Pages

Ahad, 23 November 2025

Sarapan Apa di Pagi Minggu?

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi kami tiga beranak jalan-jalan ke Pasar Tani LD. Balik ke rumah menjinjing makanan pilihan masing-masing. Jadi, bersarapanlah kami di dapur sebelum membuat kerja masing-masing. Hari minggu bukan bermaksud hari untuk berehat dan bersantai-santai. Firdaus pun ada kerjanya juga. Katanya hendak mandikan kucingnya. Dia terlupa hari ini kena cuci tandas juga!

Jom sarapan bersama kami!

Encik Suami - Bihun Goreng dengan Cili Sumbat dan Kaki Ayam Masak Kicap

Menu sarapan dari Pasar Tani LD.

Amie - Kapurung

Amie pilih kapurung. Biasanya apabila sampai rumah Amie akan tambah dengan bahan lain seperti jagung, udang dan sardin dalam tin. Kali ini malas hendak buat penambahan bahan. Jadi makan sahajalah kapurung yang dibeli.

Firdaus - Gado-Gado Cocos


Beli jugalah sate ayam, takoyaki dan ubi rebus kelapa parut. Ubi rebus itu sedap makan dengan sambal tomato

Kaki Ayam Masak Kicap

Encik Suami suka betul Kaki Ayam Masak Kicap ini. Memang lembut terlerai kulit dari tulangnya. Tulangnya pun sangat lembut sampai boleh dikunyah begitu sahaja. Lama betul tak masak kaki ayam begini. Jadi beli sahajalah. 

17 ulasan:

  1. Sedpnya menu sarapan pagi n boleh sambung makan thari

    BalasPadam
  2. Teringin kapurung tu. Sedapnya ubi rebus lama tak makan.

    BalasPadam
  3. Sedap tengok menu sarapan keluarga kak Amie. Saya paling terliur tengok bihun goreng tu. Nanti nak buat la.

    BalasPadam
  4. Takpernh masak kaki ayam kicap...biasa sup ...kita Breakfast roti paratha cicah Kari kambing

    BalasPadam
  5. Bertambah sedap nampaknya makanan yg diberi apabila dihidang sebegini rupa. Terbaiklah Kak Amie 👍🏻

    BalasPadam
  6. Itu dia! Mesti rambang mata tengok makanan² yg dijual di pasar tani tu kan.

    BalasPadam
  7. Semua menambat hati, selamat menjamu selera..syukur nikmat makanan di Malaysia

    BalasPadam
  8. Kaki ayam tu saya makan juga.....seronok meratah dia.

    BalasPadam
  9. Kaki ayam tu tengok pun dah tahu lembut gila

    BalasPadam
  10. aduh encik majid ni....kaki ayam peberet ni buat orang terliur je tapi bagus banyak kolagen.

    BalasPadam
  11. Macam²nya makanan dari pasar tani. Lama tak pergi PT hari cuti... Shah Alam je lah yang tau.

    BalasPadam
  12. Kalau pergi pasar tani seronok masing-masing dapat beli makanan kegemaran masing-masing. Banyak juga kak Amie membeli tu. Oo kalau gado-gado cocos ada keropok moni tu ye.

    BalasPadam
  13. SA kalau kaki ayam biasanya buat sup kak..suka beli yang besar2...yg kurus2 isi x banyak

    BalasPadam
  14. Waaah dah bisa firdaus disuruh bersihkan tandas ya kak 👍👍👍👍. Hebatlah. Boleh juga si bungsu nanti saya latih utk bersihkan tandas nih.

    Sedaaaaaap semua. 🤩🤩🤩. Kapurung memang masih buat saya penasaran 😄

    BalasPadam