Pages

Ahad, 9 November 2025

Makan Yang Ringan-Ringan Saja

Bismillahirrahmanirrahim.
Ini cerita makan tengah hari dua minggu lepas. Firdaus hendak makan di Happy Spoon Cafe. Kami layankan sahajalah. Di kepala kita, sudah membayangkan makan yang ringan-ringan sahaja sebab sudah makan bihun sup di kantin. 

Pilihan kudap-kudapan.

Firdaus sedang memilih makanan yang hendak dipesan.


Kongsi bertiga: Ais Kacang Merah


Dessert di sini saiznya besar! Setiap kali datang memang hanya pesan satu sahaja dan itu pun kadang-kadang tidak habis.

Pesan juga dua gelas air kosong untuk cuci mulut selepas menikmati Ais Kacang Merah. Segelas harga RM0.50.


Menikmati Kuetiau Goreng dengan penuh perasaan.

Ada telur mata dan sambal.



Firdaus suka pedas, jadi dituangnya sekaligus sambal di atas kuetiau.


Tak ingat pula apa menu yang Encik Suami makan. Mungkin kuetiau goreng basah.

Banyak aksesorinya.

Amie : Kentang Goreng Cheese


Sengaja pilih Kentang Goreng Cheese untuk usik Firdaus. Budak itu tak senang makan kuetiau, asyik menjeling kentang goreng saja! Akhirnya doialah yang bagi licin Kentang Goreng Cheese.

Ayam Goreng Happy Spoon

Ayam goreng ini pun habis sebab ada dua pembantu tolong makan.

Onion Rings.

Ini pun snack kegemaran Firdaus. Memang suka sangatlah dia apabila dipelawa makan!



Sempat memesan popia untuk dibawa pulang!

Sampai di rumah, Firdaus sambung makan popia.


29 ulasan:

  1. Hahaha....kalau saya jadi Daus oun...tak senang makan kalau kat sebelah orang lain dok makann kentang goreng cheese..
    Nampak Daus makin slim...muka. panjang dan dah nampak remaja makin handsome

    BalasPadam
  2. Eh, rasa macam nampak kurus pulak Daus kali ni... Ye ke?

    Tapi makan nya macam macam... Siap jeling2 dan berakhir dengan popia!

    BalasPadam
  3. Happy spoon untuk makan sajian yang mengujakan

    BalasPadam
  4. Berselera betul Daus makan ye... Badan kecik macam Angah je ni tapi kuat makan hehe.... Tengah membesar, gitulah Kak Amie kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tengah membesar. Apa orang kata, proses tumbesaran.

      Padam
  5. Meriah juga menu ringan2nya ye. Sejuk je tekak tengok ais kacang tu. Ada aiskrim di atasnya.

    BalasPadam
  6. Meriah kue teaw nya..
    Kentang cheese tu bukan Daus je tak senang duduk. Yg baca ni pun rasa tak tahan.. πŸ˜‹πŸ˜‹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa....menggoda sungguh ye jentang cheese tu.

      Padam
  7. Budak-budak sekarang semua makanan ada cheese, kita yang tua ni layan je lah. Kadang-kadang masak western food sendiri di rumah biar puas mereka makan.

    Kami jarang makan kuetiau di luar sebab suami pandai masak kuetiau basah dan kering.

    BalasPadam
  8. wow.. kuetiau goreng basah tu udah dah kopek lah... baru senang nak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Kalau udang berkulit kacau mood pulak ye.

      Padam
  9. Daus nampak lain la kak, nampak makin dewasa dengan rambut nya tu pastu nampak dah makin selim dia

    BalasPadam
  10. byk juga menu ringan2 tu..ais kacang tu sedapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap ais kacang tu. Banyak kacangnya.

      Padam
  11. Firdaus nampak sudah besar.
    Sedap juga, makan makanan yang ringan-ringan ni. Onion ring tu, ada banyak, puas makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang sedap bawang goreng tu, gemuk manis rangup.

      Padam
  12. Nampak ais kacang merah paling sedap sebab tengah berpeluh baru siram baja pokok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, memang ngam tu singgah sini jamu mata dengan ais kacang.

      Padam
  13. sy berkenan pula dgn 'pinggan' kuetiau tu... kalau slh sangla ingatkan nyiru mini😁

    ooo peminat kentang goreng ya😁😁x senang duduk member tu dibuatnya

    BalasPadam
  14. Fokus betul muka firdaus tilik2 menu. Macam tengah jawab exam!

    BalasPadam
  15. Firdaus memang setia dengan fries dan onion ring tu kan..fav dia tu...mesti ada dalam setiap menu kan Kak Amie...sedap plak tengok semua makanan tu...

    BalasPadam
  16. Tempat favourite Daus ni. Layankan kalau dia nak makan. Lain betul rupa Daus sekarang kak Amie. Nampak banyak menyusut. Rambut pun dah panjang. Nampak macam dah matang sikit pun ye. hihi. Tahu-tahu nanti dah masuk sekolah Menengah. Eh jauh betul saya fikir.
    Air kosong pun kena bayar juga sekarang kan. huhu...

    BalasPadam