Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini mendung sepanjang pagi sehinggalah ke petang. Selesai tugas di
ladang getah, pergi ke
bandar LD bersama Encik Suami. Banyak perkara yang hendak diuruskan tapi tak semuanya selesai. Sempat tempah sepasang
baju raya dan enam pasang baju untuk jalan-jalan.
Masa berlalu begitu pantas. Terlupa hari hampir menjelang petang. Perut belum diisi. Baiklah terus cari makan. Kira minum petanglah saja. Kami singgah di Bandar I Peak dan mencari makanan yang ringan sahaja.
 |
| Hot Passion, Mango & Orange Tea |
 |
| Menu Minum Petang |
 |
| Satu teko Hot Passion, Mango & Orange Tea kongsi minum berdua dengan Encik Suami. |
Kudapan petang yang dipesan:
 |
| Curly Fries |
Sewaktu kami makan Curly Fries teringat pula Firdaus! Tak apalah. Balik nanti boleh singgah di pasar raya belikan Firdaus susu segar. Mesti Firdaus melompat gembira sebab sudah dua hari tidak 'menyusu'.
 |
| Amie - Golden French Toast |
 |
| Golden French Toast dengan gula ising original dan perasa kopi. |
Ini kali pertama Amie makan Golden French Toast. Ia merupakan roti yang dicelup dalam campuran telur, susu dan sedikit gula dan vanila, kemudian digoreng hingga keemasan di bahagian luar. Kenapa dipanggil golden?Sebab permukaannya menjadi warna coklat keemasan apabila telur dan gula pada roti itu karamel dan masak sempurna.
Rasanya?
Lembut di dalam, rangup dan sedikit garing di luar. Dilengkapi dengan potongan buah anggur dan epal sebagai aksesori di bahagian atasnya. Golden Freach Toast ini didatangkan bersama gula ising perasa original dan perasa kopi.
French toast kalau manis macam pelik sikit bagi Cie la. Roti telur lebih sesuai savory je. Curly fries tu menarik. Rasa macam takde jual yang frozen tak pernah jumpa.
BalasPadammak-mak kalau makan diluar tanpa anak-anak mesti otak auto teringat kat dorang kan?
BalasPadamkat KL pun sama hujan dari pagi sampai ke petang. Balik naik grab tadi pun biasanya dalam RM7.30 je tambang tapi harini jadi RM17.30 terus. Tapi belasah jelah
Sabah pun hujan ye Kak Amie... Sini dari petang Ahad hujan, belum berhenti lagi ni.
BalasPadamSedap hirup teh tatkala hujan
Yes! Sama dengan uncle peminat americano! Gimifai untuk encik suami!
BalasPadamHebat gambar makanan, istemewa..menarik sekali saya lihat..pasti puas hati rasanya sedap..
BalasPadamBegitulah mak-mak.. kata nk me time, nk dating husb-wife tp ms dating tetap teringat anak² dan keriuhan bila diorang ada
BalasPadamFirdaus masih menyusu lagi rupanya, hahahha. Aci jugak tu belikan Daus susu segar, mommy babah dah makan sedap² kat kedai tu. Habislah Daus tuntut nanti kalau baca blog mommy.
BalasPadamBeberapa hari ni mendung dan hujan je Seremban. Wah banyak tu kak Amie tempah baju. Senang tempah awal baju raya kan.
BalasPadamSaya tengok curly Fries pun teringat Firdaus. Baru nak cakap favourite Firdaus. hihi..
Banyak inti egg mayo tu sampai cheese pun letak atas tak muat. Golden french toast dengan gula icing dan perasa kopi macam menarik je. Ada pulak topping buah-buahan. Dapatlah rasa manis-manis masam gitu kan. Comel je gula icing dia letak manis silver on top.
Aduh sedapnya kak oi... kalau tengok menu akak memang terliur
BalasPadamSedapnya, minum petang french toast dan croissant bersama teh dan kopi panas. Memang nikmat. 😋
BalasPadamIngatkan balik singgah pasaraya beli frozen curly fries, rupanya nak belikan Firdaus fresh milk 😁
BalasPadamSeremban hujan hari- hari kak..atap rumah SA dah ada yang bocor...mencurah2 air masuk...terpaksa letak tuala tebal untuk elak air masuk ke ruang tamu
BalasPadamTadi nya saya tertarik dengan egg tuna croissant. Tp lihat golden french toast, langsung beralih pula 🤩🤩🤩🤩. Terbayang lembut nya dan paduan rasa buah di atas ❤️❤️❤️🤣
BalasPadam