Pages

Rabu, 12 November 2025

Firdaus dengan Cintanya : Taco dan Nachos!

Bismillahirrahmanirrahim.
Sepanjang hari ini cuaca mendung. Menjelang pukul 10 pagi hujan turun dengan lebatnya. Ketika keluar dari ladang, hujan masih renyai-renyai. Kononnya hendak singgah Kedai Makan Pakistan, cari chapli kebab. Mesti aromanya semerbak ketika hujan begini. Apabila belok masuk jalan ke kedai makan itu, nampak penuh pelanggan pula. Tak jadilah singgah. Rasa tak selesa makan bersesak-sesak.... ahaks!

Marilah cari tempat makan yang lebih selesa untuk santai-santai. Penat rasanya menoreh getah di ladang dalam keadaan hujan. Kami singgah makan di Sri Perdana. Hujan tetap turun dari kami masuk restoran sehinggalah kami keluar.

Firdaus awal-awal lagi sudah menyebut hendak makan Chicken Taco dan Nachos Cheese. Wah, dua menu yang akan dipesan. Kalau makan Nachos Cheese memang tak kenyanglah sebab hanya makanan ringan. Kalau memilih Chicken Taco memang penuhlah perut!

Mexican Food - Chicken Taco & Nachos Cheese


Seperti biasa, Firdauslah tukang tulis menu yang dipesan. Masing-masing memilih minuman:
Ada kelopak bunga rose di tabur atas minuman Rose Tea.


Menu yang dipesan:

Firdaus - Nachos Cheese

Menu pertama sampai di meja kami sudah tentulah Nachos Cheese sebab mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya berbanding menu yang lain. Suka sangatlah Firdaus dapat makan Nachos Cheese. Bukan Firdaus seorang yang makan, kami berdua pun tumpang semulut.

Nachos Cheese


Chicken Taco


Amie suka Beef Taco, tetapi Firdaus lebih menggemari Chicken Taco. Mana-manalah, asalkan kenyang. Kami sangka Firdaus tidak habis makan Chicken Taco. Rupanya habis licin tinggal hirisan limau nipis dalam piring!

Encik Suami - Buttermilk Pasta Smoked Beef

Sedap pula dapat makan semulut Buttermilk Pasta Smoked Beef ini.

Amie - Grilled Chicken

Besar gedabak daging ayamnya, dan di bawahnya tertimbus kentang goreng.


Ada daun salad dengan hirisan timun dan lobak merah serta bawang dengan rasa sedikit masam seakan-akan acar. Memang seimbanglah rasanya apabila dihidangkan bersama ayam panggang.Seperti biasa Firdaus makan kentanhg goreng, dan ayam panggang itu Amie minta bantuan Encik Suami dan Firdaus untuk menghabiskannya.

16 ulasan:

  1. Wah..cedapnya nampak taco Daus....nacos dengam sa;lsa tu pun pasti asikkkk

    BalasPadam
  2. Unik pulak rose tea tu. Nampak cantik je ada kelopak bunga!

    BalasPadam
  3. nama makanan pun dah berbelit lidah wak nak sebut

    BalasPadam
  4. Fuh! Selera internasional la Daus ni....

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, puas hati makan sajian ini..

    BalasPadam
  6. Lapar masuk blog Kak Amie pagi ni. Sy nak semua la.. semua nampak sedap tu.

    BalasPadam
  7. sedap-sedap menunya.. terutama chicken grill. saya kalau menu bakar-bakar ni memang feveret lah.

    BalasPadam
  8. nampak sedap betul la makanan Daus pilih tu..memang lebar la dia senyum erk...

    BalasPadam
  9. Grilled chicken amie punya lagi nampak sedap

    BalasPadam
  10. Sedap nmpknya smua menu tu siap ada rose tea

    BalasPadam
  11. Semua menu nampak sedap. Mujurlah tengok dah malam dan nak menjamu selera makan malam hehe

    BalasPadam
  12. Hujan-hujan sejuk dapat makanan panas-panas berkuah tu nikmat betul kan Kak Amie.Sedap sangat tu sampai habis licin Daus makan. Tengok rupa hidangan pun nampak menyelerakan. Saya pun suka kalau saladnya tu ada rasa macam seakan akan acar.

    BalasPadam
  13. Memang nampak menyelerakan kak oi, selera Daus ni macam-macam betul, universal betul

    BalasPadam
  14. Wahhh.. masing² gemar teh pelbagai perisa. Tengok air tu sedap betul ar turun ke tekak.

    BalasPadam