Pages

Isnin, 10 November 2025

Sajian Tengah Hari Pilihan Hati : Seafood Salad, Chicken & Pasta

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom singgah Perdana Square, kita cari makan tengah hari. Kami memesan sajian pilihan masing-masing:

Sajian Makan Tengah Hari

Fresh Orange

Fresh orange satu gelas besar kongsi tiga orang.


Encik Suami : Seafood Carbonara Spaghetti

Banyak aksesori di bawah timbunan spaghetti.

Firdaus : Mix Chicken & Fish

Besar saiz Mix Chicken & Fish pilihan Firdaus ini.

Ada dua keping ikan goreng.

Dan di bawah timbunan ayam dan ikan, ada kentang goreng.

Pandai budak ini makan salad sampai habis.

Tapi matanya asyik menjeling Chicken Wings Cheese di depannya. Sekejap dia makan ayam gorengnya dengan black pepper sauce, sekejap-sekejap tangannya menyeberang ke hadapan, celup cheese pula!

Chicken Wings Cheese


Walaupun Chicken Wings Cheese ini Amie punya, tapi memang kena ada pembantu untuk menghabiskannya. Firdaus pantang dipelawa! Selepas habis makan menu pilihannya, dia sambung makan Chicken Wings Cheese pula.

Chicken Wings Cheese ini kami makan bertiga.


Amie - Seafood Salad

Semangkuk Seaafood Salad ini habis licin dengan bantuan Encik Suami.


16 ulasan:

  1. Sedap2 semuannya. Besar betul gelas jus tu. Memang tak habis kalau minum sorang2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang saiz gelas untuk minum lebih seorang.

      Padam
  2. Kak Amie sekarang sedang jaga makan, ya? 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak jaga sangat Nur.
      Cuma belajar kurangkan karbohidrat.

      Padam
  3. Sedapnya nampak seafood salad. Biasa jumpa chicken salad. Pandai budak kecik tu makan salad ya, yang penting tak membazir. Bagus, Daus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus memang dari kecik makan daun salad, tapi tak berapa suka makan sayur.

      Padam
  4. Aduhhh sedap semuanya Kak Amie. Tengok Daus makan, lagilah rasa lapar.

    BalasPadam
  5. Mommy pun order makanan kesukaan dia, tak senang duduk Daus makan hehe... Seronok betul tengok gelagat dia makanan, berselera 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak-budak memang tak tahan godaan ayam goreng kan PH.

      Padam
  6. bersungguh betul tu firdaus makan...

    ayamnya punnnn heee menggoda betul! trs lapar pulak niiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, ayam gorengnya menawan selera kami bertiga!

      Padam
  7. Nampak fresh betul orange juice tu, pekat! Dah tak dapat beza mana satu chicken, mana satu fish pada menu firdaus tu haha 🤣

    Yg kuning dalam salad tu, buah pic ke?

    BalasPadam
  8. Sdapnya seafood salad..SA kalau makan tu memang kenyang sampai ke petang kak

    BalasPadam
  9. Menggoda betul air fresh orange tu. Dapat minum rasa segar tekak. Kongsi 3 orang rasa macam tak puas tapi okaylah buat rasa-rasa kalau dah kenyang tak lalu minum air dah.
    Safood carbonara spaghetti nampak aglio oglio pulak tak nampak sos putihnya. Kalau dah makanan favourite dia tak pandang kiri kanan dah tu. hihi...

    BalasPadam
  10. Chicken and fish & chips dalam satu menu... jarang jumpa gitu.

    BalasPadam