Pages

Isnin, 24 November 2025

Sepohon Pokok Keulayu @ Buah Mertajam di Makam Tengku Di Bitay

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu lawatan kami di Makam Tengku Di Bitay, Banda Aceh, mata tertumpu ke arah sepohon pokok di tengah tanah perkuburan! Di atas pokok, penuh dengan buah-buah kecil warna merah. Ada yang agak gelap kemerahan dan ada yang warna hijau kuning, mungkin belum masak.

Penjaga kubur beritahu kami, buah ini dipanggil buah keulayu. Kami sempat makan beberapa biji. Yang sudah masak berasa manis tetapi ada sedikit kelat. Penjaga kubur kata, kalau selalu makan buah ini boleh menurunkan kolesterol dalam badan. Wallahu'alam.

Teringat pernah melihat rupa buah ini dalam blog Mama Cella. Katanya, buah ini namanya buah mertajamBUAH MERTAJAM NOSTALGIA & CERITA ACHIK KENA SENGAT IKAN KELI MASA ZAMAN KANAK-KANAK

Harapnya  buah keulayu dengan buah mertajam ini bermakna buah yang sama!


Buah Keulayu di Makam Tengku Di Bitay

Buah Keulayu @ Buah Mertajam

Buah keulayu @ buah mertajam - hijau, kuning, merah dan merah kehitaman. Yang hijau belum masak, yang merah kehitaman sudah ranum.

8 ulasan:

  1. wah lebat buahnya khasiatnya turun kolestrol elok amal makan

    BalasPadam
  2. boleh dimakan ke buah ni? tak pernah dengar 2-2 nama ni

    BalasPadam
  3. Buah tu menarik, seolah nampak manik-manik berkilau..Unik ciptaan Allah

    BalasPadam
  4. Macam tomato ceri. Boleh makan rupanya buah ni ya.

    BalasPadam
  5. Rupa buah dia macam buah belinjau. Tak pernah dengar lagi nama buah keulayu atau buah mertajam.

    BalasPadam
  6. First time A nampak buah ni kak, boleh makan ke buah ni...

    BalasPadam
  7. Saya pikir tadi buah melinjo kak. Beda ternyata yaaa. Baru tahu lah buah ini, padahal saya lama tinggal sana 😅😅

    BalasPadam