Pages

Selasa, 4 November 2025

Jalan-Jalan Cari Makan di C'La Satay Corner

Bismillahirrahmanirrahim.
Balik dari ladang, terus menuju ke bandar. Ada urusan berkaitan ladang yang hendak diselesaikan. Dalam perjalanan pulang singgah di C'La Satay Corner. Kedai makan ini dekat dengan ladang, sebaris dengan Kedai Makan Pakistan.

Oleh kerana Firdaus sudah lapar, jadi kami minta hidangkan nasi dengan pilihan beberapa jenis lauk yang ada. Firdaus hendak makan sate, tetapi kenalah tunggu. Sementara menunggu sate dibakar, kami makan nasi dahulu. Ini apa ceritanya... hendak makan nasi, hendak makan sate juga... ahaks!

Sate Ayam

Hidangan makan tengah hari.


Menu makan tengah hari:


Ketika Firdaus sedang makan nasi, datanglah sate ayam.

Teh O Ais

Apabila perut sudah kenyang, tidaklah dapat makan banyak sate. Amie pesan 20 cucuk. Bakinya kami bungkus bawa pulang. Selain sate kami beli gogos (sebutan pulut panggang oleh orang Cocos), beli tiga jenis pulut inti kelapa manis, sambal dan ikan bilis. Tidak ketinggalan, beli juga begedil jagung kesukaan Firdaus.

Bolehlah makan waktu petang. Kalau perut rasa kenyang, tak perlulah masak untuk makan malam.

Begedil Jagung

Pulut Inti, Gogos dan Sate Ayam



Kuah sate ayam ini rasanya lebih manis, dan tidak kelihatan ketulan kacang tanah sebab dikisar halus. Beginilah kebiasaannya kuah sate air tangan untuk jualan orang Cocos. Sekali pandang ada rupa kuah sate Padang pula tapi rasanya sudah tentu berbeza. Oleh kerana perapan sate ayam sudah cukup rasa, biasanya Amie tidak celupkan ke dalam kuahnya. Makan sate begitu sahaja pun sudah rasa sedap.


Tidak pastilah berapa harga secucuk sate ayam itu. Gogos pula 3 batang harga RM5.00. Pulut inti pula setiap satu RM2.00 dan harga begedil 3 ketul RM2.00. Jumlah kesemuanya RM75.00.

Datanglah ke C'La Sate Corner kalau sampai di Lahad Datu. Kedai makan ini terletak bersebelahan dengan stesen minyak Petronas di Batu Satu, Jalan Segama.

13 ulasan:

  1. Macam takde lemak je sate dia? Uncle suka sate yg ada terselit lemak.
    Hati2 daus... kang terpercik baju sekolah tu...

    BalasPadam
  2. Begedil jagung tu mcm cekodok jagung...

    BalasPadam
  3. wah tengahari pun ada satay bestnya

    BalasPadam
  4. Lama tak nampak Kak Amie buat begedil jagung. Nampak yang kat kedai ni teringatlah pulak. Sate kalau ada nasi, memang dia kena bungkus bawa pulang la, hihi.

    BalasPadam
  5. Sate tu pun lama tak makan....bergedil jagung tu bergedil atau macam cucur jagung?

    BalasPadam
  6. Tengok Kak Amie makan satay terus SA rasa nak makan satay plak...aduhai sedapnyaa

    BalasPadam
  7. mcm2 firdaus nk mkn tu nasi skali ngan satay

    BalasPadam
  8. kuah dia tu memang nampak mcm sate padang

    BalasPadam
  9. Kalau perapan sate dah sedap makan gitu je pun ok.

    BalasPadam
  10. Sajian yang special..Firdaus kenyang makan alhamdulillah

    BalasPadam
  11. Sedapnya tengok gambar makanan, sebab saya belum makan lagi. Selera betul tengok Firdaus.
    Sate pun nampak sedap.

    BalasPadam
  12. Penasaran coba gogos nya. Walaupun di sini pernah juga makan pulut panggang, tp nak rasa kalau dari kota lain.

    Kuah sate yg halus begitu, saya lebih suka sebenarnya. Ah jadi teringin makan sate pula 😄

    BalasPadam