Bismillahirrahmanirrahim.
Balik dari ladang, terus menuju ke bandar. Ada urusan berkaitan ladang yang hendak diselesaikan. Dalam perjalanan pulang singgah di C'La Satay Corner. Kedai makan ini dekat dengan ladang, sebaris dengan Kedai Makan Pakistan.
Oleh kerana Firdaus sudah lapar, jadi kami minta hidangkan nasi dengan pilihan beberapa jenis lauk yang ada. Firdaus hendak makan sate, tetapi kenalah tunggu. Sementara menunggu sate dibakar, kami makan nasi dahulu. Ini apa ceritanya... hendak makan nasi, hendak makan sate juga... ahaks!
| Sate Ayam |
| Hidangan makan tengah hari. |
Menu makan tengah hari:
Ketika Firdaus sedang makan nasi, datanglah sate ayam.
| Teh O Ais |
Apabila perut sudah kenyang, tidaklah dapat makan banyak sate. Amie pesan 20 cucuk. Bakinya kami bungkus bawa pulang. Selain sate kami beli gogos (sebutan pulut panggang oleh orang Cocos), beli tiga jenis pulut inti kelapa manis, sambal dan ikan bilis. Tidak ketinggalan, beli juga begedil jagung kesukaan Firdaus.
Bolehlah makan waktu petang. Kalau perut rasa kenyang, tak perlulah masak untuk makan malam.
| Begedil Jagung |
| Pulut Inti, Gogos dan Sate Ayam |
Kuah sate ayam ini rasanya lebih manis, dan tidak kelihatan ketulan kacang tanah sebab dikisar halus. Beginilah kebiasaannya kuah sate air tangan untuk jualan orang Cocos. Sekali pandang ada rupa kuah sate Padang pula tapi rasanya sudah tentu berbeza. Oleh kerana perapan sate ayam sudah cukup rasa, biasanya Amie tidak celupkan ke dalam kuahnya. Makan sate begitu sahaja pun sudah rasa sedap.
Tidak pastilah berapa harga secucuk sate ayam itu. Gogos pula 3 batang harga RM5.00. Pulut inti pula setiap satu RM2.00 dan harga begedil 3 ketul RM2.00. Jumlah kesemuanya RM75.00.
Datanglah ke C'La Sate Corner kalau sampai di Lahad Datu. Kedai makan ini terletak bersebelahan dengan stesen minyak Petronas di Batu Satu, Jalan Segama.
Selamat menjamu selera
BalasPadamMacam takde lemak je sate dia? Uncle suka sate yg ada terselit lemak.
BalasPadamHati2 daus... kang terpercik baju sekolah tu...
Begedil jagung tu mcm cekodok jagung...
BalasPadam