Bismillahirrahmanirrahim.
Hujan renyai menyambut kedatangan kami di Masjid Haji Keuchik Leumiek yang terletak di Desa Lamseupeung, Banda Acheh.
| Masjid Haji Keuchik Leumiek |
Masjid Haji Keuchik Leumiek ini didirikan oleh Haji Harun Keuchik Leumik. Beliau dilahirkan pada 19 September 1942 dan meninggal dunia pada 16 September 2020.
Haji Harun merupakan seorang pengusaha perhiasan emas. Haji Harun aktif menjadi wartawan sejak tahun 1970-an. Beliau turut dikenali sebagai pengumpul barang antik dan bersejarah Aceh seperti perhiasan tradisional, senjata, mata wang syiling kerajaan, dan Al-Qur’an tulisan tangan lama. Beliau dijoloki sebagai budayawan kerana koleksinya itu dan dianggap sebagai seorang yang mengambil berat warisan budaya Aceh sehingga pernah mendapat penghargaan Piagam Anugerah Kebudayaan.
Pada mulanya, Haji Harun hanya memiliki tanah kosong dan sebuah niat yang ikhlas. Beliau menabung sebagian besar penghasilan perniagaannya untuk merancang pembangunan masjid. Tanpa bantuan besar dari pemerintah atau lembaga luar, beliau hanya bergantung dana peribadi dan sokongan masyarakat sekitar.
Perjalanan membangun masjid bukanlah sesuatu yang mudah. Selama bertahun-tahun, beliau mengelola anggaran, memperjuangkan keizinan, dan terus meyakinkan banyak pihak bahawa mimpinya bukan sekadar angan-angan. Bahkan ketika Aceh dilanda tsunami pada tahun 2004, Haji Harun tetap teguh dengan azamnya, selain aktif dalam usaha pemulihan sosial dan spiritual masyarakat.
Sumber :
Setelah lebih kurang 20 tahun dalam perjuangan merealisasikan impian, akhirnya Masjid Haji Keuchik Leumiek dapat berdiri sempurna dan mula digunakan oleh masyarakat. Masjid ini dibuka secara rasmi pada tahun 2012 dan terus menjadi ikon baharu di Banda Aceh.
| Tandas dan tempat mengambil wudhu' yang luas dan bersih. |
Kami menunaikan solat jamak taqdim zohor dan asar di Masjid Haji Keuchik Leumiek. Namun begitu, ruang yang membatasi kawasan jemaah wanita dan lelaki menyebabkan kami tidak dapat merakam sepenuhnya keindahan Masjid Emas Aceh ini.
Gambar di ruangan solat jemaah lelaki hanya dapat dirakam sedikit dari ruangan jemaah wanita. Cantik sungguh segala ukiran dalaman masjid ini sesuai dengan gelarannya Masjid Emas Aceh.
Amie minta jasa baik Kam untuk ambil gambar di tiang masjid. Amie pakai telekung hadiah daripada BLOGGER NOTIE - SAJE SUKA-SUKA. Biasanya Amie akan bawa telekung travel kalau jalan-jalan, tapi sewaktu berkemas telekung travel dari Vietnam yang selalu Amie bawa tercabut pula tali pengikat kepalanya dan entah ke mana pula pergi begnya. Memandangkan masih banyak ruang kosong dalam beg, Amie sauk saja telekung hadiah dari Notie dan bawa ke Aceh. Alhamdulillah, empat hari tiga malam telekung ini sentiasa bersama dan mudah-mudahan terus bertambah saham akhirat untuk Notie. Dan semoga hasrat Notie untuk ke tanah suci akan terkabul. Telekungnya sudah sampai ke Serambi Mekah, in syaa Allah tuan yang beri telekung akan sampai ke Makkah al-Mukaaramah sebagai tetamu-Nya di musim haji akan datang. Amin.
Ambil kesempatan bergambar sebelum meninggalkan Masjid Haji Keuchik Leumiek.
| Inilah dua puting beliung dan dua burung merak yang disifatkan oleh Azimah, penjaga Makam Tengku Di Bitay. |
| Rumoh Aceh |
Masjid Haji Keuchik Leumiek bersebelahan dengan Rumoh Aceh, tepatnya di perkarangan masjid. Rumoh Aceh sudah ada di sini sebelum masjid didirikan. Rumoh Aceh merupakan simbol kebudayaan dan gambaran adat Aceh.
| Bergambar kenangan di atas tangga Rumoh Aceh, |
| Masjid Haji Keuchik Leumiek bersebalahan dengan Rumoh Aceh. |
| Terdapat beberapa pokok kurma di sekitar Masjid Haji Keuchik Leumiek. Pak Arman tunjukkan sepohon kurma yang sedang berbuah. |
Titis-titis hujan masih turun membasahi kami, membasahi bumi juga.
Amal jariah yang menjadi bekal ke sana. Cantik sungguh interior masjid ni, Kak Amie.
BalasPadamcantik masjid ini.. reka bentuk lebih kurang satu masjid di medan.. cuma yang tu kaler hijau.. jariah yang terus mengalir
BalasPadamCantiknya masjid di sana tu.
BalasPadamCantiknya masjid ni... Luar dan dalam!
BalasPadamMasjid sangat cantik, bahagia sekali jemaah yang datang ..wajib syukuri nikmat ini..
BalasPadamCantik betul masjidnya. Aminn... YRA, atas doa kak Amie... 🤲
BalasPadamCantik la masjidnya. Luar cantik, dalam pun dekorasinya cantik.
BalasPadamDesign dan warna (earth colour) luaran masjid macam kat Arab.
BalasPadamCantik luar dan dalam. Besarnya jasa Haji Harun dan semoga berterusan pahala amal jariahnya. Aamiinkan juga doa buat Kak Notie untuk dapat panggilan mengerjakan haji.
masyaAllah cantik sungguh masjidnya. semoga pahala jariah mengalir pada arwah Haji Harun Keuchik Leumik yg telah meninggal dunia.
BalasPadamUnik seni bina masjidnya. Ukirannya cantik. Dalamannya terjaga elok bersih. Licin berkilat lantai masjid. Alhamdulillah dapat juga menunaikan solat di masjid ni.
BalasPadamEh, ada pokok kurma juga. Ada hasilnya juga tu. Rezekilah siapa yang dapat merasa.
Rumah Aceh tu ceria je penggunaan warnanya pada dinding.