Pages

Khamis, 20 November 2025

Menu Arab vs Menu Asia

 Bismillahirrahmanirrahim.
18 November 2025, hari Selasa. Dating bersama Encik Suami di Hamdan Restaurant, Bandar I Peak. Sesiapa yang hendak menikmati menu Timur Tengah, bolehlah minta tolong WAZE untuk cari jalan ke restoran ini.
Hari itu hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-31. Waktu itu hujan turun di bumi LD. Kami berdua hendak makan santai-santai, dan memesan:
Menu Arab

Kami tak tuang air gula di atas kunafa. Makan begitu sahaja.

Amie - Mandy Lamb Rice

Encik Suami - Chicken Mandy Rice

Hot Chinese Tea

Hari ini kami cari menu Asia pula di Perdana Square. Bukan berdua tapi bertiga dengan Firdaus:

Hidangan untuk tiga beranak.

Encik Suami - Roti Kahwin

Amie - Kon Lou Mee & Mix Sup Daging

Walaupun namanya mix sup daging tapu banyak aksesori lain termasuk udang segar, bebola udang, bebola ikan, isi siput kahanga dan sayuran.

Bubuh sambal cili padi.

Sepatutnya makan mee kon lau dengan sup tapi Amie ambil isi sup dan bubuh atas mangkuk mee kon lau. Tambah sambal  cili padi ....aduussss! Memang meletopsss rasa pedasnya, tapi ada Hot Chinese Tea buat penyelamat!

Mee kon lau atau Kon Lou Mee ialah sejenis menu mi kering gaul kicap gaya Sabah. Supnya pula dihidang berasingan

Nasi Ayam Geprek

Firdaus memang sudah target hendak makan Nasi Ayam Geprek. Habis licin segala nasi, ayam dan aksesori yang lain. Suka betuk budak ini makan Nasi Ayam Geprek. Pesanannya terakhir sampai di meja sebab kena tunggu ayam digoreng. Seperti biasa, Firdaus makan dengan tangan sahaja.

Menu tambahan - Wantan Goreng Inti Udang 

Firdaus - Iced Tea

Amie & Encik Suami - Hot Chinese Tea

Sekian, cerita hari ini untuk kenangan hari esok. Jumpa lagi.

11 ulasan:

  1. Tak tinggal ayam gepuk. Nampak menyelerakan semua menu.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..Happy anniversary kak Amie dan suami. Semoga bahagia sampai syurga. Aamiin...
    Dua-dua menu pun sodap. Puas hati dapat mix sup daging tu banyak accesoriesnya.
    Suka betul Firdaus dengan ayam geprek ye. Tengah musim geprek, gepuk penyet sekarang.

    BalasPadam
  3. Eppi annibersari
    Semoga kekal bahagia selamanya.
    Sesedap semua santapannya.

    BalasPadam
  4. Makan dgn tangan lebih nikmat Kak Amie... Sedap² semuanya pandai pilih menu 👍🏻

    BalasPadam
  5. Uncle undi menu arab!
    Esok menu asia! Hahahaha

    BalasPadam
  6. Kalau tengok menu akak tak boleh masa lapar kalau tidak terus kene cari nasi

    BalasPadam
  7. Baru lah ngam makan dengan tangan NAG tu!

    BalasPadam
  8. happy anniversary .. moga sentiasa di dalam rahmat Ilahi.. sedap-sedap semuanya

    BalasPadam
  9. happy anniversary sedapnya menu meraikan kenangan sedap ayam geprek ya Daus

    BalasPadam
  10. Kon Lou mee itu yg saya sukaaaaaa dan teringin Coba kak , 😍😍. Dari bentuk dan deskripsi kak Amie pun dah tahu sedaaaap. Apalagi pedas kan 🤩🤩

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah Hepey aniversary amie dan encik majid. Semuga berkekalan jodoh till jannah.

    BalasPadam