Bismillahirrahmanirrahim.
18 November 2025, hari Selasa. Dating bersama Encik Suami di
Hamdan Restaurant,
Bandar I Peak. Sesiapa yang hendak menikmati menu Timur Tengah, bolehlah minta tolong WAZE untuk cari jalan ke restoran ini.
Hari itu hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-31. Waktu itu hujan turun di bumi LD. Kami berdua hendak makan santai-santai, dan memesan:
 |
| Kami tak tuang air gula di atas kunafa. Makan begitu sahaja. |
 |
| Amie - Mandy Lamb Rice |
 |
| Encik Suami - Chicken Mandy Rice |
 |
| Hot Chinese Tea |
Hari ini kami cari menu Asia pula di Perdana Square. Bukan berdua tapi bertiga dengan Firdaus: |
| Hidangan untuk tiga beranak. |
 |
| Encik Suami - Roti Kahwin |
 |
| Walaupun namanya mix sup daging tapu banyak aksesori lain termasuk udang segar, bebola udang, bebola ikan, isi siput kahanga dan sayuran. |
Sepatutnya makan mee kon lau dengan sup tapi Amie ambil isi sup dan bubuh atas mangkuk mee kon lau. Tambah sambal cili padi ....aduussss! Memang meletopsss rasa pedasnya, tapi ada Hot Chinese Tea buat penyelamat!
Mee kon lau atau Kon Lou Mee ialah sejenis menu mi kering gaul kicap gaya Sabah. Supnya pula dihidang berasingan  |
| Nasi Ayam Geprek |
Firdaus memang sudah target hendak makan Nasi Ayam Geprek. Habis licin segala nasi, ayam dan aksesori yang lain. Suka betuk budak ini makan Nasi Ayam Geprek. Pesanannya terakhir sampai di meja sebab kena tunggu ayam digoreng. Seperti biasa, Firdaus makan dengan tangan sahaja.
 |
| Firdaus - Iced Tea |
 |
| Amie & Encik Suami - Hot Chinese Tea |
Sekian, cerita hari ini untuk kenangan hari esok. Jumpa lagi.
Tak tinggal ayam gepuk. Nampak menyelerakan semua menu.
BalasPadamAlhamdulillah..Happy anniversary kak Amie dan suami. Semoga bahagia sampai syurga. Aamiin...
BalasPadamDua-dua menu pun sodap. Puas hati dapat mix sup daging tu banyak accesoriesnya.
Suka betul Firdaus dengan ayam geprek ye. Tengah musim geprek, gepuk penyet sekarang.
Eppi annibersari
BalasPadamSemoga kekal bahagia selamanya.
Sesedap semua santapannya.
Makan dgn tangan lebih nikmat Kak Amie... Sedap² semuanya pandai pilih menu 👍🏻
BalasPadamUncle undi menu arab!
BalasPadamEsok menu asia! Hahahaha
Kalau tengok menu akak tak boleh masa lapar kalau tidak terus kene cari nasi
BalasPadamBaru lah ngam makan dengan tangan NAG tu!
BalasPadamhappy anniversary .. moga sentiasa di dalam rahmat Ilahi.. sedap-sedap semuanya
BalasPadamhappy anniversary sedapnya menu meraikan kenangan sedap ayam geprek ya Daus
BalasPadamKon Lou mee itu yg saya sukaaaaaa dan teringin Coba kak , 😍😍. Dari bentuk dan deskripsi kak Amie pun dah tahu sedaaaap. Apalagi pedas kan 🤩🤩
BalasPadamAlhamdulillah Hepey aniversary amie dan encik majid. Semuga berkekalan jodoh till jannah.
BalasPadam