarang.


B&B Hotels di Madrid merupakan rangkaian hotel ekonomi dengan gaya moden,  pilihan ramai pelancong di pusat kota dan kawasan pinggir Madrid. Kami tiba ketika malam menjelma. Setelah mendapat kunci bilik kami mengambil bungkusan makan malam yang disediakan.


Bilik 221 - Malam terakhir kembara kami  hampir setahun lalu (11 Febrruari 2025).

Bilik yang kemas, selesa dan bersih.

Katil Kam.


Seperti biasa, kam di katil sanun dan Amie di katil tepi tingkap.

Katil Amie.



Tualanya disimpan dan beg.



Tandasnya sangat bersih dan wangi.



Mangkuk tandas inilah yang selalu buat rakan kita selalu keliru. Ramai yang tanya kenapa sinki itu rendah. Sebelah mangkuk tandas bukan sinki untuk basuh muka tapi sinki untuk basuh  'kita punya' selepas qada' hajat di mangkuk sebelah yang tertutup itu.

Begitulah adanya tandas orang putih di sini.


Jom kita tengok apa ada dalam bungkusan makan malam kami.

Kalau tak silap malam itu kami makan nasi goreng ayam dengan telur mata goreng serta sebiji oren. Alhamdulillah. Terima kasih Mbak Watie, selalu sediakan nasi panas-panas untuk kami.

Keesokan paginya, sudah bersedia awal turun ke dewan makan.


4 ulasan:

  1. Selesa sangat bilik nya. Bersih kemas.

    BalasPadam
  2. oh diorang takde pili air, tapi ada mangkuk jamban khas utk cuci ye. semua hotel ke ada macam ni?

    BalasPadam
  3. Satu hal pulak ya lps membuang kat sebelah pindah ke sebelah nak cuci... aduhla hahahah kelakar pulak ye omputih yg konon nya moden tu. Memang betul bersih hotelnya dahla warna nya putih

    BalasPadam
  4. Masih takleh bayangkan pindah cuci 😁

    BalasPadam