Pages

Isnin, 24 November 2025

Minum Petang Hot Passion, Mango & Orange Tea

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini mendung sepanjang pagi sehinggalah ke petang. Selesai tugas di ladang getah, pergi ke bandar LD bersama Encik Suami. Banyak perkara yang hendak diuruskan tapi tak semuanya selesai. Sempat tempah sepasang baju raya dan enam pasang baju untuk jalan-jalan. 

Masa berlalu begitu pantas. Terlupa hari hampir menjelang petang. Perut belum diisi. Baiklah terus cari makan. Kira minum petanglah saja. Kami singgah di Bandar I Peak dan mencari makanan yang ringan sahaja.

Hot Passion, Mango & Orange Tea

Menu Minum Petang

Satu teko Hot Passion, Mango & Orange Tea kongsi minum berdua dengan Encik Suami.


Kudapan petang yang dipesan:
Curly Fries



Sewaktu kami makan Curly Fries teringat pula Firdaus! Tak apalah. Balik nanti boleh singgah di pasar raya belikan Firdaus susu segar. Mesti Firdaus melompat gembira sebab sudah dua hari tidak 'menyusu'.

Encik Suami - Tuna Egg Mayo Croissant


Agaknya tuna egg mayo bersembunyi di bawah lapisan keju menjadi inti roti bulan sabit.

Nampak sedap Egg Tuna Mayo Croissant ini! 


Encik Suami memilih Hot Americano.


Amie - Golden French Toast

Golden French Toast dengan gula ising original dan perasa kopi.

Ini kali pertama Amie makan Golden French Toast. Ia merupakan roti yang dicelup dalam campuran telur, susu dan sedikit gula dan vanila, kemudian digoreng hingga keemasan di bahagian luar. Kenapa dipanggil golden?Sebab permukaannya menjadi warna coklat keemasan apabila telur dan gula pada roti itu karamel dan masak sempurna.

Rasanya?

Lembut di dalam, rangup dan sedikit garing di luar. Dilengkapi dengan potongan buah anggur dan epal sebagai aksesori di bahagian atasnya. Golden Freach Toast ini didatangkan bersama gula ising perasa original dan perasa kopi.

13 ulasan:

  1. French toast kalau manis macam pelik sikit bagi Cie la. Roti telur lebih sesuai savory je. Curly fries tu menarik. Rasa macam takde jual yang frozen tak pernah jumpa.

    BalasPadam
  2. mak-mak kalau makan diluar tanpa anak-anak mesti otak auto teringat kat dorang kan?
    kat KL pun sama hujan dari pagi sampai ke petang. Balik naik grab tadi pun biasanya dalam RM7.30 je tambang tapi harini jadi RM17.30 terus. Tapi belasah jelah

    BalasPadam
  3. Sabah pun hujan ye Kak Amie... Sini dari petang Ahad hujan, belum berhenti lagi ni.
    Sedap hirup teh tatkala hujan

    BalasPadam
  4. Yes! Sama dengan uncle peminat americano! Gimifai untuk encik suami!

    BalasPadam
  5. Hebat gambar makanan, istemewa..menarik sekali saya lihat..pasti puas hati rasanya sedap..

    BalasPadam
  6. Begitulah mak-mak.. kata nk me time, nk dating husb-wife tp ms dating tetap teringat anak² dan keriuhan bila diorang ada

    BalasPadam
  7. Firdaus masih menyusu lagi rupanya, hahahha. Aci jugak tu belikan Daus susu segar, mommy babah dah makan sedap² kat kedai tu. Habislah Daus tuntut nanti kalau baca blog mommy.

    BalasPadam
  8. Beberapa hari ni mendung dan hujan je Seremban. Wah banyak tu kak Amie tempah baju. Senang tempah awal baju raya kan.
    Saya tengok curly Fries pun teringat Firdaus. Baru nak cakap favourite Firdaus. hihi..
    Banyak inti egg mayo tu sampai cheese pun letak atas tak muat. Golden french toast dengan gula icing dan perasa kopi macam menarik je. Ada pulak topping buah-buahan. Dapatlah rasa manis-manis masam gitu kan. Comel je gula icing dia letak manis silver on top.

    BalasPadam
  9. Aduh sedapnya kak oi... kalau tengok menu akak memang terliur

    BalasPadam
  10. Sedapnya, minum petang french toast dan croissant bersama teh dan kopi panas. Memang nikmat. 😋

    BalasPadam
  11. Ingatkan balik singgah pasaraya beli frozen curly fries, rupanya nak belikan Firdaus fresh milk 😁

    BalasPadam
  12. Seremban hujan hari- hari kak..atap rumah SA dah ada yang bocor...mencurah2 air masuk...terpaksa letak tuala tebal untuk elak air masuk ke ruang tamu

    BalasPadam
  13. Tadi nya saya tertarik dengan egg tuna croissant. Tp lihat golden french toast, langsung beralih pula 🤩🤩🤩🤩. Terbayang lembut nya dan paduan rasa buah di atas ❤️❤️❤️🤣

    BalasPadam