Pages

Selasa, 11 November 2025

Satu Pinggan Banyak Rasa : Tengah Hari Bersama Sushi

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini agak lewat keluar dari ladang. Kemudian ke Fajar Centre kerana ada sedikit urusan. Cepat-cepat hendak pulang ke rumah sebab hendak masak. Selalunya kalau ada urusan kerja yang hendak diselesaikan di ladang, memang tak sempat masak sebab sudah hilang tenaga... ahaks! Banyak kali di waktu pagi sebelum tinggalkan rumah untuk ke ladang, kita keluarkan ikan atau ayam dari freezer (deep freezer) untuk dinyahbeku dan letak di peti sejuk. Sayangnya, banyak kali pula terpaksa simpan semula ke dalam freezer sebab tak jadi masak!

Kita kalau dah sampai rumah mesti hendak berehat dulu sebelum ke dapur. Takut Firdaus lapar, singgah dulu di Bandar Tabanak beli sushi. Oleh kerana hanya tinggal beberapa bekas sushi jadi tak banyak pilihan. Ambil sahajalah empat bekas.

Pelbagai jenis sushi.

Bolehkah hanya dengan makan sushi perut jadi kenyang. Walaupun ada yang beranggapan  sushi ini makanan ringan, tapi sebenarnya ia boleh juga mengenyangkan bergantung pada jenis yang kita makan. Kalau sushi yang ada nasi seperti nigiri dan maki, cepat saja rasa perut penuh sebab nasi itu mengandungi karbohidrat. Kalau Amie, dapat Assorted Sushi Combo pun sudah mencukupi.

Assorted Sushi Combo

Assorted Sushi Combo

Assorted Sushi Premium

Selain sushi, singgah beli Egg Tart Portuguese dan Cream Brulee Tart. Dua jenis tart ini memang kegemaran Amie dan Firdaus. Encik Suami suka juga, tapi makan sikit jew.

Egg Tart Portuguese

Cream Brulee Tart

Ingatkan kedua-dua tart ini untuk minum petang, tapi selepas makan sushi terus ngap... ahaks! Jadi, selepas makan Amie berehat dahulu sementara menunggu waktu Asar dan selepas itu hendak bersilat di dapur.

10 ulasan:

  1. Sedapnya sushi. Baru ni nak makan kat kedai sushi tutup pulak renovate.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat alas perut sementara tunggu makan nasi ni.

      Padam
  2. Huntungnyer daus
    Wak yang dah tua ni pun belum pernah makan sushi

    BalasPadam
  3. Sushi ngn eggtart, dua2 ni saya suka makan!

    BalasPadam
  4. Pernah dulu makan, biasa remaja muda bekia suka makan..jika ada jumpa teringin juga nak makan sesekali..

    BalasPadam
  5. Kak Amie nak tau tak..SA dah pandai makan sushi cumanya SA x makan yang salmon mentah tu...lain semua ok....satu kemajuan diusia tua sebenarnya

    BalasPadam
  6. Dia tengok keadaan juga kak Amie. Kalau tengah lapar gila tu rasa tak cukup makan sushi. Tapi kalau makan onigiri sebungkus rasa kenyang dah. Lama rasanya tak makan egg tart portugese. Kalau teringin boleh beli di Baker's Cottage.

    BalasPadam
  7. Kenyang juga makan sushi sebab ada nasi. Semua makan wasabi eh.. banyak juga peket tu. Kalau saya beli sushi, ambil 1 peket je wasabi sebab yang lain tak suka.. menyengat katanya.
    Biasa makan macam tu je. Soy sauce pun diorang tak berapa suka.

    BalasPadam